GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANG PALING TERUK DI ABAD INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jika sebelum ni, pernah MF review perkhidmatan 3 syarikat penghantaran yang popular di Malaysia iaitu Pos Laju, Gdex dan Skynet... Dan memang antara ranking betul entry ni dalam carian Google... Boleh baca review tu DI SINI.

Tapi review tu MF buat masa MF tinggal di Gombak, KL.. Sekarang MF dah pindah ke Johor... Alhamdulillah, ketiga-tiga syarikat penghantaran ini, sangat bagus sejak MF pindah ke Johor. MF puji habis la perkhidmatan Pos Laju, GDex dan Skynet kat sini... Paling cepat Skynet la... Pos petang dari KL, insha Allah pagi keesokan harinya akan sampai ke Johor depan rumah... pos laju, paling lambat 3 atau 4 hari..

Tapi kali ni nak bagitau ada perkhidmatan yang paling lambat dari yang terlambat... Lebih dari 7 hari tak sesampai lagi... Nak tahu... perkhidmatan curier apa... itulah Nationwide... Mungkin tak popular tapi masih ada yang guna perkhidmatan Nationwide ni...


MF pun tahu perkhidmatan curier ni selepas beli online baru-baru ni... Siap bank in kepada penjual hari Khamis... dan dikhabarkan pos hari Isnin. Jadi menunggulah dengan sabar... dah la ada masalah dengan penjual..tambah pula dengan perkhidmatan curier yang macam ni, memang menguji  kesabaran betul...

Semak tracking nombor hari Rabu, sebab penjual pun baru bagi tracking number... Semak dah ada kat HQ di Kulai... Jadi, kami menunggu dengan sabar... Tunggu punya tunggu sampai la hari Jumaat.. tak juga ada barang... terngiang-ngiang lori kat luar rumah... asyik jenguh je... hampa betul... Dah geram punya pasal, hari ni en.somi Call terus kat pihak HQ Nationwide di Kulai tu... nak tahu apa  dia kata...

"Barang encik memang ada, tapi kami tak dapat nak hantar sebab rumah kami di luar kawasan penghantaran..." Kami akan hantar, cuma lambat.... tunggu ada barang satu lori dia agaknya baru boleh hantar kat kami... perghhhh... menyirap ko... Dah tu, sepatutnya telefon la kita bagitau... ni kita pula kena telefon dia tanya... nak peram barang orang sampai bila.. Pastu suami pun apa lagi... terus je start motor, pergi ambil sebab katanya pejabat diorang buka separuh hari je hari Sabtu...

Memang hangin satu badan betul syarikat penghantaran macam ni... Tak marah kalau barang kita sampai diorang call bagitau suruh ambil..bagitau diorang tak hantar sebab luar kawasan... Kita tak kisah sangat... Tapi masalah bila dok peram tu yang geram.. Kita pula nak kena tanya... Bukan free kot... Kita bayar kos penghantaran tu...

Sebab MF tahu, kalau kawasan Johor ni... Ada yang jauh-jauh... Jadi sesetengah perkhidmatan penghantaran ni tak masuk... Macam Skynet atau City link akan call suruh ambil kat bandar untuk sesetengah tempat..  Ok la.. Dia bagitau..  Kita akan pergi ambil... Tapi ni peram.. Tak bagitau... Nak tunggu kumpul barang lain... Baru nak hantar sekali...  Mau tak marah kan... Itu kan amanah dan tanggungjawab... Laksanakanlah...

Dan satu lagi, dapat info pula dari blogger kak Farah Waheeda sebab MF ada buat status pasal ni kat Facebook... iaitu syarikat penghantaran KTM.. pun buat hal yang sama... jenis peram barang orang lama-lama tak hantar.... Hadoiii...


Memang lepas ni kalau beli barang online kena tanya penjual la, nak pos barang guna syarikat apa... Nak kata kos penghantaran murah, sama je kot... Memang letih la camni...

Ini bukan pertama kali kami beli barang yang besar-besar... boleh aje penjual pos... pernah suami beli tayar siap dengan rim empat biji, pos dari KL, guna bas aje... kita tanggung kos pos... apa masalahnya kan... Penjual pun, gunalah perkhidmatan yang popular dipercayai orang ramai.. banyak cawangan dan negeri guna... guna yang ntah pape camni la risikonya... barang kena peram... tak ke sakit hati macam tu.. kalau kena kat korang, apa korang buat???

Lepas ni tunggu review pasal penjual yang banyak main-main pula... sebab ada kaitan la dengan syarikat penghantaran ni... tu masalah menjadi rumit dan menyakitkan hati...

Lebih sakit hati, kita ni pun peniaga juga... tapi sebolehnya perkhidmatan pelanggan tu kita jaga... sebab itu periuk nasi yang utama kita kan... 

4Ulasan

  1. Kalau tmpt sy poslaju dgn skynet je masuk. skynet pun org yg mcm runner dia jaa datang. kalau gdex dgn citylink mmg takkan masuk kawasan sy. citylink suruh p ambik kat bandar atau tukar alamat kt kwsn dia pergi. gdex pun sama cuma dia boleh bertolak ansur lg suruh p ambik kat pekan dia tunggu kat pekan. tp bg sy still sy tak puas hati jugak sbb penghantaran kita bayar bukannya percuma. hahahahaaa. sbb tu mmg sangat2 prefer poslaju dari prkhidmatan pnghntaran yg lain2 ni. even org selalu komplen poslaju itu laa ini laa tp bg sy poslaju paling terbaik. posmen dia setiap kali hantar parcel mesti dia turun sampai pagar depan rumah. hahahaaa. eh terpanjang pulak komen ni :D

    BalasPadam
  2. sy pula kalau beli barang online sebolehnya nak elak postage.. nak cod tapi tak ramai online seller sudi nak cod kat kita.. huhu..

    BalasPadam
  3. kt sini poslaju paling ok...hat skynet tu hr tu 1 hari 3 kali mai rumah dgn org yg blainan....prfffftttt...apasal la x kumpul ja brg tu skali pstu br mai...hahaha

    BalasPadam
  4. Setakat nih servis yg akak puji poslaju,ciry link dan gdex...nationwide kwn akak pernah kena mcm nih jugak..peram brg atas alasan kwsn perumahan kwn akak diorg x cover

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ