25 November 2014

Cara Kembalikan Fail Yang Hilang Akibat Virus Shortcut!

Semalam, dua kali kena buat recover file akibat terkena virus shortcut... Virus ni memang mudah merebak... Masuk je pendrive, terus semua file jadi shortcut dan tak boleh buka semuanya... Kalau tak tahu cara memang panik la.. semua file hilang... Tapi sebenarnya, file tak hilang... ada je filenya... 

Mudah je caranya untuk kembalikan file yang hilang akibat virus shortcut ni... 

Selepas scan dengan antivirus, delete buang dulu virus tu, supaya bila buka kat laptop, tak berjangkit nanti... lepas dah buang, file semua hilang dan jadi shortcut kan.. caranya...


Langkah pertama :
klik Start >> Run >> kemudian klik cmd >> lalu tekan ok
atau masuk Start >> Programs >> Accessories >> Command Prompt



Langkah kedua :
setelah masuk cmd atau command prompt biasanya directory nya ada di C:/ tapi jika yang terkena ada di drive D:/ , F:/ bahkan G:/ dengan klik di cmd misalnya F: secara automatik maka akan masuk ke drive F:/.

Contoh yang MF buat ni, pendrive ialah G, jadi taip G: kemudian tekan enter, automatik dia akan jadi G:/ dibaris yang baru...

Langkah ketiga :
Taip kan dir /a
fungsinya untuk memunculkan semua keseluruhan file terutama file-file yang ke hiden (disembunyikan).

Langkahkeempat :
Taip attrib -r -h -s /s /d

Langkah ke lima :
cek di explorer drive F:  maka disitu boleh lihat kalau data-data anda masih dalam keadaan selamat.
Lepas dah siap buat, akan jadi macam dalam gambar ni... Akan direcover dalam satu folder. Yang MF tak highlight tu, boleh delete je... tak diperlukan... 

Semua file masih ada dan tak hilang dan selamat...

Jadi, selamatlah file yang hilang... Jangan terus format pula kalau kena virus ni... masih ada caranya untuk selamatkannya...

Selamat mencuba.. :)

3 ulasan:

  1. good info.

    Jemput ke blog saya.

    www.nasznadzeri.com

    BalasPadam
  2. sama kah cara jika virus ini berada dalam external hard disk dah lama dah folder dlm tu jadi shortcut masih boleh diselamatkan kah?

    BalasPadam
  3. dulu time belajar, nak share files, nak print assignment selalu jugak la kene virus ni. huhuhuh

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^