GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perkhidmatan Bas Percuma di Johor Diperluaskan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bas Muafakat Johor
- Inisiatif Kerajaan Negeri Johor

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi memberikan kemudahan dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah di kenalpasti.

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai.

Sebanyak 30 buah bas akan beroperasi bermula Mac 2016 dan bas-bas ini akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang, Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan kad Muafakat Johor.

laman web : www.basmuafakatjohor.com

MF tak pernah lagi guna.. Tak nampak lagi bas ni.. Bestnya ada bas percuma... Tapi area bandar je la... Area kampung... Hehe...bas air cond free tu juga la yang guna... Hehe.. Moga bas area kampung di upgrade juga... Sian tengok bas area Bandar Tenggara, Kluang, Kota Tinggi... Tapi tu la... Johor ni luas... Nak sedia percuma... Fuhh.. Kira dasyat la juga kan..

Tapi... MF rasa kos makanan di Johor ni lagi tinggi dari KL... Tak tahu kenapa... 

3Ulasan

  1. MF ddk johor dh ke skrg? sebelum nih bkn kt kl ke?
    kt selangor pun ada bas percuma jgk...tp agak terhad kawasan nyer

    BalasPadam
  2. dari dulu fiza rasa kos di JB lebih costly berbanding di KL.tapi okay jugak ada bas percuma ni. sekurang kurang ada penjimatan bagi mereka yang selalu gunakan perkhidmatan bas ni kan :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ