Rugi Satu Untung Sepuluh!

5


عَنْ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلى الله عليه وسلم فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ : فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَةَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ  ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيْرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً “

[رواه البخاري ومسلم في صحيحهما بهذه الحروف]


Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.anhuma daripada Rasulullah saw. tentang apa yang Baginda saw. riwayatkan daripada Tuhannya Tabaraka wa ta’ala. Baginda saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah menulis segala kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menjelaskan perkara itu. Sesiapa yang ingin melakukan satu kebaikan lalu tidak melakukannya, Allah akan menulis kebaikan itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia mahu melakukan kebaikan itu lalu melakukannya, Allah akan menulis kebaikan itu di sisi-Nya sebagai 10 kebaikan, sehingga 700 kali ganda sehingga gandaan-gandaan yang banyak. Jika dia mahu melakukan satu kejahatan, lalu tidak melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia mahu melakukan kejahatan itu, lalu melakukannya, Alah akan menulis kejahatan itu sebagai satu kejahatan sahaja.”

(Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim dalam kedua sahihnya dengan lafaz ini)

Begitulah penyayangnya Allah kepada kita. Allah tak hendak kita masuk neraka Allah... kerana Allah beri kita peluang untuk bertaubat... sampai niat buat jahat, tapi tak buat pun Allah tak ambil kira. Tapi kalau buat baik, niat aje nak buat baik dah dapat pahala... apatah lagi kalau kita betul-betul buat baik. 

Allahu Akbar, Pemurah dan Penyayangnya Allah kepada kita... Itu pun kadang-kadang kita sombong dan lupa... Berkira nak buat baik. Hati kita suka nak dengki dan marah dengan orang... Allah sangat Pengampun dengan kita, dan sepatutnya kita yang tiada apa-apa hak ke atas orang lain, kena jadi pemaaf... 

Renungkanlah... Hidup kita bukan bertongkatkan langit untuk selamanya... 
Niatkanlah perkara yang baik-baik, dan sentiasalah bersihkan hati... insha Allah, pasti ada ganjaran dan ketenangan... 
Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan