GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

HUKUM DAN PERSOALAN ADIK BERADIK TIRI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Persoalan berkaitan aurat dan hukum adik beradik ni pernah disuarakan oleh anak murid MF masa mengajar bab perkahwinan. Diorang ni memang banyak kes pasal tiri ni... Mak bapa bercerai dan kahwin lain. Memang perlu tahu hukum sebab ianya berkaitan aurat, mahram dan juga hubungan perkahwinan. Juga berkaitan dengan pembahagian harta. Tapi isunya, kita tengok berkaitan dengan hukum aurat dan perkahwinan. 

Ada beberapa situasi berkaitan dengan adik beradik tiri ni. 
  • Ada yang adik beradik lain mak, lain bapa
  • Ada yang adik beradik lain mak, satu bapa
  • Ada yang adik beradik satu mak, lain bapa. 


Jom lihat hukum berkaitan untuk lebih faham.

Situasi 1: Hukum Aurat dan Perkahwinan bagi adik beradik tiri lain mak, lain bapa.

Di antara adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin.
HUKUM DAN PERSOALAN ADIK BERADIK TIRI
Sumber: google images

Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu setubuhi, tetapi jika kamu belum setubuhinya, maka tidak berdosa kamu mengawini (anak perempuannya, iaitu setelah kamu ceraikan ibunya)” (Surah an-Nisa’, ayat 23).

Begitu juga, haram mengahwini ibu tiri. Di dalam al-Quran Allah melarang seorang lelaki mengahwini wanita yang pernah dikahwini bapanya. “Dan janganlah kamu kawini wanita yang pernah dikahwini oleh ayahmu” (Surah an-Nisa’, ayat 22). Wallahu a’lam. [Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL]

Situasi 2: Hukum aurat dan perkahwinan adik beradik tiri lain mak, satu bapa:

Jika seorang bapa yang punyai anak, berkahwin dengan seorang perempuan lain dan perempuan tadi lahirkan anak dari benih si bapa, maka anak itu dan anak si bapa tadi jadi mahram. Haram selama-lamanya berkahwin kerana dikira sebagai adik beradik.

Situasi 3: Hukum aurat dan perkahwinan adik beradik tiri satu mak, lain bapa:

Jika seorang ibu yang punyai anak berkahwin lain dengan seorang lelaki dan ibu itu lahirkan anak hasil dari benih lelaki tadi, maka anak yang lahir itu dengan anak ibu itu adalah mahram. Haram selama-lamanya berkahwin kerana dikira sebagai adik beradik.

Situasi 2 dan situasi 3 tidak dipanggil adik beradik tiri, tetapi adik-beradik kandung walaupun mak lain, bapa sama atau bapa lain, mak sama.

Maka kita sekarang sudah faham. Semua yang disebutkan tadi adalah mahram kita. Pendek kata kalau bersentuh tak haram. Berdua-duaan dibolehkan jika aman fitnah. Harus membuka aurat sesama mahram. Air wudhuk tak batal.

Kesimpulan:

Berdasarkan 3 situasi tu, Situasi 1 itu yang dikira sebagai adik beradik tiri sebab mempunyai hubungan tiri hanya kerana ibu bapa mereka berkahwin, sedangkan antara mereka tiada ikatan. Adik beradik ini yang perlu dijaga batas pergaulan kerana dikira bukan mahram dan boleh berkahwin. Walaupun mereka tinggal sebagai keluarga, aurat mereka tetap kena jaga dan muamalat pun kena jaga kerana mereka adalah adik beradik tiri dan bukan mahram.

15Ulasan

  1. Sangat berguna ilmu yg di kongsi ni sis. Tqsm.

    BalasPadam
  2. akak ada adik beradik tiri jugak..tapi berlainan bapa

    BalasPadam
  3. Adik beradik sedarah sedaging (satu bapa atau satu ibu) bukan dalam istilah TIRI..

    BalasPadam
  4. Baca betul2. Salah tu. Salah bahagian situasi 1 n 2 tak dipanhgil adik beradik tiri, tapi adik beradik kandung. Padahal stuasi 1 adik beradik tiri yg xde kaitan darah pun, boleh berkahwin. Sila betulkan. Mungkin awak maksudkan situasi 2 dan 3 , bukan 1 dan 2.

    BalasPadam
  5. Terima kaish atas teguran... Sudah dibetulkan...

    BalasPadam
  6. Terima kasih...penjelasan yg mudah difahami...

    BalasPadam
  7. Jadi kalau anak2 adik beradik tiri no 2 tu kira bukan mahram la kan?

    BalasPadam
  8. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan anak bekas isterinya? Iaitu anak yang terhasil setelah bekas isterinya berkahwin lain.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saya ingin kepastian dan untuk keselamatan diri saya jugaa, kalau bapa saya kahwin dengan mak saya dan mengeluarkan saya sorang , tapi belah bapak dan belah mak ada adik beradik tiri maksud saya bapak saya pernah becerai dan mak saya pernah becerai dan mereka disatukan... adakah boleh adik beradik tiri melihat aurat saya ... mohon maklum balas secepat mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. kalau ikut kefahaman saya dari situasi saudari... Persoalan tu terjawab dalam entry di atas... Boleh rujuk pada situasi 2 dan 3... Status saudari dikira adik beradik kandung seibu jika ibu ada anak sebelum kahwin dengan bapa, dan juga dikira adik beradik sebapa jika bapa saudari ada anak sebelum kahwin dengan ibu... Yang dikira tiri ialah anak ibu dan anak bapa itu... Anak ibu dan bapa itu dikira tiri sebab mereka lahir dari hasil perkahwinan terdahulu...

      Padam
  10. Assalamualaikum, mohon kepastian...

    A ialah lelaki dan B ialah perempuan.

    A pernah berkahwin dan dah ada anak lelaki hasil perkahwinan sebelum ini, C namanya.

    B pun pernah berkahwin dan dah ada anak perempuan hasil perkahwinan sebelum ini, D namanya.

    Hasil perkahwinan A dan B, dapatlah seorang lagi anak, E namanya.

    C dan E dikira adik-beradik maka tidak boleh berkahwin.

    D dan E dikira adik-beradik maka tidak boleh berkahwin.

    C dan D tidak dikira adik-beradik kerana lain mak dan lain bapa maka boleh berkahwin.

    Betul ke fahaman saya ni? Soalan saya ni berdasarkan keadaan keluarga saya sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.... Ya betul tu... C dan D yang dikira sebagai adik beradik tiri dan boleh berkahwin keduanya . Wajib jaga aurat jika tinggal serumah...

      Padam
  11. Assalamualaikum sy milah.. Sy nk tanya, sy ada kakak tiri.. Kami lain mak lain ayah. DAN kakak tiri sy ADA anak lelaki. Jika anak lelaki dia SUDAH akil baligh.. Boleh ke anak lelaki dia tu salam dgn sy ?? Mohon jwpn segera..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ