GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Musim panas ni, pasti ramai la cari ais untuk sejukkan tekak dan badan. Tapi sebenarnya, minum air buatkan tekak perit dan badan lagi panas dalam. Jadi, sepatutnya kita perlukan ejen penyejuk badan semulajadi, supaya badan dapat bertindak dan sejuk dalaman secara semulajadi.

Antaranya ialah:

Air kelapa muda


Tak perlu nak kisahkan panjang lebar, memang bagus amalkan air kelapa ni, banyak sangat khasiatnya.

Buah kembang semangkuk

Buah ni kecil je, tapi direndam dalam air boleh kembang semangkuk. hehe... padan dengan nama dia... Bagus untuk anak demam juga air buah ni.. demam dan batuk boleh amalkan. Kalau batuk, rendam air ni, lepastu letak gula batu dan minum untuk redakan batuk. amalkan selalu. Tapi tak elok diamalkan oleh ibu mengandung katanya, sebab takut kembang peranakan dan mudah bersalin.. kecuali kalau dah tunggu masa boleh la minum. Kalau baru-baru hamil jangan minum. Petua orang tua ni.

Biji selasih

Ini juga ejen penyejuk semula jadi, kecil je, tapi khasiatnya bagus untuk badan.

Barli

Tak disangkal lagi, ejen penyejuk badan semulajadi. Air barli suam atau apa sahaja resepi air barli memang sedap diminum waktu panas-panas.

Sayuran yang kaya dengan ejen penyejuk:

Petola

Lobak putih


Kesemua jenis minuman dan makanan di atas, dilarang sama sekali bagi orang yang ada sakit urat, dan wanita lepas bersalin... huhu... Wanita bersalin memang kena yang hangat-hangat ja ya.. 


Thanks for reading: Ejen Penyejuk Badan Semulajadi!

Catat Ulasan

  1. selain dari buah kembang semangkuk dan lobak putih tu, yg lain satu kluarga husna amalkan.. lelagi musim panas skarang nih.. atas dapur mesti ada stok air barli.. :D

    BalasPadam
  2. tq MF for info.. wawa just tahu, air kelapa untuk tawarkan ubat dalam badan..")

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top