MF antara ahli dalam Group Homeschooling Genius Syurga di facebook... 

Tujuan utama join, adalah untuk korek sebanyak mana idea dan sumbangan kreatif ibu-ibu yang buat homeschooling di Malaysia ni...

MF jadi silent reader... Tapi seronok la join.. Sebab banyak idea kreatif untuk kita buat pembelajaran di rumah untuk anak-anak.

Semalam, tercetus idea nak hasilkan magnet fridge ABC... Kami kan buat bisnes.. Memang ada buat pun magnet fridge sebagai cenderahati... Jadi, bahan dah tersedia...   Terus je buat... Tu pun berperang juga dengan anak-anak yang teruja nak tahu apa yang kita buat...

MF design yang simple je... Tak nak gambar banyak sebab nak bagi dia kenal huruf dan warna. Si kakak dan adik boleh belajar sama.

Alhamdulillah... Seronok kakak dan adik dapat main walaupun Kadang-kadang berebut juga... Biasalah... Anak-anak sama jantina dan perempuan pula tu.. Cemburunya lain macam sikit.. Jadi, kena pantau..

Bertambah lagi la aktiviti anak-anak... Jadi, masa kita kat dapur, adalah aktiviti diorang untuk main.. Biasanya main bekas plastik je buat masak-masak...

Alhamdulillah... Seronok tengok anak-anak seronok. MF bekerjaya... Jadi, gunakan masa yang sedikit tu untuk praktikkan apa yang MF dapat dari group MF join tu...

Tapi satu je yang MF perasan... Walaupun MF cikgu, anak-anak tak nak ikut sangat... Anak-anak akan ikut bila Abi dia yang ajar... Kalau MF sekali je ikut, lepas tu mula la memberontak buat hal sendiri... Hmmm...

MF tak pernah paksa anak-anak untuk belajar... Sebab waktu begini waktu diorang main lagi... Jadi, mainlah sepuasnya kan... Nanti waktu belajar, belajar betul-betul kan...


5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. macam best je group ni??nanti saya nak join jugak boleh kot..anak saya pun minat kalau buat benda2 gini..lagi2 kalau kita yang buat sama2 dengan dia..

    BalasPadam
  2. suka tengok cemni.. kazen pun ada buat utk anak2 dia.. memang main2 susun words la budak2 tu..

    BalasPadam
  3. betul tu MF. mcm anak buah sy, kejap je duduk belajar. lepas tu dia pegi main macam2. haha! tp xpelah, mmg fitrah budak usia dia tengah syok nak main

    BalasPadam
  4. Macam nak buat jugak lah untuk anak-anak. Thanks for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama