بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257)

Pengajaran:

1. Islam mengarahkan umatnya agar menjauhi sifat hasad dengki.

2.  Hasad dengki akan memadamkan segala amal kebaikan yang dilakukan. Umpama api memakan kayu kering.

3.  Sifat hasad dan iri hati adalah sifat cemburu kepada kebaikan dan kelebihan orang lain.

4.  Sifat hasad dan dengki adalah perangai syaitan yang cemburu kelebihan yang ada pada Nabi Adam.

Jauhi sifat cemburu dan dengki terhadap orang lain kerana ia mewarisi sifat syaitan.

Sumber : telegram.me/hadisharian_ikram



Sifat hasad ni..penyakit hati... Hanya tuan punya badan je boleh tahu sama ada dia ada hasad atau tak..

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah SWT kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.


3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.



Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur

4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.

Jadi... Berhati-hatilah dengan penyakit hati ni.. Sekiranya ada tanda-tanda ni... Beristighfar... Belajar bersyukur dengan apa yang ada.... Banyakkan muhasabah diri... Dan zikir selalu... Lihat orang yang lebih susah dari diri sendiri dari melihat kesenangan orang yang lebih dari diri sendiri untuk mendidik rasa syukur. 

Sebenarnya... Hasad wujud bila kurang rasa syukur dalam diri... Sebab Allah ciptakan setiap orang tu ada habuannya masing-masing...  Jadi, syukur apa yang ada... Moga kita terjauh dari sifat ni... 


P/s: Blogger yang dok jeles dengan Blogger lain...sebab pageview tinggi... Job review banyak tu bahaya... Tu pun dikira penyakit hati juga tuh... Hati-hati...  Istighfarlah... 

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Salam Jumaat sis..
    moga kita dijauhkan dari segala hasad dengki...:)

    BalasPadam
  2. MOGA DIJAUHI ALLAH SIFAT HASAD DENGKI

    BalasPadam
  3. la sebut psl hasad, otomatik sy tingat bangsa kita yg mmg pakar / ramai pHD nyer... #sedih

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama