Salahkah Suami Ambil Duit Isteri?

Maria Firdz
7
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Salahkah Suami Ambil Duit Isteri? | Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak. Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?

Salahkah Suami Ambil Duit Isteri?
sumber: google images

Harta isteri milik isteri sepenuhnya

Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk  melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan  sebagainya.

Suami ada hak halang isteri berbelanja jika...

Namun, jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya. Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah." (Surah at-tahrim:6)

Suami boleh ambil harta isteri

Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya." (Riwayat Imam ad-Daruqutni)

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya." (Maratib al-Ijma', Imam Ibnu Hazm, 1/92). [sumber: Majalah i]

Isteri wajib minta izin suami dalam mencari pendapatan dan duit

Pendapat dan pandangan penulis, walaupun hak duit isteri adalah 100% hak mutlak isteri, namun si isteri perlu diingatkan bahawa isteri bekerja dan mencari rezeki lain tak kira lah berbisnes di rumah, buat direct selling, atau MLM atau memang bekerja makan gaji, semua tu atas keizinan suami. 

Jadi, haram jika bekerja tanpa izin suami. Dan jika suami perintahkan isteri jadi suri rumah sepenuh masa kerana kemampuannya menyara keluarga, si isteri wajib akur dan perlu terima berapa sahaja nafkah wang belanja yang diberi suami. 

Jadi, tak perlu lah nak berkira dalam bab ini... sebab rezeki kita dapat juga atas keizinan suami memberikan kita kerja.. jadi, tak dengan suami pun nak berkira walaupun dari segi hukumnya begitu kan... Saling memberi dan menerima serta bantu-membantu tu kan mengikatkan lagi kasih sayang... Rezeki yang dikongsi bersama insha Allah, akan lebih berkat... insha Allah. 



Nota:
Pernah MF tanya seseorang, kenapa masih bekerja, sedang suaminya lebih dari cukup untuk menyara keluarga... Tapi jawapannya buatkan MF tersenyum. Katanya, tak best tak bekerja sebab tak dapat pegang duit sendiri... Tak best sebab nak harap suami bagi... hmmm... MF senyum je... Andai para isteri tahu, bahawa pahala isteri yang berkhidmat untuk suami di rumah tu lagi berganda dari wang gaji serta segala isi dunia, pasti para isteri tak nak bekerja, dan jadi suri rumah sahaja. Impian MF pun begitu... MF nak berkhidmat di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa, insha Allah... Moga tercapai impian tu... Bukan nak kata bekerja tu tak dapat pahala, tapi...pahala suri rumah tu lain... sebab... ooo.. panjang pula nak dicerita... apa-apa pun.. bekerjaya atau suri rumah, kita sama-sama mencari pahala dan keredhaan Ilahi demi meringankan beban si suami. 

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. suami isteri mestilah sharing and caring gitew ;) bantu membantu

    BalasPadam
  2. saya dulu masa mula2 kawen memang terus berhenti kerja..sebab dok kat penang ni..Sebelum kawen dok kerja kat JB.Mula2 memang tak best la tak pegang duit sendiri..Walaupun suami bagi tapi kita ada rasa takut2 nak guna sebab dok rasa macam dut tu duit suami.Bila keluar nak beli apa2 pun dok tanya suami boleh guna tak duit tu nak beli itu ini...lama2 bila dia bagi2 tapi saya tak guna ,dia tengok dan kata ,kalau tak mau guna bagi je kat Mak...mak saya la maknanya..dan kalau nak apa2 minta saja duit dari dia sebab duit dia itu untuk saya...sejak tu rasa untung nya saya sebab tak kerja heheh...tapi peluang yang dia bagi tu tak la saya gunakan cukup2..beringat jugak yang dia pun kena menyimpan juga untuk masa depan kami.

    BalasPadam
  3. Tapi lagi best ada kerjaya sis.. Kathy ni dah 7 tahun jadi FTHW. hehehhe.

    BalasPadam
  4. Selalu share, tapi memang selalu hasben lebihkan Sha jugak bab duit ni... dia jarang pakai duit...

    BalasPadam
  5. iolls prefer wahm. sambil jaga anak dan rumah boleh dapat duit poket. lagi better kan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !