Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Fasa-fasa Perkahwinan Yang Penuh Cabaran!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berkahwin.. bunyinya indah dan seronok... Dari zaman bercinta hingga nak kahwin tu memang indah la... Tapi zaman berkahwin tu tak seindah yang diimpikan... Jika tiada ilmu, tiada iman..tidak ikut syariat... Tu yang boleh jadi kes gurauan talak tiga tuh..  Rumahtangga boleh bergoyang walaupun dah 10 tahun bercinta sekalipun...

Menurut orang dulu-dulu.. Perkahwinan ni ada fasa-fasanya... Dibahagikan ikut setiap lima tahun...


Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh ni, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita... Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil.. Masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan... Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni... Masa ni juga nak belajar serba serbi.. Hidup ada anak... Bahagikan masa... Mula kehidupan sendiri dan sebagainya... Memang mencabar untuk fasa ini... Tapi yang penting, sabar dan terus sabar... Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.

Alhamdulillah... Fasa satu ni MF dah lepas...

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

MF bakal masuk fasa ni... Dan bakal mulakan kehidupan fasa kedua ditempat yang baru.. Dari segi kewangan dah mula stabil walaupun tak mewah mana.. Tapi sentiasa ada... Alhamdulillah...

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.

Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Ini memang diakui oleh rakan sekerja dengan MF... Dia lelaki.. Masa ni memang waktu menduga... Memang dalam hati tak de niat nak pasang lain.. Tapi umur sebegini buatkan rumahtangga diuji... Jadi, walaupun dikira stabil dari je kewangan, namun diuji dari sudut kesetiaan.. Jadi, masa ni kena kuatkan iman dengan perbanyakkan amal dan dekatkan diri dengan Tuhan.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Sumber: Sinar Harian

Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri... Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting... Matlamat utama masa mula kahwin tu penting... Insha Allah, jika matlamat betul.. Allah akan bantu untuk pelihara kerukunan rumahtangga.

Nak komen lebih pun tak berani... MF baru melepasi fasa pertama... Moga Allah terus pelihara kerukunan rumahtangga tangga yang dibina... Dengan rahmat dan mawaddah.

Cuma boleh MF pesan... Masa lepas sah jadi suami isteri.. Terapkan satu rutin yang wajib dilakukan oleh suami isteri setiap hari... Seperti, SMS selalu walaupun dalam rumah, cium, salam dan peluk... Yang utama... Nak dapat rahmat dan barakah dalam rumahtangga... Amalkan segala aktiviti secara berjemaah... Insha Allah.. Pasti indah... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Rupanya memang betul la ada fasa2 macam tu. hihi

    BalasPadam
  2. akak pun dlm fasa kedua... tapi byk lg tak stabil dlm rumahtangga ni... apa pun syukur sgt apa yg ada.... klu nk kira stabil sampai bila kan... syukur je apa yg ada dan redha ketentuan Allah....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...Diana dah melalui fasa pertama dan fasa kedua dah di akhir²nya..walaupun di fasa akhir² kedua ni bnyak cabaran dan dugaannya...Diana dan suami dapat menempuhinya dengan tabah dan sabar...semoga ikatan perkahwinan yang terbina dapat melalui setiap fasa dengan kebahagian hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^