GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 TANDA SUAMI TAK KISAH LAGI PADA ISTERI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak kongsikan tips dan info rumahtangga kan... 

Ini MF nak kongsikan sikit.. Tips berguna buat para isteri tentang suami... iaitu 8 perubahan suami atau tanda suami tak berminat / tertarik lagi dengan isteri. 



1. Suami tidak peka di atas perubahan yang isteri lakukan

Jika anda menggunakan baju baru atau memotong rambut dengan gaya baru, suami tidak lagi memperhatikan anda kecuali jika anda memberitahukannya.

2. Suami sering lupa dengan apa yang anda sampaikan kepadanya untuk dilakukan

Sebelumnya, suami selalu ingat dan melakukan apa pun untuk isterinya. Tetapi kini ia tidak memperhatikan dan sering terlupa.

3. Dia tidak memberikan hadiah kejutan lagi

Isteri tidak mendapatkan hadiah lagi dari suami kecuali ada momen yang special.

4. Suami ‘acuh tak acuh’ dengan perbualan anda

Sebelumnya ketika anda berbicara, suara anda penting untuknya. Sekarang, kata-kata anda ibarat angin lalu sahaja. Kini dia tidak pernah mengambil serius apa yang anda katakan.



5. Suami kerap pulang lewat malam

Salah satu tanda adalah suami sering pulang lewat. Dahulunya dia tidak sabar untuk pulang ke rumah, namun kini dia sering memberi alasan untuk pulang lebih awal.

6. Dia tidak lagi berbicara tentang masa depan bersama

Sewaktu awal perkahwinan dia sering sekali berbicara mengenai keinginan dan cita-cita masa depannya seperti bercuti bersama anda dan sebagainya. Sekarang, tidak lagi. Seolah-olah dia tidak melihat masa depan bersama anda.

7. Hubungan intim yang hambar

Setiap kali anda mendekatinya di tempat tidur, dia selalu memberi alasan letih atau mengantuk. Hubungan intim anda hampir tiada lagi.

8. Dia mulai bersuara tentang wanita lain

Dia mulai memerhatikan wanita lain secara terang-terangan di hadapan anda. Tanpa rasa bersalah dia memuji kecantikan wanita lain dan sebagainya.

Sumber: Nona.my


Jika ada tanda-tanda ni, isteri jangan sibuk nak marah suami dulu... tapi koreksi dan muhasabah diri.. kat mana kurangnya kita... jangan tau marah je.. cuma selami di mana silapnya kita... jangan salahkan suami 100%.. mungkin ada khilaf kita buatkan suami tak suka... lelaki ni dia banyak memendam rasa... tanpa bercerita.. itu yang bahayanya.. jadi, kita sebagai isteri kena bijak ambil peranan... tanya secara direct atau tulis surat cinta... guna apa medium untuk bersemuka... mencari puncanya... 

2Ulasan

  1. Ingat!!! nafsu lelaki adalah pada matanya hidungnya dan telinganya.kebanyakan wanita tidak peduli perkara perkara ini... Penampilan badan, haruman dan suara tidak dijaga depan suami.pegang pada petua ini. Inshaallah anda bahagia

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ