12 Februari 2017

9 Perkara Yang Ibu Patut Tahu Sebelum Beli Produk Banyakkan Susu Ibu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Perkara Yang Ibu Patut Tahu Sebelum Beli Produk Banyakkan Susu Ibu! | Zaman sekarang bersepah dah produk banyakkan susu ibu... Pelbagai... Dari bentuk serbuk, tablet, cecair dan yang terbaru bentuk gula-gula pun ada... Memang Dasyat... Dan semestinya masing-masing akan mengatakan produk mereka yang terhebat... Dengan menggunakan testimonial yang hebat dalam promosi produk mereka yang belum kita pasti kesahihannya...

Baik... MF nak kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu mengenai produk untuk banyakkan susu ibu yang ada... Segalanya jadi satu pengalaman berharga bila MF melahirkan anak ketiga...

Kedua-dua anak MF yang sebelum ni alhamdulillah... Meriah susu badannya..  Memang tak risau langsung pasal stok susu... Tapi Allah uji dengan susu yang tak semeriah anak pertama dan anak kedua...

Namun, masa dalam pantang MF dah mula simpan susu kerana dalam pantang susu banyak tapi baby masih kecil dan tak minum banyak... Jadi, sempatlah buat stok sikit...

Tapi, serius MF cakap... Susu kali ni betul-betul menguji... Tak pernah lagi masa anak pertama kedua dulu pam dapat 1 atau  2oz je... Tapi anak ketiga ni nak dapat 1 atau 2oz sangat mencabar... Sangat stress.... Serius memang tertekan juga... Tapi MF cuba kawal... Jangan fikirkan susu sikit... Fikirkan susu itu memang ada je untuk anak... Cuba kawal... Sebab kalau stress lagi susu tak de kan.. Takpe... MF teruskan juga pump walaupun dapat 1 atau 2oz tu..

Bila masuk kerja... Anak MF kuat menyusu bahkan dia lebih sukakan botol dari direct... Sebab 5 hari kerja kan.. Jadi mestilah banyak minum botol dari df... Itu buatkan ianya menambah ujian yang ada... Huhu...

Tapi MF cuba tenangkan diri sendiri... Tetapkan pump dalam waktu yang tak berapa nak konsisten...

Untuk makan, MF hanya amalkan kurma ajwa... Tapi masih sama... Susu tak meriah mana... Akhirnya cari resepi yang natural.. Try pula longan kering..  Cuba buat... Cuma ada peningkatan sedikit sahaja...

Dan mula mencari dan terpikat nak banyakkan susu badan dengan produk yang dipasarkan..  Mula gigih mencari di Internet...  MF cuba lah beli satu produk untuk tambahkan susu badan ni... Katanya diorang memang pakar la bab ni kan... Cuba beli yang murah je dari banyak-banyak produk depa tu... Nak cuba dulu kan.. Adakah benar selepas 10 minit susu terus meriah...

MF cuba makan... Dan akhirnya MF dapat jawapan... Dan MF juga pernah tanya kawan-kawan MF yang susunya tak meriah... Pernah ambil beberapa jenis produk susu badan dan kesannya....

Akhirnya..  MF dapat simpulkan... Bahawa... Sebenarnya jangan mudah tertipu dengan produk banyakkan susu badan sebab untuk banyakkan susu badan tak perlukan produk yang mahal pun...




Apa yang perlu ialah:

1. Mind set dan minda yang sentiasa positif. Jangan sesekali fikir susu tak cukup atau nak bagi susu apa kepada anak selain susu ibu.

2. Jangan stress. Stress buatkan susu pun stress nak keluar.

3. Banyakkan minum air paling kurang 3 liter satu hari.

4. Disiplin yang tinggi. Konsisten dalan jadual mengepam. Yang ni memang mencabar... Anak ketiga ni. Hanya 2 waktu MF konsisten pam.. Iaitu di tempat kerja.. Kat rumah.  Memang df dan kosongkan setiap 2 atau 3 jam.

5. Sabar dan semangat. Kena sabar... Nak berjaya kena kuatkan semangat... Kenapa nak sangat bagi susu badan.. Kena ada matlamat tu.. Tapi memang rasa sangat bahagia dan satu kepuasan bila kita dapat susukan anak dengan susu badan secukupnya.

6. Yakin susu itu benar-benar cukup untuk anak kita. Tawakal kepada Allah sebab susu badan tu dari Allah juga... Tak kira anak lelaki atau perempuan... Sama saja keperluan ikut anak tu sendiri...

7. Doa supaya susu untuk anak tu cukup... Amalkan zikir dan doa yang berterusan.

8. Sokongan suami... Suami berperanan penting bab ni... Sokonglah isteri... Bantu dia buat kerja rumah dan berikan isteri lebih rehat... Tak lama pun... 2 tahun je...


9. Makanan yang sihat dan seimbang. Boleh juga ditambah dengan mengurut dan mandi herba untuk lancarkan peredaran darah.

Insha Allah...  Cuba buat 9 perkara ni sebelum mencuba mana-mana produk banyakkan susu badan.... Saya tahu penerima produk pada setiap orang tu berlainan... Tapi 9 perkara ni kalau anda buat... Kita dapat jimat banyak dah kan...

Entry ni bukan nak merendahkan mana-mana produk pun... Tapi sebagai peniaga produk... Perkara ini patut anda kongsikan dengan customer sebelum mereka membeli...

Akhirnya MF dah tak beli mana-mana produk untuk banyakkan susu badan.. MF cuma amalkan minum air banyak dan suami pula berperanan HAPPY kan isteri untuk menjayakan sesi breastfeeding ni..

Tapi MF cuma nak kongsi...  MF jenis payah sikit nak istiqamah minum air banyak setiap hari... Tapi Ephyra buatkan MF mampu minum air yang banyak sebab produk ni buatkan kita rasa nak minum air aje..  Jadi secara tak langsung kita minum banyak air kan... Tapi MF tak kata ephyra ni boleh banyakkan susu badan ye... Bukan nak Promo produk ni... Cuma kongsikan pengalaman.

KALAU DAH USAHA 9 PERKARA NI, TAPI TAK MERIAH DAN TAK BERHASIL JUGA, BELILAH PRODUK YANG BAIK LAGI HALAL, DAN SETERUSNYA TAWAKAL KEPADA ALLAH SEPENUHNYA.. 

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN USAHA KITA UNTUK SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN... AMEEN...

Previous Post
Next Post
Related Posts

2 ulasan:

  1. setuju dgn MF, sy pun pernah bincang dgn kwn... bila stress dan sgt berharap ia tak menjadi... think +, Allah Ya Muqit.... InsyaaAllah, Allah akan cukupkan keperluan anak kita.... sy tak pernah lagi alami pengalaman mcm ni... tak tahu la utk bby coming soon ni... sbb klu anak kedua sy mmg full time bf sendiri... thanks for sharing sis... terbaik...

    BalasPadam
  2. sangat setuju...dulu kat tempat kerja pun gigih nak mengepam..Walau dapat 1 oz pun tetap pump...3oz tu dah kira banyak tau..Tetap kena ubah mind set tanpa bergantung dengan produk2 tu semua MF.Akhirnya mak mengalah setelah anak 7 bulan..Dan hanya Df je sampai setahun..sedih masa tu sebab niat nak BF dia sampai dua tahun tak kesampaian dek kerana badan ni dah tak daya nak buat semua tu MF...Paling gembira tengok mommy2 yang Bf,pump sampai penuh botol..meriah tak hengat tu...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^