Beza Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Maria Firdz
10

Beza Anak Lelaki dan Anak Perempuan | Biasakan bila kita umpa kengkawan atau saudara mara yang ada anak sebaya anak kita, pasti akan dibandingkan juga secara tak langsung. Tapi situasi ni membuatkan si ibu rasa kurang senang, bila anak dibeza-bezakan begitu... Tambahan pula kalau anak-anak tu berlainan jantina, kerana sudah pasti lelaki dan perempuan memang tersangatlah berbeza. Dah itu semulajadi ciptaan Ilahi. Jom kenali perbezaan anak lelaki dan perempuan, sebagai panduan kita bersama.

Beza Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Beza Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Anak lelaki

  • Lebih berat.
  • Lebih tinggi.
  • Kurang tisu otot lemak.
  • Lebih cepat mengembangkan kemahiran yang menggunakan otak kiri (menyelesaikan masalah, mahir Matematik, membina objek, kemahiran logik dan daya tanggapan yang tajam.
  • Suka dengan permainan blok yang boleh dimanipulasi.
  • Gemar perlakuan yang kasar.
  • Suka berbincang tentang sesuatu objek atau aktiviti.
  • Lebih agresif.
  • Tidak suka bertanya kerana menganggap akan menunjukkan kelemahan diri.
  • Lebih logikal, analitikal dan rasional.
  • Lebih berdikari.
  • Keras hati.

Anak perempuan

  • Lebih ringan dan lebih kecil.
  • Lebih rendah.
  • Lebih tisu otot lemak.
  • Lebih cepat mengembangkan kemahiran menggunakan otak kanak (bercakap, perbendaharaan kata, sebutan, cepat membaca, ingatan yang lebih baik).
  • Minat dengan permainan yang mempunyai wajah seperti anak patung atau haiwan mainan.
  • Suka dibelai dan diusap.
  • Suka berkawan.
  • Suka bercakap tentang orang lain dan perasaan.
  • Suka mempertahankan sesuatu perkara atau isu.
  • Banyak bercakap dan bertanya.
  • Lebih suka mengikut gerak hati, holistik, kreatif dan integratif.
  • Sukar bergerak sendiri.
  • Sensitif dan mudah tersentuh.

Namun, perbezaan ini boleh berubah atas faktor, genetik, pemakanan, persekitaran dan pengaruh-pengaruh sekeliling,, dan juga dipengaruhi oleh gaya dan cara didikan ibu bapa... Setiap anak itu istimewa, tak perlu nak bandingkan sebenarnya... kerana kita memang berbeza...

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. bru ad sorg anak so xtahu lagi cmne hehehe

    BalasPadam
  2. anak lelaki saya suka bertanya..letih nak menjawab..haha..

    BalasPadam
  3. betul tu...kalau selalu bandingkan, takut2 kita yang bole jadi stress....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan singgah petang di sini...memang banyak beza ni...tapi tak perlu membeza-bezakan sebab yang membezakan mereka adalah dari kita yang akan mencorakkan mereka nanti..

    BalasPadam
  5. masing2 ada kelbihan dan kekurangan dan mrk adalah amanah Allah yg perlu dijaga sama rata ...

    BalasPadam
  6. Betul saya sokong.
    That's why cara raising them pun perlu teliti..
    Mungkin pendekatan tu perlu lebih kreatif..
    Jangan disamakan mereka.

    BalasPadam
  7. Baru ada sorang anak lelaki... anak saya sangat suka bertanya...jenuh mama nak menjawab...hihihhh...sel-sel otak sedang berhubung kot..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !