GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Serbuk Kopi Mampu Mencantikkan Badan!

sumber: google images

Sedapnya aroma kopi.. minum kopi di waktu hujan renyai, di cicah biskut kering pun boleh jadi kan... tapi tahukah, serbuk kopi mampu mencantikkan badan... 

MENANGALKAN SEL KULIT MATI
Campuran serbuk kopi dengan sesudu gula beserta beberapa titis minyak zaitun boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang ada di wajah. Caranya mudah sahaja, campurkan pembersih muka dengan serbuk scrub kopi kemudian sentalkan campuran ini di wajah ketika mandi kemudian bilas dengan air bersih selepas beberapa minit. Teknik ini akan membantu wajah menjadi lebih bersinar dan mengekalkan kelembapan.

RAMBUT BERKILAU
Ketika keramas, campurkan serbuk kopi ke dalam syampu yang biasa digunakan. Kemudian urut lembut di kawasan kulit kepala agar peredaran darah berjalan dengan lancar. Campuran ini bukan sahaja dapat membuatkan rambut menjadi berkilat, ia juga dapat membantu menghaluskan setiap helaian rambut di kepala.

ATASI MASALAH BIBIR PECAH
Satu lagi manfaat dari serbuk kopi adalah ia dapat membantu mengekalkan kelembapan bibir dan mengatasi masalah bibir pecah kerana kekeringan. Cara ini juga akan membuatkan bibir menjadi kemerahan secara alami serta melembutkan tekstur kulit di kawasan bibir.

Banyak manfaatnya... pernah la lihat mak ambil serbuk kopi buat basuh tangan.... tapi kalau minum kopi segera atau kopi 3 in 1 memang tak dapat la nak apply petua mudah ni.... kena cari kopi original dari kampung... atau serbuk kopi asli... 


Psstt: tak berapa nak reti bancuh kopi guna serbuk kopi...kang ada yang tak lepas nak telan.. hehe

6Ulasan

  1. kalau yang kopi yang timbang bole kot...samala kak...klo guna serbuk, jarang lulus...kadang terpahit sangat...kadang termanis sangat...hihi

    BalasPadam
  2. akak lepas jadi org kedah ni ja baru pandai minum kopi...kalau beli saebungkus tu..beerbulan nak habiskan...akak dan suami ja yg minum..

    BalasPadam
  3. my sis rajin scrub guna kopi ni... bagus kan... iolls je malas... =D

    BalasPadam
  4. Banyak khasiat kopi kan..bukan hanya untuk kesihatan tapi untuk kecantikan juga..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ