GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pati Ikan Haruan dan Gamat Berbahaya untuk Luka Pembedahan???

Pati Ikan Haruan dan Gamat Berbahaya untuk Luka Pembedahan

Biasa kan kita dengar orang bagi petua, nak luka cepat baik makan ikan haruan atau pati gamat. Bahkan kalau kita luka kecil pun mak kita biasa sapu minyak gamat. Dulu, aku suka baca akhbar bahagian perubatan moden... salah satunya ada cerita sebenarnya gamat tak elok untuk luka sebab hidupan air masin atau air laut ada merkury... Merkury ni bahaya untuk badan kita... 

Rupanya, kajian demi kajian ada dibuat untuk sahkan perkara ini... Jom kita baca artikel panjang lebar ni... Sumbernya yang aku dapat dari beberapa sumber di internet.



Pengalaman mereka yang pernah amalkan pati haruan dan gamat

CERITA IKAN HARUAN & GAMAT : Hari ini nak kongsi atas permintaan seorang hamba Allah minta aku post di wall untuk dibacanya. Beliau mengalami masalah kesihatan dalaman yang berkemungkinan besar akan menjalani operation yang kali ke-7. Sedang ikhtiar mencari penawar & rawatan alternative selain drp operation. Himpunan info ini aku baca, bertanya, kumpul dan alami sendiri sejak kebelakangan ini. Mana tahu boleh mencambah minda / berkongsi pendapat n pengalaman. Mungkin juga di luar sana jika ada yang masih tak tahu. Sharing is caring. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin 1, 2, 10 atau banyak lagi hikmah tersembunyi disebalik satu-satu kejadian yang menimpa diri kita. Jika tidak kerana operation ni juga, mungkin aku tidak dapat ilmu pengetahuan baru berkaitan TIGA penyakit di bawah – CYST, ADHESION COLIC & CANCER. Apa perkaitannya dengan ikan haruan ataupun gamat. Bunyi macam biasa saja, iyalah ramai betul orang pesan jika nak luka cepat sembuh makanlah ikan haruan, pati ikan haruan ataupun jus gamat (mana-mana brand). Betul tak? Sejauh mana bagus khasiatnya?

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat dari jirannya seorang doktor gyane. Malah katanya sudah banyak medical research & journals diterbitkan hasil daripada kajian serta statistic menunjukkan majority terjadi di kalangan orang melayu / Malaysia akibat consume ikan haruan/pati haruan hasil didikan nenek moyang kita. Sukar untuk percaya lalu aku buat carian internet. Bacaan demi bacaan melalui blog-blog peribadi bekas pesakit, blog doctor perubatan, forum dan preview beberapa jurnal ilmiah untuk pembuktian / kesahihan. Juga berkongsi cerita dengan mereka yg. rapat termasuk yang mengalaminya sendiri. Ada kerelevanannya disitu. Di hospital mana pun, ramai medical practitioner juga berpesan perkara yang sama. This sharing could trigger us to a wider topic but let us just take O&G cases as our focal point to highlight. Gentlemen nak tumpang baca for knowledge boleh jer. Some people might found this is an intimate thing to discuss in public, but those who embrace knowledge will find this is interesting and worth sharing indeed.

CYST (ovarian) – Individu yang ada sejarah atau sedang mempunyai cyst / fibroid / endometriosis / sebarang jenis ketumbuhan rahim tidak digalakkan makan ikan haruan, pati ikan haruan dan jus gamat. Ia sebenarnya membantu ‘menyuburkan’ rahim & risiko untuk ‘tumbuh’ semula ‘akarnya’ yang telah sang doktor bedah buang adalah tinggi. Termasuklah makanan2 lain yg. dikategorikan boleh menyebabkan pembentukan semula cyst spt soya, soy protein based food/drinks, ikan keli, red meat, collagen, dll sumber makanan yang membantu merangsang paras hormon estrogen. Further list boleh google. Secara umumnya, semua wanita mempunyai cyst cuma saiznya kecil atau besar (1cm – 25cm / lebih) & mengecil kecut hilang apabila tiba waktunya selepas minggu pengovulan atau terus membesar dan membesar kembang (abnormal growth) sehingga mengakibatkan simptom-simptom jelas terjadi spt lower abdominal pain, cramp, frequent urinate, abnormal discharge, headache, dizziness, back pain, put on weight, pouch stomach dll. Worst case scenario terjadi adalah excess bleeding atau intense lower abdominal pain kerana muscle tissue cyst mengalami relapsed atau twisted (tergeliat). Cyst juga ada beberapa jenis content nya samada body fluid, body tissue (rambut, kuku, gigi dll) atau gumpalan darah. Further info, pls google.

ADHESION COLIC - Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' JIKA mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita consume haruan/gamat terlalu awal melangkaui healing process pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula utk dioperate semula spt dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 thn sbb rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud dlm tu melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat. Mostly doctor berpesan nak ambil boleh tapi selepas 30 hari dan ke atas itu pun dlm kuantiti sederhana. Nak makan masakan ikan haruan dalam berpantang juga boleh, juga kuantiti sederhana. Cuma PATI ikan haruan je yang tidak digalakkan ambil kerana kandungan haruannya yang pekat (concentrated) itu yang boleh menyebabkan adhesion.

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak = muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine. To those who are still unsure or under suspected as adhesion colic, it is best to perform a complete check up combination of ultrasound, ct scan and also abdominoscopy (scop) to help diagnose the problem faster. Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic ini bukanlah akibat mengamalkan pati haruan / gamat semata-mata. Terdapat juga factor lain spt kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Contohnya pembedahan appendicectomy (buang appendix). Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

CANCER – Sepanjang 12 hari stay di wad hospital hari itu, Alhamdulillah servis rawatan, queuing utk operation pun sekejap, layanan nurse, facility, kebersihan hygiene, food sedap dan surgery semua bagus dan memuaskan. Yang pada mulanya mmg agak sceptical bila fikir tentang GH. As best as a private medical center. Itu tanda Dia uji tapi sebenarnya sayang dengan permudahkan semua perkara dan urusan untuk kita, sebenarnya. 4 hari pertama aku ‘berpeluang’ sekejap spent masa dalam wad kelas 3, jenis 4 bedded sementara transfer ke room atas single bedded mengikut GL entitlement memandangkan full (waiting list). Di situ dan ketika itulah aku dapat berkenalan dan berbual ramah dengan neighbour bed depan & bed sebelah. Kedua-duanya pesakit cancer rupanya. Selama ni sekadar dengar kisah dari jauh saja. Dapat berkongsi kisah mereka, bagaimana mula-mula di diagnosed cancer, cara rawatan kemoterapi dan cara pemakanan mereka. Sesungguhnya mereka sangat tabah, nampak tenang ingat sakit biasa tapi siapa sangka. Bed depan makcik age 66, kanser usus sejak 2011 tahap 3 dari Yan, Kedah sudah regular patient disitu berulang alik untuk jalani kemo. Turn beliau buat kemo, adalah keesokan harinya. Bed tepi is a 40’s lady non-muslim, menghidap cervical cancer tahap 4 baru selesai kemo. Berlaku kejadian agak ngeri sebelum beliau ditukar ke bed berdepan kaunter bagi tujuan pantauan dan keselamatan. Antara makanan yang menjadi pantang larang mereka adalah ikan haruan, gamat, soya, tempe, tauhu, susu, daging lembu/kambing, sayur kacang beberapa jenis ikan lagi dll yg xdpt diingat. Memang agak ada persamaan dengan pantang makanan penghidap cyst. Kata makcik tu, haruan, gamat dan soya memang no. 1 pantang. Makanan tu semua ibarat baja untuk penghidap cancer katanya. Pernah jamah2-3 ketul tempe goreng sambal (favouritenya) pun, selang beberapa jam dah berbisa perut memulas (usus bisa). Bab rawatan kemo pula, perlu dibuat di luar bilik tu di satu section khas semua pesakit kanser dikumpulkan setempat. Katanya kerana ubat untuk tujuan kemo itu bertoksid tinggi, hazardous dan bahaya. Dari segi handling oleh para nurse dan doctor perlu memakai complete gear. Oleh kerana sebab itulah ke tahap rambut gugur, gigi, tulang cepat rapuh dan benih ovum wanita / sperm lelaki akan mati, katanya. Kata-kata terakhir makcik tu, wad 4A ni adalah wad di mana mereka sentiasa ditempatkan. Selainnya adalah kes-kes ketumbuhan tumor, nanah, ketumbuhan O&G.

Ikan haruan (terutama sekali pati) dan jus gamat, kedua-duanya mempunyai persamaan dalam mekanisme tindakan dan nutrisi semulajadinya. Bertindak sebagai picu yang merangsang tumbesaran dan pembiakan sel-sel secara aktif, justeru amat cenderung menjadi abnormal growth yang memudaratkan penghidap ketumbuhan rahim, penyembuhan luka dalaman dan juga pembiakan sel kanser. Maka tidak semua orang sesuai mengamalkannya. Dan jika diamalkan pun, perlu bersederhana dan sesuai keadaan waktunya (timing).

Setiap orang Allah uji dengan ujian yang berbeza. Ada yang Allah uji dengan hilang upaya, ada diuji dengan penyakit yang sukar disembuhkan, ada juga yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapakah yang akan mengalami masalah, siapakah yang mudah sembuh selepas pembedahan & siapakah pula yang dijemput menemui sang Penciptanya. Sesungguhnya, sakit itu rahmat. Bukti kekuasaanNya.

Dah baca kan.... sejauh mana penulisan ini... kita ambil iktibar dan berjaga-jaga... bukan tak boleh makan, tapi jangan amalkan... sebaiknya jika luka luaran lebih baik cari pokok lidah buaya atau aloe vera... minyak kelapa dara dan untuk penyembuhan dalaman lebih baik amalkan pemakanan sunnah seperti madu, kurma dan habbatussauda. 

Aku beringat juga sebab semalam baru beli pati gamat untuk suamiku yang operated sebab apendiks, dan untuk kes ADHESION COLIC, kakak ipar aku pernah alaminya... memang dia kena c-zer kedua-dua anknya dulu, amalkan juga pati gamat ni... masa tu tak tahu sangat kan... tapi itulah Allah nak uji... redha je la.. pengalaman dia pengajaran untuk aku juga... 

35Ulasan

  1. good sharing..baru tahu..tapi akak dulu lepas bersalin telan anak haruan yg masih merah tu hidup2 gitu..letak dlm segelas air suam..teguk..glup..terbyg2 je haruan tu berenang dlm perut tp nk sembuh pya psl kuatkan hati....hahaha..

    BalasPadam
  2. btl tu sy pnh gak bace, pati haruan / gamat ni dia cume sembuh kn yg luar je, dalaman ni x membantu pn..last2 dlmn masih luka dan x sembuh2. wallahuaalam

    BalasPadam
  3. Salam Sis... Info baru ni.. selama ni kita mmg dok guna minyak gamat & pati ikan haruan kan.. kena lebih berjaga2 lepas ni.. TQ sis

    BalasPadam
  4. Ermmm...pada pendapat saya..kalau ikutkan, bagus je makan ni.
    Cuma, bab mercury tu memang tak boleh elak jugak sebab logam berat ni memang ada kat dasar laut.

    BalasPadam
  5. saya tak pernah makan pati haruan dgn pati gamat. masa berpantang dlu makan vitamin c dengan zinc je :D

    BalasPadam
  6. kawan sha seorang doktor pernah bercerita tentang kesan amalkan pati haruan ni terutama bagi ibu yang baru lepas operate memang tak digalakkan. dan rata2 kawan2 yg czer sewaktu melahirkan juga berkongsi perkara yang sama. luka diluar seperti sudah baik, tetapi dalaman sebenarnya tidak.

    BalasPadam
  7. Pertama kali Zumal dengar pasal nie... Selalu memang guna pati ikan haruan bila saudara mara lepas operation ^^

    BalasPadam
  8. Huhu.. betul ni.. happen to my mom.. dulu masa bersalin caesarean terus makan pati haruan.. then recently for hysterectomy doc kata usus melekat teruk.. kata doc sebab collagen dlm haruan ni buat usus tu bercantum..

    BalasPadam
  9. http://drzubaidi.com/blog/gamat-ubat-luka-dalaman-dan-luaran/

    BalasPadam
  10. Lebih baik tidak perlu makan ubat apapun. Sebab tidak mahu baik walaupun di luar. Kalau baik diluar lebih baik berbanding tidak baik luar dan dalam. Isteri saya makan pati ikan haruan terbaik. Sudah baik luar dan dalam.

    BalasPadam
  11. Bersalin anak pertama, hari hari makan ikan haruan. Bersalin anak kedua, takut nak makan ikan haruan dah. Ambil Zink untuk cepatkan luka sembuh.

    BalasPadam
  12. Saya sudah 15 hari menjalani pembedahan membuang batu hempedu secara laparoskopik.Terima kasih kpd maria sebab perkongsian ini banyak membantu saya dalam mencari diet selepas pembedahan... izinkan saya berkogsi info dari blog puan yang sesuai dengan saya untu saya tulis dalam blog saya... aizakamal.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Kalau tangan bekas operation dah 2 thun lbih..tpi luka dlm msih blum btol2 sembuh..elok makan ke pil ikan haruan nie..mhon krja sama..tq

    BalasPadam
  14. Saya br je operated apendix..suruh suami belikn jelly gamat. Tp dibeli pati ikan haruan gamat harwany..dh bc ni seram lak nk mkn...

    BalasPadam
  15. Sy br lps operate & dh mkn 2 kotak (12 botol) harwany & jeli gamat sebotol setengah......huhuu.....apa nk buat ye? Kalo minum air bnyk

    BalasPadam
  16. pamoga ada gamat kan....

    BalasPadam
  17. betul juga...ala tpi dah telanjur..mcam mane nak elakkan ye..adeq bru je operation hari jumaat ni tdi

    BalasPadam
  18. Br sahur td saya makan pati iksn haruan gamat harwany... semoga allah beri kesembuhan slps 1 bln opt dermoid cyst .

    BalasPadam
  19. Br sahur td saya makan pati iksn haruan gamat harwany... semoga allah beri kesembuhan slps 1 bln opt dermoid cyst .

    BalasPadam
  20. Ada bukti kajian klinikal x untuk dirujuk? Pengalaman orang biase tidak boleh dijadikan rujukan sebab ia hanya akan menimbulkan persepsi. Bukan tak percaya tapi x brp yakin kalau tiada reference yang sahih

    BalasPadam
  21. Ada bukti kajian klinikal x untuk dirujuk? Pengalaman orang biase tidak boleh dijadikan rujukan sebab ia hanya akan menimbulkan persepsi. Bukan tak percaya tapi x brp yakin kalau tiada reference yang sahih

    BalasPadam
  22. Anak 1st dlu czer, dlm pantang tu saya ade mkn sup ikan haruan 3ekor je, selain tu air gamat 1botol, saya ade mkn set ubat bersalin czer dr 1klinik swasta ni, mmg bagus ubat2 dia.. sy ade mkn skali sup belut, pasu 5botol pati haruan... itu je.. anak ke2 saya czer jgk sbb anak lemas..saya ade tnya doktor yg bedah saya tu, psl luka lame.. dia cakap xde issue..luka lame baik je..
    Jadi pandangan saya, lps czer, nk mkn pati haruan n air gamat boleh..cume jgn amek byk n hari2..amek ckit je n selang hari...utk czer, amalkan buah sunkist, elok utk luka dalaman..
    Lps tu, kene byk2 berjalan, spy darah mengalir elok dlm bdn, luka akn cpt baik.. utk org trganu, blh beli set ubat bersalin czer kt klinik wan saleha kt jln sultan sulaiman.. ubat2 dia mmg bagus...
    Selebihnya, kite serah pd Allah..

    BalasPadam
  23. Perkongsian yg baik tetapi pada pandangan saya kesimpulannya perlu berdasarkn ilmiah saintifik bukan apa kata mereka di satu sudut. Contohnya mudah.. kajian saintifik dunia mngakui gamat mngandungi kandungan yg boleh melumpuhkn sel kanser dgn 3 cara. dan pada masa mnggalakkan penumbuhan sel normal semula jadi..namun perlu juga tahu ada spesis yg sebaliknya.. seperti juga cendawan dan rumpair.. ada yg beracun dsb. Maka adalah penting beramal dgn ilmu dan mnyampaikan berdasarkn ilmu. Mudahan kita mnjadi masyarakat yg kritis dlm berkongsi ilmu.. sekadar pandangan. Yg baik dr Aswt yg lemah dr saya..wslm

    BalasPadam
  24. Mmg btl klu pd sy.ank 1st czer,mkn ikn haruan.ms czer kali ke2 ssh nk wat kluarkn bby sbb usus n organ dlmn dh melekat2,nsb bek doc xikat.pantang ank ke2 mmg xsnth langsung ikn haruan.mkn vit shaklee.minggu dpn czer bt kali ke3,doakn sy slmt n rahim sy elok.mmg berangan nk ank 4org,huhuhu.klu rahim dh trk mmg kn ikat la.

    BalasPadam
  25. Salam saya ingin bertanya.. Sbb sy keliru sedikit. Sbb ada dr komen2 ni mngatakan kalau mkn pati ikan haruan/gamat luka luar shaja sembuh. Sbb sy baru shaja mnjalani operation dikaki sebab tulang patah di pergelangan kaki. Dan mak &mak cik sy mncadangkn agar sy mkn produk pati ikan haruan/gamat. Apa kah pati ikan haruan/ gamat ni sesuai dimakan atau pon tidak. Mohon penjelasan dr pihak yg lebih mngetauhi nya.

    BalasPadam
  26. Kalau ikut logic based on article ni, bukan orang sakit je tak boleh makan tapi kita semua pun tak boleh makan. Jadi kena la makan tumbuhan. Tapi tumbuhan pulak ada racun ulat dan bahan lain dalam tanah. Jadi nak makan apa ni?

    BalasPadam
  27. Kalau nak tau betul2 tak bagus atau tak, carilah sumber yang genuine,based on scientific evidence. Ubat doktor pun blm tentu sembuh luar dalam. Berkesan atau tak bergantung pada orang mkn tu. Mungkin dia pun tak pantang benda lain. Wallahualam.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ