Friday, 27 November 2015

Nota Serah Tugas!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Dalam kesibukan dengan tugasan akhir, semalam sempat siapkan nota serah tugas yang agak simple tapi kemas... Mulanya MF cuma isi je borang yang kerani beri... Tapi, rasa nak buat bagi kemas sikit... MF cari format softcopy dari Internet dan edit...


Alhamdulillah...  Siang tadi selesai dah siap ditandatangani oleh pihak pentadbir... Maka rasmilah... MF bakal berhijrah ke tempat baru... 

Lima tahun berkhidmat di situ.. Suka duka pahit manis dan tempat pertama timba pengalaman sebagai guru... 

Sedih...tapi seronok pun ada... Lumrah bertemu ada perpisahan... 

Nota serah tugas untuk guru bertukar ni mesti kena buat... Tapi MF rasa, nota ni ringkas je... Kalau kerani lain mesti lain sikit...sebab tengok suami MF dulu tebal... Sebab dia kerani kan... Mesti lagi banyak perkara kena buat minit dan nota kan...

MF dapatkan softcopy nota serah tugas ni dari blog Cikgu Zamrud... Boleh download >>>DI SINI<<<

Insha Allah... Memghabiskan sisa perkhidmatan dan tanggungjawab akhir di sini sebelum berhijrah ke tempat baru... Moga dipermudahkan Allah.. 

1 comment:

  1. Salam singgah sini sis...Alhamdulillah dan semoga di permudahkan segala urusan sis...

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^