GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Wanita itu Aurat dan Modal Fitnah!

Penulisan ini sekadar berkongsi pandangan. Melalui pemerhatian dan pengalaman serta pembacaan di dalam buku-buku fiqh wanita. Penulisan ini juga sekadar renungan buat semua para wanita akhir zaman yang impiannya ingin menjadi wanita solehah. Aku bukanlah terbaik dan tak pernah bersalah,tapi mungkin tulisan ini untuk renungan bersama supaya kesalahan yang pernah aku buat mungkin, tidak diulangi oleh para sahabat wanita yang lain. 


Suka aku hendak semua wanita renungkan, berkaitan perubahan dari baik kepada lebih baik itu adalah kerana apa? Jika dulu kita bertudung pendek tapi sekarang dah bertutup di dagu serta labuh di dada. Jika dulu kita terdedah wajah, tapi sekarang sudah berniqab. Alhamdulillah, suka sungguh aku dengan perubahan itu, namun aku kesal kerana apa perubahan itu. Terfikir sendiri aku sebabnya gambar-gambar perubahan kamu itu terpampang dan terdedah untuk tontonan semua manusia tak kira lelaki ajnabi atau wanita fasik. 
Sumber:fb
Ketahuilah sahabat, sebenarnya wanita itu adalah aurat. Allah jadikan wanita itu bukan untuk tontonan. Bahkan jika bekerja hanya sekadar bekerja dan wajib tundukan pandangan. Bukan tanda diskriminasi tapi kerana sayangnya wanita. Wanita sentiasa menjadi fitnah, kerana itu juga tak perlu nak 'selfie' kepada perkara yang tidak patut dan sia-sia. 

Jom wahai para sahabat wanita. Jika kamu berubah, berubahlah kerana Allah, bukan kerana untuk pujian manusia. Sembunyikan segala kebaikan yang kamu buat. Itulah yang terbaik.

Maafkan aku, jika penulisan ini mengguris hati para wanita. Aku sekadar menyampaikan secebis ilmu Allah yang ada pada ku buat renungan bersama... Selebihnya aku berserah kepada Allah, kerana Allah sahajalah sebaik-baik penilai...

5Ulasan

  1. Sekurang kurangnya awak dah sampaikan MF...Selebihnya terpulang pd mereka! Tak gitu?

    BalasPadam
  2. itu lah kan
    nak share2 gambar pun kena fikir 2,3 kali

    BalasPadam
  3. berubah untuk jadi lebih baik...
    berubah kerana Allah...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ