GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

DOA PUTUS SUSU DAN HENTIKAN TABIAT BURUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lain anak...lain cabaran...begitulah yang diri sendiri alami... Paling mencabar dalam fasa menyusukan anak ialah melalui fasa wean off ataupun putus/cerai susu badan... Masa anak pertama.. Tak susah nak ceraikan... Tapi masuk kedua.... Fuhh dia punya cabaran lain macam... Kalau nak disamakan lebih kurang macam Ahmad Albab gayanya... Tapi rasa macam lebih lagi je bila fasa menangisnya tuh... Stress dan buntu dibuatnya.

Disebabkan fasa ni mencabar sungguh..pelbagai cara MF guna untuk wean off...tapi tak berkesan sebab kesan daripada ialah tantrum yang luar biasa dasyatnya... Dah la suami ada migrain kan... Dilema sungguh MF ni...

Setelah bertangguh dan bertangguh... Kena juga ajar si adik wean off... Sebab dah cukup pun 2 tahun... Dah hampir 3 tahun... Bukan apa...badan nak rehat pula kan... Lagipun haknya dah mencukupi bahkan lebih lagi berbanding kakak dia...

Macam-macam buat... Secara tradisional buat... Moden buat... Psikologi pun buat... Tak jalan juga...

Kali ni nak guna cara kerohanian pula... Jadi MF cari doa dan ikhtiar secara Islamik pula la... Nak kena amalkan doa dan ayat-ayat suci untuk putus susu... Jadi... Jumpa dua ayat dan doa yang boleh digunakan untuk hentikan atau cerai susu badan atau untuk hentikan tabiat buruk anak-anak seperti isap jari, obses pada bantal busuk ataupun hisap puting...

Doa ini adalah nukilan dari Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dalam buku tulisan beliau iaitu Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa. Doa ni pun MF dapat dari Internet..  MF salin semula untuk diamalkan.


Doanya:
 صعصعت تعثوت قطعت عنك (ثدى / أمك / مخدتك / ابهامك)  كما حرم عليك لحم الخنزير

Maksudnya :

"Kau telah memecahkan dan merosakkan teruk, kerana itu aku putuskan daripada (puting emakmu/ bantal kamu/jari kamu) seperti diharamkan ke atas kamu (sebut nama pesakit dan ibunya) daging babi."

Caranya:
1. Baca surah Al-Fatihah 
2. Baca doa di atas
3. Hembuskan pada tempat berkenaan (mulut, jari, bantal)

Selain tu ada juga doa dari surah Luqman ayat 14:


Jadi, inilah yang MF dapat sebagai amalan untuk usaha putus susu dan hentikan tabiat buruk anak.

Ingat nak kena tambah dengan Solat Taubat dan Solat Hajat juga... Usaha, doa dan selebihnya tawakallah kepada Allah... Sementara tu teruskan zikir dan doa moga diberi kekuatan oleh Allah untuk hadapi dugaan dan cabaran ini... Moga dugaan dengan anak ini akan membawa tuah di kemudian hari macam Ahmad Albab tu kan... Insha Allah.. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ