GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Makanan Hebat Untuk Ransang Minda Cerdas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

1.  Ikan salmon

Ikan yang mengandung lemak seperti salmon merupakan sumber terbaik lemak omega-3, EPA dan DHA keduanya penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. MF tak pernah makan ikan salmon... tapi pernah beberapa cubaan nak beli... Tapi tak tahu pula nak masak macam mana...hhaa... tapi sesekali boleh la kan... mahal harga ikan ni.



2.  Telur

Ini makanan paling jimat dan selamat. Kuning telur terbukti mengandung kolin, zat yang dapat membantu perkembangan memori. Boleh sediakan dalam pelbagai jenis olahan telur untuk pikat selera makan. Telur memang dijadikan stok makanan kering... telur yang baik, terus dari ladang... tanpa perlu simpan dalam peti sejuk.


3.  Kacang tanah (Peanut butter)

Bagus untuk  waktu sarapan bagi merangsang mood untuk belajar. Kacang tanah dan peanut butter adalah salah satu sumber vitamin E, antioksidan yang melindungi membran sel saraf. Kandungan thiamin dan vitamin E membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk membentuk tenaga yang diperlukan tubuh. MF tak dapat nak telan peanut butter ni.. rasa nak muntah. melainkan campur dengan coklat. Tapi kalau kacang tanah rebus memang feveret.



4.  Kekacang

Otak perlukan glukosa dari tubuh yang sifatnya konstan sehingga gandum dapat membantu keperluan tubuh dengan kandungan serat yang dihasilkan dari biji-bijiannya. Serat yang terdapat pada biji-bijian akan membantu dalam mengatur pelepasan glukosa di dalam tubuh. Kandungan vitamin B yang ada di dalam gandum akan menjaga sistem saraf untuk berfungsi sihat. Kekacang juga "jajan" feveret MF.. selalu beli jenama Tong Garden.. memang mahal tapi kekacangnya segar dan berkualiti. Jadi, tak dapat la nak makan selalu... Sesekali kalau terasa nak makan.

5.  Oat / Oatmeal

Oat mampu suntik tenaga untuk otak, oatmeal sangat tepat jika diambil setiap pagi. Kandungan serat di dalam oat atau oatmeal mampu menjaga kesihatan dan kecerdasan. Makanan ni memang tak lepas nak telan gitu je.. Tapi pernah buat untuk anak-anak makan... dan sendiri pernah rasa... Oat di campur dengan kurma...sedap juga...

6.  Jenis Buah Beri

Warna yang ada di dalam buah ceri, blackberi, strawberi dan blueberi mengandungi  gizi yang baik untuk kecerdasan otak anak. Kandungan dari ekstrak strawberi dan blueberi mampu memperbaiki fungsi daya ingatan. Biji dari buah beri kaya dengan lemak omega-3 yang sangat diperlukan dalam kesehatan otak terutama kecerdasan. Ni pun buahan feveret MF ni.. pernah MF tanah buah beri kecil kat rumah di kampung... sedap buahnya dan tak sempat nak berbuah.. asal nampak merah je kena petik dah... hehe

Sumber rujukan: Karangkraf

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ