GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BREASTFEEDING | PESANAN DARI SUAMI UNTUK SUAMI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BAGUS PESANAN NI... JOM BACA, SEBARKAN PADA SUAMI MASING-MASING. BAGI MF RUGI JIKA CIPTA ALASAN UNTUK TIDAK CUBA BREASTFEEDING HINGGA 2 TAHUN.... CUBA SEHINGGA TITISAN YANG TERAKHIR... 

BACALAH TULISAN INI YA TUAN-TUAN... JUGA UNTUK PUAN-PUAN JUGA...

SUMBER: GOOGLE IMAGE


Sesiapa berhajat nak anaknya menyusu badan bolehlah cuba. Kalau xnk pun tiasa masalah.

Ada seorg ibu OKU, kaki kudung. Suaminya pernah inbox sy. Utk tanya apa yg perlu dia buat utk isterinya yg nk menyusu badan. Alhamdulilah... Skrg anak mereka dh 8 bulan dan masih menyusu badan.

Tuan-tuan...
Sebagai persediaan, kalian tak perlu tahu banyak perkara pun, tak perlu nak khatam puluhan buku pun, cukup sekadar kalian AMBIL TAHU tentang perihal isteri dan anak kalian. Terutamanya sepanjang tempoh penyusuan badan selama 2 tahun.

Susu badan ni kena jaga 2 benda sahaja iaitu kuantiti pengeluaran susu dan kualiti pengeluaran susu.
So, ini perkara yg semua suami kena tahu bab susu badan :
1) Jaga emosi isteri
2) Jaga diet isteri.

Jaga Emosi Isteri.
- Bab ni mudah jer. Pastikan sepanjang tempoh peenyusuan, isteri berada dalam emosi tenang dan gembira.
Emosi yg terganggu akan menyebabkan susu badan terbantut dan berkurangan, serta pengeluaran susu yg kurang kualiti.

Kenapa?
Dalam bab penyusuan badan, antara hormon penting yg diperlukan adalah hormon oxytocin. Jangan tanya sy rupa hormon ni sebab sy x pernah tengok dgn mata.

Hormon oxytocin ni akan dirembeskan oleh badan jika isteri tenang dan gembira. Maka, susu akan melimpah dan kualiti susu juga terjaga.

Kita xnk susu yg diberikan pada anak kita itu ada kandungan cas2 emosi tekanan drpd ibu tadi. Cas2 negatif itu masuk kedalam anak kita.

Sebab susu badan ni asalnya darah ibu. Selepas melalui filter ajaib, bertukar menjadi susu. Bayangkan tuan-tuan, 2 tahun darah ibu masuk dalam badan anak kita?

Dicampur lagi dgn 9 bulan 10 hari dalam kandungan, darah ibu disalurkan melalui uri kepada si anak?

Nampak? Kenapa doa ibu itu membelah langit? 😊

Kemudian, mcm mana nk bg isteri gembira utk rangsang oxytocin?

Ohh.... Mudah teramat mudah. Beli jiwa mereka.

Sidai baju, layan anak, urut badan, masak, basuh pinggan dan ajak berjalan.
2 tahun jer tuan... X lama pun... Berbanding dgn susu formula, 123456 tahun. Mana lebih mudah? 😉
Kalau sangkut lagi sorang maka.... Kena bersabar lagi ya tuan-tuan? 😉

Maka.... Terhasillah susu yg banyak kuantiti dan kualiti. Untuk santapan zuriat sendiri. Jadilah mereka mukmin yg kuat dan tenang jiwanya.

Jaga Diet Isteri
Part ini mencabar sikit tuan-tuan.

Sebab ibu yg menyusu badan dia akan kuat tentang 2 benda. Kuat makan, kuat tidur.

Sebab menyusukan badan ni akan membakar kalori. Jadi bila bab makan, kebiasaannya mereka akan makan selori.

Jgn risau. Itu bukan gangguan saka. Itu normal. Namun kena pastikan jenis pengambilan makanan mereka. Pastikan makanan original, bukan produk original.

Mereka nak mekdi? Tuan tak nak bagi?

Gantikan dengan ayam goreng sendiri.

Mereka nak pepsi? Tuan tak nak bagi?

Gantikan dengan air lemon madu yang enak sekali.

Haaa... Kena politik sket.

Supaya.... Badan isteri makin sihat dan anak yang menyusu juga makin sihat.

Bab tidur ni memanglah tuan-tuan, kadang2 nampak mcm dah bercantum dgn tilam.

Kalau lampu kelam, boleh keliru mana isteri mana tilam.

Memang mengantuk menyusukan anak ni. Sebab, hormon2 yg dirembeskan badan mereka semua hormon tenang. Relaks.

So mata pun mengantuk. Sebab tu kalau isteri tgh menyusukan anak, jgn disergah. Kejut perlahan-lahan.

Kalau xnk bgn, bisik di telinga mereka perlahan-lahan...

" Sayang, abang nak kahwin lagi "
Insyaallah mereka akan bangun dgn segera.

Jadi tuan2, jaga 2 perkara ini. Jaga emosi mereka dan diet mereka.

Selain tu boleh periksa stok susu mereka. Cuci pam susu. Kalau yg x cukup susu, maka tuan sebagai suami kena carikan ibu susuan.

Ingat tuan-tuan, anak isteri ni amanah Allah. Susu badan pula nafkah anak.

Kita sebagai suami ni pemberi nafkah. Walaupun susu, dan anak keluar drpd badan isteri, namun tanggungjawab dibahu suami.

Sebab tu suami adalah tuan punya susu.

Suami adalah " breastmilk guardian "

Ambil yg baik, buang yang buruk.

Sebab itu jugalah Allah berfirman didalam Al quran, bukan sekadar ibu susuan diberi upah. Malahan ibu kandung yg menyusukan anak perlu diberi upah.

Rujukan surah At thalaq ayat 6

Upahlah apa sahaja utk gembirakan mereka. 😊
Kredit : pakarhamil

RASA SERONOK BACA TULISAN INI,,

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ