Fenomena Whatsapp Group!

3
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Whatsapp satu alat penghubung yang penting masa kini. Walaupun ada aplikasi seperti telegram, line, wechat namun, whatsapp tetap jadi pilihan walaupun dah kena bayar dalam tempoh tertentu... MF pun nak kena bayar mulai bulan Mei 2015 nanti... Ingat renew untuk lima tahun terus la kan.. 

Jika dulu, orang hanya pandai berwhatsapp secara perseorangan, tapi kini muncul pula whatsapp group.. buat kumpulan perbincangan melalui whatsapp... jika dulu whatsapp hadkan kepada 50 orang dalam satu group, kini diupgrade kepada 100 orang ahli dalam satu group. 

Apa yang MF perhatikan di laman sosial facebook, sekarang whatsapp bukan seperti dahulu lagi... Whatsapp sudah jadi satu fenomena baru dalam teknologi whatsapp... dari group di facebook, muncul pula ke group dan penubuhan group whatsapp... 

Pendapat MF, dari segi kebaikannya dapat berkongsi ilmu dan info-info berguna dari rakan alam maya atas dasar kerjaya, minat atau kegemaran yang sama. Contohnya, jika guru buat whatsapp guru bahasa sahaja, dan dapat kongsi ilmu tentang pengalaman dan cara mengajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dari sudut positifnya ada baiknya. 

Namun begitu, ada juga kesannya jika tidak dijaga dengan baik... atau amanah dengan baik, Bila dalam whatsapp group orang lain tetap boleh copy nombor telefon kita... dan yang lebih advance dengan teknologi, boleh buat macam-macam dengan nombor telefon tu. Pergaulan juga bebas antara lelaki dan perempuan walaupun hanya di alam maya... 

Cadangan MF, sebelum join sesuatu group whatsapp terutama group yang dari facebook atau alam maya, PASTIKAN mohon dan minta izin suami. Ini bagi wanita yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin pula, sentiasa berdoa agar terpelihara dari fitnah dunia. Bagi suami juga, perlu bagitau isteri agar tidak terjadi syak wasangka dalam hati isteri.. Pastikan isteri tahu group apa yang suami join. Jagalah ikhtilat walaupun di alam maya... Perlu ingat! Syaitan tak kan berputus asa menghasut manusia... Bahkan dia akan buat apa sahaja... sedetik hati kita lalai... maka waspadalah... 

Ada baiknya join group yang tiada percampuran lelaki dan perempuan, contohnya group kaum ibu sahaja!, atau group geng workshop kereta...(walaupun ada perempuan minat kereta, tapi bilangannya sedikit). Joinlah group yang memang khas untuk kepentingan kerjaya dan rakan yang kita pernah kenal sahaja....seperti group rakan sekolah menengah atau zaman di universiti. Elakkan join group yang ada percampuran lelaki dan perempuan walaupun atas dasar dan minat yang sama.... Jika ada masalah cukuplah PM atau tanya di Facebook... Walaupun begitu, kongsilah perkara yang bermanfaat dan berilmiah... elakkan bergosip, mengumpat, mengata serta kongsi hal peribadi dengan orang lain... kerana kita tak kenal hati budi rakan maya kita.

sumber: google images

Ini pendapat peribadi MF sendiri, tiada kena mengena dengan sesiapa... sebab MF makin bimbang bila ikhtilat dah tak dijaga..tak kira yang bujang atau yang dah kahwin sama sahaja... Tundukkanlah pandangan walaupun di alam maya... Jangan bagi peluang dan ruang untuk syaitan menghasut kita... Sentiasa berdoa agar dipelihara dari segala fitnah, noda dan dosa. Insha Allah moga Allah memberkati hidup kita semua. Maaf andai ada yang terasa.

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. ada jugak join beberapa wassap group,alhamdulillah,suami tak menghalang.cuma kekadang rimas jugka klu ada group wassap yang kekadang tengah malam ataupun pepagi buta pun still nak berwassap..isk..

    BalasPadam
  2. Ini kathy setuju sangat sis.. Betul tu..sebab tu kathy lebih suka create grup sesama jantina ,tak ada isu macam² di kemudian hari nanti..

    BalasPadam
  3. betul tu mf
    saya setakat ni ada dua je group
    group skolah n mmber kerja

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan