GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Membina Blog Dengan WordPress

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelebihan Membina Blog Dengan WordPress | Siapa perasan sesuatu pada blog MF ni? Kalau yang selalu datang, Mesti perasan sesuatu dengan blog  ni. 

Ya..  MF dah tukar template lagi.  bukan sebab bosan tapi PV turun masa hari raya hari tu.  Adsense pun turun juga.  tengok kat GSC ada yang tak kena, jadi cuba tukar template lagi tengok pula macam mana.  Alhamdulillah template kali template kan ini okeylah. Minimalis, loading pun cepat. 

Sebenarnya tak mudah nak maintain blog. Macam MF ni dah 10 tahun dah ya Allah pening nak fikir idea nak nak cari tajuk info dan macam-macam tapi kadang tu terfikir pula nak buat blog guna WordPress. 

Sebab nak buat blog guna WordPress

Sebab lainlah daripada blogspot sebenarnya. MF pernahlah buat blog guna WordPress ni sekali untuk blog mariafirdzkitchen tapi tak mudah sebenarnya lepas ni kena ada ilmu lah.

Ada yang bertanya apa yang bezanya WordPress dengan blogspot?

Ada bezanya dan memang banyak perbezaan pun antara blogspot dan WordPress.

Beza Blogspot dan WordPress

Kelebihan Membina Blog Dengan WordPress


Blogspot dan Wordpress ada dua medium blog yang popular di Asia terutama di Malaysia dan juga Indonesia. Banyak orang guna dua medium ni untuk berblog. 

Kenapa ada yang guna blogspot? Dan sesetengah yang lain guna WordPress?

Pasti ada perbezaan keduanya. 

MF sudah 10 tahun lebih dalam dunia blog menggunakan medium blogspot. Dan beberapa tahun kebelakangan ni, MF mencuba pula medium WordPress. 

Dari pengalaman MF sendiri memang ada perbezaan kedua-dua medium ni. 

MF tak nak panjang lebar terangkan, MF ringkaskan perbezaan tu dalam bentuk jadual di bawah ni, supaya korang lebih mudah faham.

Perbandingan

Blogspot

WordPress

kos

Percuma.

Perlu membeli hosting dan domain sendiri

Pemilikan

Blog dan kandungan blog dimiliki oleh Google.

Aset blog yang disimpan pada pengehosan adalah milik sendiri.

Kemudahan Penggunaan

Paparan ringkas dan pilihan tetapan ringkas, sesuai untuk pemula.

Menu tersebut lebih lengkap dengan paparan yang mudah dipelajari oleh pemula.

Penyesuaian

Penyesuaian terhad

Penyesuaian percuma untuk menambah pelbagai fungsi pada blog

Tema

Pilihan tema adalah terhad dan tidak boleh diedit lagi.

Perlu ada kemahiran pengkodan HTML untuk edit.

Ia mempunyai beribu-ribu tema percuma dan premium, dan boleh diedit dari Header to Footer.

Keselamatan

Sangat bergantung pada Google.

Ia mempunyai beberapa lapisan keselamatan yang boleh anda tambah sendiri.

Apa kelebihan WordPress

Kalau korang tengok jadual perbezaan kat atas ni, boleh nampak lah apa kelebihan WordPress ni kan. 

Secara ringkasnya, MF boleh katakan WordPress ni banyak fungsi dia terutama bagi yang nak bina blog dan website untuk perniagaan. 

Blogspot bukan tak boleh, tapi macam banyak kerja sikit lah... 

Tapi kalau korang nak berblog seronok-seronok, macam tulis diari, blogspot lah paling sesuai... Tapi korang berblog, tapi lebih kepada bisnes, WordPress yang terbaik. 

Boleh faham kan... Nampak beza dia kat situ kan. 

Domain percuma atau berbayar?

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, pasti korang tertanya-tanya, apa itu domain dan hosting.

Domain ni senang cerita ialah alamat blog kita? 

Nak guna yang percuma atau berbayar???

Ikut pengalaman MF sendiri, MF mula beli domain sendiri selepas 4 tahun berblog. Iaitu selepas 2 tahun betul-betul serius dalam dunia blog.
 
Kelebihan Membina Blog Dengan WordPress

Kenapa beli domain?

Yang pertama, bila kita ada domain, itulah satu langkah awal untuk kita branding website atau blog kita. 

MF dulu guna URL atau alamat blog ni: myfirdz-trulylove.blogspot.com... Panjang kan nak ingat. 
Tahun 2014, MF beli domain, dan sehingga sekarang alamatnya: www.mariafirdz.com... So, kalau sebut je blogger Maria Firdz, orang kenal dah.. si kucing hitam... walaupun takde wajah... orang tahu dan kenal blog ni. 

So, nampakkan penting ada domain berbayar ni... So, tak salah laburkan sedikit duit untuk beli domain... Harga domain ni murah... RM35 setahun pun ada... 

Belajar buat blog guna WordPress

Kelebihan Membina Blog Dengan WordPress


Ini memang cita-cita MF juga... Nak masuk kelas belajar WordPress... MF ni bertahun juga dok explore WordPress ni sendiri... Tak juga faham. 

MF juga jadi penulis undangan tapi guna platform WordPress... Mak aih... susah juga nak menulis kat WordPress... Mungkin sebab dah sebati dengan Blogspot sehinggakan MF reti main coding HTML tu la.. Jadi, nak belajar guna WordPress ni memang terkial-kial. 

So, untuk WordPress ni MF pun tak reti nak ajar orang. MF memang nak cari orang yang boleh ajarkan. 

Tak rugi masuk kelas belajar bina website sendiri ni... Sebab kalau WordPress ni boleh pelbagai penggunaannya. 

Kalau yang berniaga tu, paling kurang memang kena ada buat website sendiri. MF sebagai pembeli memang lebih suka dan lebih yakin dengan produk yang ada website sendiri. Bahkan lebih mudah berurusan dengan produk yang jual melalui website. MF jenis yang tak suka nak whatsapp atau mesej-mesej penjual untuk membeli produk. 

So, tak rugi kalau kita join mana-mana kelas untuk belajar bina website sendiri. Tak pun kalau takde masa nak belajar, banyak je orang yang tawarkan servis untuk bina webiste atau blog terutama untuk perniagaan. 

Panjang kisah pasal WordPress ni... 
Kenapa MF up pasal kelebihan WordPress sedangkan MF guna platform blogspot?

Sebabnya MF sendiri nampak kelebihan tu... Tapi ilmu tentang WordPress ni MF tak banyak mana. Blogspot ni kelebihannya mudah dan senang.... Cuma kelebihan-kelebihan lain seperti untuk perniagaan dan SEO tu macam lebih kepada WordPress lah... MF tak dapat nak nafikan tu. 

Jadi, bukan saja-sajalah nak up pasal WordPress ni ... 

MF pun dah lama aim nak ada satu blog WordPress juga... Cuma tu lah... modal dan masa takde lagi nak tumpukan pada blogging sepenuhnya. Tapi niat tu memang ada... 

Beberapa kali cadang nak buat blog tentang pendidikan Islam... Nak invite kengkawan MF jadi penulis dalam tu juga... Tapi belum lagi terbuat... Insha Allah, MF nak cari gali ilmu dulu...Baru kita buat kan... Insha Allah... doakan MF tau... 

Sekian, terima kasih membaca entry kelebihan membina blog guna WordPress... Semoga bermanfaat... 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


3Ulasan

  1. betul kak MF, wp lagi menarik, Atul pun tertarik sangat dengan wp ni. Masih mempelajar ilmu wp

    BalasPadam
  2. Tak pernah cuba lagi menggunakan WordPress...

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi guna WordPress ni..mungkin masa akan dtg

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ