GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

HUKUM MEMOTONG RAMBUT BAGI WANITA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamu’alaikum. Ustaz bagaimana hukumnya potong rambut pada wanita?Sebab rambut tu terus memanjang, dan semakin tidak rapi, bolehkah memotong rambut dengan sebab nak merapikan bagi wanita?



Wa’alaikum salam..

Potong rambut bagi wanita ada beberapa keadaan:

1. Potongan yang menyerupai potongan lellaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi s.a.w melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki . Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas r.a, bahawa baginda bersabda:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

“Rasulullah s.a.w melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Bukhari)

2. Potongan yang menyerupai potongan khas wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut” (HR. Abu Daud, dan disahihkan al-Albani)

3. Potongan yang tidak menyerupai kaum lelaki dan wanita kafir, hukumnya diperselisihkan ulama, menjadi tiga pendapat; boleh, haram, dan makruh.

Pendapat yang kuat adalah boleh, berdasarkan hadits:

لَيْسَ عَلَى النِّسَاءِ حَلْقٌ ، إِنَّمَا عَلَى النِّسَاءِ التَّقْصِيْرُ

“Wanita tidak boleh mencukur habis rambutnya tetapi boleh memendekkannya.” (Hadis shahih, riwayat Abu Zur’ah dalam Tarikh Dimsyaq 1/88 dan disahihkan al-Albani dalam Ash-Shahihah, no. 605)

Hal yang sama juga difatwakan Syaikh Khalid Al-Muslih. Dalam program Al-Jawab Al-Kafi di channel: Al-Majd, beliau ditanya tentang batasan potong rambut bagi wanita, beliau menjawab:

Hukum asal potong rambut bagi wanita adalah boleh…. Batasan potong rambut bagi wanita adalah selama tidak melanggar dua hal: (1). menyerupai lelaki dan (2). menyerupai orang kafir. Adapun selain itu maka hukumnya boleh.

Diolah dari: konsultasisyariah.com-hukum wanita potong rambut



Jadi... Tak de hal wanita nak berambut pendek asalkan tak menyerupai macam lelaki... Jika isteri pula, wajib minta izin suami... Berdosa jika potong rambut tanpa keizinan suami... Sebab sebagai isteri solehah...tubuh badan isteri adalah hak suami....jadi, kita kena merapikan diri mengikut apa yang sedap pada pandangan suami.

Selain itu... Haram juga menceritakan bab rambut wanita kepada orang lain...sebab rambut dan anggota lain adalah aurat... Walaupun bertutup tapi kalau kita bercerita kepada orang seperti membuka aurat sendiri padahal kita bertudung.... 

0Ulasan