Ticker

6/recent/ticker-posts

BOLEH BERBOHONG DALAM 3 KEADAAN INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daripada Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik”.  

Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.

[Riwayat:  Muttafaqun A'laih]

Huraian Hadith: 
Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:
  • Maslahah perang
  • Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
  • Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.
Sumber: JAKIM


Hanya 3 keadaan di atas sahaja dibenarkan berbohong... selebihnya haram berbohong... Bahkan berlaku jujurlah dalam setiap keadaan. Namun, jika tak mampu nak jujur dalam teguran... Diam dan doalah untuk kebaikan kawan... kerana itu selemah-lemah iman... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. perkongsian yg baik... jauhkan diri ini dr berbohong selain tiga itu....

    BalasPadam
  2. Semoga kita di jauhkan dari sikap yang suka berbohong...terima kasih atas perkongsian ini sis..

    BalasPadam
  3. semoga kita dijauhkan dari sifat berbohong.. huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^