GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Cara Mencegah Demam dan Selesema Tanpa Ubat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.


MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT
Sumber: google images

7 Cara Mencegah Demam dan Selesema Tanpa Ubat

Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:

1. KUNYIT

Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.

2. MADU

Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).

3. HALIA

Satu inci halia boleh dimasukkan ke makanan atau minuman.

4. BAWANG PUTIH

bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.

5. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA

Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.

6. AIR

Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.

7. LEMON

Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 L sehari untuk mendapat jumpa Vit C yang diperlukan.


Jika selsema dan batuk tidak berkurangan dalam masa beberapa hari, ubat antihistamin dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit yang mengalami demam dan selsema.

Sumber: Facebook

1Ulasan

  1. Ohhh macamni rupanya cara nak cegah demam tak payah guna ubat. selama ni kalau demam makan panadol 2 biji dan berselimut sepanjang hari. Lepastu terus okay haha. lepas ni boleh guna cara ni la.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ