GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Antara Pos Laju, Gdex dan Skynet!

Antara Pos Laju, Gdex dan Skynet

Tiga syarikat penghantaran terbesar kat Malaysia...  DHL tak termasuk sebab dia penghantaran import eksport biasanya.. Tapi pos laju, gdex dan Skynet ni antara yang terbesar dan biasa digunakan orang ramai untuk hantar barang.

Bagi yang biasa guna bisnes online... Pasti pernah guna Ketiga-tiga ni...

Antara tiga tu... MF pilih Pos Laju... Kecewa dengan gdex dan Skynet...  Kedua-duanya memang mengecewakan... 

Bulan sebelum puasa pernah order barang dari supplier dari Kajang.. Fia guna perkhidmatan Skynet... Barang nak guna cepat... Sekali tiga hari baru sampai... Tu pun hari tiga kena hari Sabtu, tunggu juga pepagi sabtu tapi tak sampai pun... Dah tengah hari kami keluar ke Nilai 3, dalam perjalanan baru la dia call nak hantar barang... Fuhh.. Suami dah geram dah.. Hari Isnin terus je pergi tuntut kat pusat pengumpulan Skynet yang berdekatan.

Pengalaman dengan Gdex pula..
Gdex pengalaman guna alamat di tempat kerja cepat juga sampai... Mungkin pengurusan di kawasan tu cepat... Tapi pengurusan area gombak dan wangsa maju sangat mengecewakan.

Kami order barang dari supplier dan supplier pos barang hari Khamis... Target hari Jumaat atau Sabtu boleh sampai... Sekali..delay.. Suami call... Dia kata salah hantar ke pusat pengumpulan... Sepatutnya dari Cheras dia kena kumpul di Wangsa Maju, tapi pergi hantar ke Melawati... So, delay la sehari...

Suami minta nak ambil sendiri... Dia kata kena tunggu cawangan dia call semula. Tunggu punya tunggu la hari Jumaat tu, tak de call pun... Hari sabtu pun tak call. Hari ahad semak kat website gdex, ada kat Wangsa Maju...

Suami terus je nak pergi ambil kat sana... Jam 8.30 suami pergi... Tapi dekat 9.45 baru balik... Lama kemain... Padahal Gombak ke Wangsa Maju 10 minit je.. Balik, suami bagitau...lambat kat pusat pengumpulan di Wangsa Maju... Servis teruk katanya. Barang banyak tapi tak terurus... Tunggu dia cari barang tu pun lama... Alahai... Camtu pula...

Gdex oh Gdex perbaikilah mutu perkhidmatan kalau nak bertahan lama...

Dalam bisnes kami, untuk pelanggan kami, kami gunakan Pos Laju... Alhamdulillah... Tak pernah la mengecewakan setakat hari ini...  Servis laju...sesuai dengan namanya... Bahkan MF pernah terima barang yang dipos hari yang sama dari Baling Kedah... Terkejut...petang tu dah sampai...

Ini review berdasarkan pengalaman Mf dan suami sendiri... Mungkin pengalaman orang berbeza-beza kan... Apa pun... Harap pihak Gdex dan Skynet perbaiki mutu perkhidmatan... Tak kiralah di kawasan mana pun... Sebab kita manusia... Semuanya atas sikap kan...

Pos Laju pun...harap dapat kekalkan kualiti perkhidmatan di semua tempat macam ni juga... Walaupun mahal sikit, tapi kalau perkhidmatan bagus, orang akan suka dan berulang kali guna kan...

Impian kami.. Nak adakan satu bisnes perkhidmatan penghantaran satu hari nanti... Moga Allah permudahkan dan perkenankan...  Ameen...


34Ulasan

  1. Pos Laju pun kadang-2 k.o juga.. Tengok rezeki..

    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun saya dh tunggu dh 4 hari barang saya x sampai lg

      Padam
    2. brader.. aku tunggu fon aku beli.. 2 miggu xsampai2... upene xbergerak lansong... alasan.. pos laju xhantar fon.. 2 miggu baru nak bgtau... taon depan la bgtau...

      Padam
  2. kebetulan tengah tggu parcel dari poslaju kali ni agak mengecewakan sebab lambat sangat sampai pos 27hb arini dh 3hb xsmpai lagi huhu

    kadang2 ok kadang2 lambat harap sgt poslaju maintain perkhidmatan dieorg

    BalasPadam
  3. setakat ni akak tak ada maslaah dengan gdex dan skynet, tetapi ada masalah dengan pos laju...ha ha ha...

    BalasPadam
  4. semoga impian akak nak buka bisnes tersebut tercapai someday. Aamin...

    BalasPadam
  5. in shaa Allah...
    moga cita-cita menjadi kenyataan...

    BalasPadam
  6. kekadang, tengok keadaan jugak perkhidmatan pos ni..

    BalasPadam
  7. Amin Ya Rabb.
    Semoga impian kalian nak bukak biz shipping/ delivery ni dipermudahkan.
    Fardhu kifayah juga tu.


    Jemput Baca: Apa Ada Di Muzium Padi?

    BalasPadam
  8. sm...suka pos laju lg...
    Gdex n Skynet slalu bg alasan x jmpa rumah...kdg stuck kt depa dkt sminggu sbb bl nk p ambik kata ada kt driver la itu la ini la

    BalasPadam
  9. adushhhh ngeri pulak nak guna skynet ingat nak buka account

    BalasPadam
  10. Poslaju suka hilangkn barang yg mahal² .. Yg murah pula smpai pula kat orngnye yaa :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat report tuh... tak semua poslaju macam tu.. tgk juga pos laju mana yg macam tu..

      Padam
  11. Terima kasih atas cadangan dan komen. Akan kami bawa ke pihak pengurusan syarikat. Saya pemilik francise Skynet Kuala Selangor.
    Peratus penghantaran next day sekarang adalah cuma 65%. Lambakan penghantaran dari peniaga online yang budiman sekalian. Lesen kurier yg selama ini di bekukan pun dah dibuka semula. In sha Allah kami akan cuba baiki kelemahan yg ada.

    BalasPadam
  12. gdex memg hancur,aku tggu berjam nk dpt feedbck,pos lju pos lmbt tp brng smpai awl,gdex pos awl brng x smpai2 lg...hram btl

    BalasPadam
  13. Skynet mmg cilaka.kurg ajar pun ad.gdex ok lg.poslaju terbaik!

    BalasPadam
  14. Masukkan ulasan anda..penghantaran 10.11.2016 sekarang 19.11.2016 masih belum terima barang agak2 la gdex mengecewakan

    BalasPadam
  15. Skynet betul mengecewakan. Dah seminggu barang tak sampai. Check tracking barang ada kat tempat yg sama tak gerak. Janji nak hantar selasa. Bila sampai selasa skynet kol kata rabu. Then tunggu rabu senyap sepi je.

    BalasPadam
  16. Aku nyampah kat pis laju la ni...barang pos laju sampai nak ambik Masa 2 minggu. Laju apa gitu... Baik tukar nama pos lambat sampai...biul betul

    BalasPadam
  17. Tp kalau bab pos motosikal ni rasanya ok kot
    Takda delay2 sebab semuanya kena pergi ambil sendiri
    Kalau jenis hantar ke depan rumah ketiga tiga di atas tu hawsiaw
    Pernah laa byk kali kena
    Barang dah lama sampai kat branch tp diorang belum keluar utk pos barang
    Nak suruh kita pi collect

    BalasPadam
  18. ade gak jnis pos yg suka peram barang. pe sal entah..hold smpi 3 hari..bkn jauh mana pun nak deliver.

    BalasPadam
  19. Sama la kita bad experience ngan Skynet..

    Cite nya kat sini:

    Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet

    BalasPadam
  20. Pos laju dh jd pos lembab skrg. Kdg2 delay smpai 2 minggu. Skynet sy gune ok pulak. Depends kot. Gdex xpernah try

    BalasPadam
  21. Poslaju dah tak 2-3 hari macam dulu. mungkin sebab lambakan produk kot, tapi tu masalah diorg lah kan hehe

    BalasPadam
  22. Nak tanya skynet hantar barang sampai pukul berapa? Mula2 sampai kad dekat saya..esoknya saya p amik dlm 3.30 ptg camtu la di pjbt...si jaga kaunter tu kata barang ada dlm van depa sbb nak g hantar semula..katanya..abis tu buat pa bg kad...bangang btoi...lepastu dia tanya aku waktu bila ada kat rumah ? Aku pon ckp dlm kul 5.. sbb kerja..dia kata x bleh hantar jam tu sebab depa nak abis time keja dah...aiyooo..truk lg dr keling..harini dpt call dia suruh aku p amik di pejabat lg...aku beli brg online ni bayar sampai depan rumah...lazada katakan...ni aku pulak nak kena p amik..harey.aih...aku kata hantar hari lain..diakata x pergi dah kesana..jilake..

    #skynetkulim
    #lazada

    Senang banyak la dep

    BalasPadam
  23. Dh b'puluh kali beli brg2 go shop n cjwowshop,gdex yg hntr..X prnh ada masalah..servis tiptop.. Trma ksh Gdex Sitiawan!!

    BalasPadam
  24. Dh b'puluh kali beli brg2 go shop n cjwowshop,gdex yg hntr..X prnh ada masalah..servis tiptop.. Trma ksh Gdex Sitiawan!!

    BalasPadam
  25. Sma laa dgn sy trackking ckp out for delivery tggu pnya tggu xsmpi2 pon skynet ni jdi jala langit dahh penghantaran gna udara smpi rmh mgkin laa

    BalasPadam
  26. Setakat ni sy suka servis pos laju. Cepat update tracking online & brg pun cepat sampai.

    BalasPadam
  27. Saya banyak kali juga kecewa dengan perhidmatan courier ni. Kita ada kat rumah, diorang cakap kita xde. Bila keluar rumah, masa tu lah pulak dia nak datang.

    Bila dia call cakap nak datang, kita tunggu dari pagi sampai ke petang, baru la nak datang.

    So sekarang ni saya minta pengirim poskan bukan ke alamat rumah, tetapi ke alamat courier cawangan yang terdekat dengan rumah dan saya datang collect sendiri.

    Rugi sedikit sebab kena ke cawangan diorang. Tetapi hilang headache isu lambat, xde driver, xde kt rumah dan pelbagai lagi alasan.

    Kepada sesiapa yang nak cuba, nanti minta pengirim letakkan alamat cawangan courier, nama dan no hp anda dan remark (office collection).

    Diharap membantu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ