div id='header-inner'>

RESEPI BLACK PEARL ALA COOLBLOG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa peminat coolblog kat sini??? Angkat jari... Hehe... Bagi siapa yang suka minum coolblog mesti tahu apa trademark coolblog... Salah satunya ialah ada 'berbola hitam di dasar minumannya' atau lebih sesuai disebut Black Pearl...

Black Pearl ni makin popular... Bahkan dah banyak restoran masukkan Pearl ni dalam minuman...

Lepas tengok rancangan The Street kat tv minggu lepas yang diacarakan oleh Qi... Baru tahu asal usul Pearl dalam.minuman ni... Pearl ni asalnya dari Taiwan... Sebuah kedai atau kopitiam yang dah lama bertapak di Taiwan. Qi pernah la minum original Pearl dari kedai minuman tu di Taiwan. Yang original punya dimasukkan dalam teh...yang disebut bubble tea... Tapi kita modified la ikut selera kita... Nak masukkan dalam minuman sejuk atau panas...Dan semua jenis air pun boleh..

Resepi Pearl tu dah pun merebak ke serata negara termasuklah Malaysia... Asal resepinya guna tepung tapioka... Tapi kat Malaysia kita guna tepung ubi je...



Resepi Black Pearl sangat mudah disediakan malah sangat kenyal dan sedap dimakan bersama air sejuk dan air kisar, sesuai juga untuk dijadikan penyejuk badan.


Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 cwn air (untuk menguli doh)
  • Pewarna hitam (guna pewarna biru + merah + hijau) - nak buat warna lain pun boleh sebenaranya... takde masalah. terpulang kepada kreativiti
  • Secubit garam halus
  • 10 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 3 helai daun pandan dikoyak


Cara membuat:
1.Masukkan 10 cwn air, gula dan daun pandan dalam periuk, biarkan hingga mendidih dengan api sederhana.

2.Gaul tepung ubi dengan garam hingga sebati , masukkan air sikit demi sikit sambil diuli (uli sampai tepung tidak melekat pada tangan, masukkan pewarna dan uli sebati.

3.Apabila air sudah mendidih, gentel doh dengan bentuk bulat-bulat kecik (pastikan muat straw besar) dan masukkan kedalam air yang mendidih tadi.

4.Buat hingga doh habis, kecikkan api dan masak selama 30 – 40 minit hingga pearl benar-benar masak dan airnya kering (untuk memastikan pearl masak , bila digigit tidak ada rasa tepung ditengahnya).

5.Tapis dan basuh dibawah air paip, simpan kedalam balang dan masukkan air gula (air yang dimasak dengan sedikit gula).

6.Simpan didalam peti, bila nak guna boleh diambil bila-bila masa saja.

Sumber resepi: Resepi Malaysia

Senang je kan... boleh buat sendiri... jimat pun jimat... 

MF simpan dulu resepi ni... tahun depan la baru habis pantang kita buat ye... hehe

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Wah! Bestnya dapat resepi ni.. MD mmg minat pearl ni.. Hehe.. Bolehla buat sendiri..^_^

    BalasPadam
  2. nak try sbb MG suka bnda ni..
    nice sharing! huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)