Petua Hilangkan Kesan Teh dan Kopi Pada Bekas Minuman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua menarik nak dikongsikan... 

Bagi penggemar minum kopi dan teh, pasti pernah alami perkara ni. Kesan karat pada bekas minuman plastik atau seramik yang susah nak dihilangkan. Tapi dengan petua ni, Insha Allah... kesan tu dapat dihilangkan dengan mudah dan bekas minuman kita seperti baharu. 


Bahan-bahannya:
1. Baking soda
2. Pencuci pinggan mangkuk
3. Cuka

Cara-caranya:
1. Ambil mug atau cawan yang terpalit kotoran degil itu ke dalam sinki.
2. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas berkenaan.
3. Tambahkan satu hingga dua titik pencuci pinggan ke dalam bekas yang sama.
4. Isikan sedikit cuka
5. Tambahkan dengan air panas/air panas
6. Skrub atau sental cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
Sumber: Karangkraf.com

Mudah bukan... MF pun baru tahu petua ni... Nak cuba juga nanti... Tapi MF ni biasa guna mug kaca kalau bancuh air panas..terutama teh atau kopi.. Jarang guna bekas plastik... Bukan apa, untuk keselamatan dan kesihatan. Cawan plastik yang selamat ialah yang bebas BPA... Tapi kalau yang biasa beli dan jual kat kedai plastik biasa tu, kebanyakannya bukan bebas BPA... biasa kita cari yang BPA untuk botol susu anak je kan.. Tapi kita pun kena biasakan dengan bahan bebas BPA.

Kenapa pentingnya menggunakan bahan bebas BPA??? Baca >>>SINI<<< untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

3 Comments

  1. waahh baru tahu ni.. nnti boleh cuba.. sy selalu guna cawan besi or kaca untuk buat air panas.. tak pernah lagi guna cawan plastik ni.. nak bebas bpa kena la beli yg mahal kan bagus beli cawan besi or kaca lebih kurang je harganya and lagi selamat xperlu risau pasal plastik..

    ReplyDelete
  2. Oh, saya pun tahu tentang petua ni! Tapi saya tak guna cawan plastik makanya tak pernah amalkanlah petua ni.

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^