21 Februari 2014

Solat Menghormati Waktu???


Soalan
Boleh ustaz huraikan apa yang dimaksudkan dengan solat menghormati waktu. Bila solat menghormati waktu dilakukan dan bagaimana caranya.    

JAWAPAN
Bagi menghuraikan isu ini, perkara asas yang paling utama diketahui adalah mengapa ulama menyebut hal ini.   Isu solat menghormati waktu timbul apabila seseorang itu gagal dalam menyempurnakan syarat-syarat sah solat.

Di antara perkara yang boleh berlaku dan menyebabkan seseorang itu dikehendaki menyempurnakan solat menghormati waktu ialah:-
  • Tidak dapat bersuci sama ada wuduk atau tayamum ini seperti dalam kenderaan yang tidak mampu berhenti atau menaiki kapal namun tidak sampai untuk mengambil air. Contoh yang paling mudah ialah dalam kapal terbang yang sedang bergerak di udara dan tiada air kecuali terlalu sedikit dan tiada pula debu tanah untuk tayamum atau dalam kenderaan yang tidak boleh berhenti seperti kereta api.
  • Keadaan kedua adalah seperti pakaian terkena najis dan tidak mampu menukarnya dalam tempoh waktu solat disebabkan tiada pakaian lain atau dalam musafir yang tiada pakaian lain yang dibawa dan waktu solat pula telah hampir tamat.
  • Boleh dikatakan bahawa keadaan ini boleh juga berlaku terutama dalam kenderaan seperti kapal terbang yang tiada air kecuali untuk minum dan beristinjak dan tiada air untuk bersuci dan tiada pula debu tanah. Jadi pilihan yang ada adalah dengan menunaikan solat menghormati waktu.   
Solat menghormati waktu mempunyai pendapat yang berbeza dari para ulama; mazhab yang berbeza-beza.

Pada pandangan mazhab Syafie orang yang tidak mempunyai air dan tanah hendaklah solat yang difardukan sahaja. Solat hendaklah dilakukan dalam keadaan sedia ada tanpa wuduk sebab tiada air. Solat dan niat seperti biasa tetapi tidak boleh solat sunat. Solat tersebut hendaklah diulangi apabila air atau tanah sudah didapati.   

Orang yang bernajis di badannya dan dia tidak boleh membasuh kerana takut sakit dan juga yang ditahan penjara dan dikurung misalnya dan tidak boleh menunaikan solat adalah sama hukumnya dengan orang tidak ada air dan tanah.   

Mereka itu juga perlu solat menghormati waktu. Solat hendak dilakukan sama seperti solat biasa dengan menutup aurat dan menghadap kiblat –cuma perlu mengulangi sahaja.   Dalam hal solat menghormati waktu ini adalah perkara yang sesekali berlaku sahaja tetapi apabila kita terpaksa menghadapinya maka kita hendaklah memikirkannya bagaimana hendak solat.

Pada pengalaman penulis yang agak kerap juga keluar negara dalam kapal terbang ramai daripada masyarakat Islam yang tidak solat di dalam kapal terbang. Ini berlaku walaupun di dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan umrah atau haji. Mereka kadang-kadang berkata ”kita qada’ saja kan tak ada air sama sahaja kalau solat hormat waktu kan kena qada’ juga”

Cakap-cakap seperti ini namanya memudahkan hukum Islam, sedangkan solat telah difardukan  dalam apa keadaan sekalipun. Kadang-kadang mereka telah mengetahui tentang hukum solat menghormati waktu ini tetapi sebabkan solat itu perlu diulang semula maka mereka beranggapan elak sahaja diulang semula jadi tidak perlu solat dua kali.

Pada pandangan mazhab Syafie kewajipan solat tidak gugur walaupun tiada air dan tanah. Ia perlu dilaksanakan walaupun tidak sempurna syarat-syaratnya. Cuma ia perlu diqada’ semula apabila air dan tanah telah ditemui. 

Saya kadang-kadang merasakan bahawa masyarakat kita hanya suka melaksanakan ibadah yang mudah sahaja dan tidak mahu menukar keadaan ibadah tersebut. Misalnya solat dalam kenderaan, solat jamak dan qasar tidak boleh dilakukan dengan alasan tidak tahu. Ini masalah masyarakat kita iaitu tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan ilmu yang ada dengan 1001 alasan dan masalah.

5 ulasan:

  1. salam jumaat maria, great piece of sharing...

    *nanti akak buat entri pasal top commentators tu... tak sempat2 lagi ni maria...sorry tau delay...

    BalasPadam
  2. setakat ini kalau travel pun masih boleh jamak, sy takde masalah kena solat hormat waktu ni, alhamdulillah....

    tapi sy tahu boleh solat dlm kenderaan bergerak..cuma tak konfiden nak buat...

    BalasPadam
  3. Belum pernah mengalami pulak....
    Bagus juga ada pencerahan bab ni MF

    BalasPadam
  4. Islam itu mudah tetapi bukan bermaksud ia boleh dipandang mudah.. masalahnya, kebanyakkan kita tak mahu utk memudahkan perkara yg mudah dgn cara yg betul.. alasannya amat mudah.. uzur & tak kesempatan.. semoga kita semua tak tergolong dikalangan org2 yg mengambil mudah & meringankan tututan Allah.. aamiin..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^