Type Here to Get Search Results !

Kasut Jenama Lucca Vudor, Kasut Kerja Yang Lembut dan Selesa Untuk Cikgu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kasut Jenama Lucca Vudor, Kasut Kerja Yang Lembut dan Selesa Untuk Cikgu | Kasut satu dari outfit yang penting bagi seorang cikgu. Sebab cikgu ni antara kerjanya memang banyak berdiri dan berjalan. Duduk ada juga tapi tak kerap.

Boleh dikatakan, waktu berdiri dan berjalan lagi banyak dari duduk lah. Kadang rasa nak tercabut lutut rasanya.

Jadi, sebabkan tu tiap tahun boleh dikatakan MF akan cari kasut yang lembut, selesa dan paling penting boleh berdiri lama serta tak menyakitkan kaki terutama tumit dan lutut bila berjalan dan berdiri lama.

Setiap tahun tukar kasut kerja

Bab kasut kerja ni, biasanya suami MF lah akan cakna. Dia akan carikan MF kasut yang selesa. Tiap tahun dia akan belanja kasut kerja baru. Pemangkin semangat nak pergi sekolah katanya.

Tapi disebakan dua tahun kita kena pandemik tu, jadi 2 tahun juga MF tak beli kasut sebab pergi sekolah pun jarang-jarang. Banyak "work from home" je dari ke sekolah.

Jadi tahun 2022 ni MF memang nak cari kasut baru. Kasut yang ada dah teruk sangat dah rupa dia... Bukan teruk apa... Kalau dah hari-hari lenjan kan... Ke sana ke sini semua kasut tu... Memang habislah rupa dia. Dan juga, sebagai wanita nak juga yang baru, lain sikit dari yang biasa barulah semangat dia lain kan...

Cari kasut kerja online

Dari hujung tahun 2021 lagi MF mula mencari dan buat carian di internet dan juga web-web yang jual kasut serta gedung membeli belah online seperti Shopee dan Lazada untuk cari kasut kerja yang lembut dan selesa untuk cikgu.

Puas juga mencari... Nak cari yang berkenan tu payah juga. Tambah-tambah kasut kan. Mahal sikit takpe.. asalkan design dia cantik dan paling penting dalaman dia lembut dan selesa pada tapak kaki.

Kasut Jenama Lucca Vudor

Kasut Lucca Vudor


Puas mencari, berbulan-bulan belum jumpa kasut idaman.
 
Nak dijadikan cerita, ada kawan PM bagitau ada orang nak bagi kasut free ni, nak tak? Masa tu dah dekat juga nak raya.

Kasut jenama Lucca Vudor, itu nama kasut yang orang nak bagi tu. Dia nak belanja katanya.

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal... MF dah happy giler lah waktu tu, tapi sabar jap juga... MF ushar dulu website kasut tu dulu sebelum buat keputusan.

Lepas belek-belek tu, MF setuju lah untuk terima offer dia.

Jadi, dia suruh pilih design dan bagitau size kat dia...
Bab nak pilih design ni ambil masa 2 hari...😂😂😂


Bukan apa... rambang mata... semua lawa.. Macam-macam jenis dan patern ada. Kalau nak buat kasut kerja ke kasut jalan ke semua ada.

Dan MF pula dah memandangkan dekat nak raya, MF pilihlah kasut yang boleh buat pakai masa raya dan lepa raya pakai untuk kerja pula. 2 in 1 gitu kan... Tapi nak dijadikan cerita, kasut pilihan MF tak dapat sampai sebelum raya.. Lepas raya baru dapat. Makanya, confirmlah kasut ni jadi kasut kerja.

Lepas raya, kasut pilihan MF selamat tiba ditangan. Alhamdulillah...

Teruja bila dapat.
Perkara pertama MF belek ialah insole dalaman dia lah... Sebab MF cari yang lembut kan.
Memang lembut insole dalam dia... Kalau pijak tu memang tak sakit kaki... Selesa sangat.

Pakai kasut baru pergi kerja

Kasut Lucca Vudor
Masa ni pakai dengan baju koporat... 


MF dapat kasut tu hari Jumaat, hari Ahad MF kerja dan kebetulan pula MF bertugas minggu tu... Memang ngam elok lah kan... Tak sabar nak cuba kasut baru.

Pertama kali sarung, memang selesa sangat pada kaki. Lembut insole dia... Memang sesuai sangat untuk MF yang kerja cikgu ni.

Walaupun dia bertumit, tapi bila berjalan tu tak berbunyi... sebab tapak getah yang lembut... Mencengkam kuat pada permukaan lantai atau mozek... Jadi, tak muda nak tergelincir. Jadi, tak perlu risau nak naik turun tangga pergi round satu sekolah pun tak risau kaki nak sakit ke apa.

Keistimewaan Kasut Lucca Vudor

1. Reka bentuk yang sempurna dan teliti

Merupakan satu-satunya pembuat kasut yang begitu terperinci dan teliti dan sekaligus menawarkan rekabentuk yang sempurna untuk keselesaan pengguna. 

Reka bentuknya dari Itali... Sebab tu design kasut-kasut di Lucca Vudor ni, lain dari yang lain. Takde yang sama dengan jenama biasa di pasaran.

2. Diperbuat dari kulit kambing

Kasut Lucca Vudor


Setiap jenis kasut termasuklah sandal diperbuat menggunakan kulit kambing yang berkualiti tinggi (Lambskin Support Insoles). Sebab tu memang lembut dan selesa sangat pada tapak kaki kita.

3. Rekaan khas

Kasut Lucaa Vudor direka khas untuk keselesaan para pemakai sambil mementingkan gaya. Memang selesa, tak perlu nak gigit-gigit kasut ke apa, boleh pakai tanpa fikir kaki akan sakit ke apa.

Kasut yang sesuai untuk majlis formal dan kasual

Kasut Lucca Vudor
Pakai dengan baju kurung pun tetap cun


Dengan kasut Lucca Vudor ni, memang menjadikan diri ni confident betul bila berjalan, dan ketika berdiri mengajar tu. Dan design MF pilih ni, memang dah lama MF cari kasut design macam ni. 

Warna putih nak krim juga macam kasut hitam, sesuai digayakan dengan pelbagai jenis dan warna baju. Pakai dengan baju kurung ke, baju koporat ke semua match je.

Sebab patern kasut Lucca Vudor ni sesuai digayakan dengan untuk majlis formal atau kasual. Sebab dia kategori sandal, tapi dua kali pandang macam kasut bertumit kan.

MF memang pilih yang bertumit sebab memang salah satu syarat kerja kan... cikgu kena pakai kasut bertumit bukan kasut flat atau sandal. Paling kurang, tinggi tumit 1 inci. Jadi kasut Lucca Vudor ni sesuai sangatlah sebab nampak macam tinggi kan tumit tu, tapi sebenarnya tak terasa pun... Sebab keselesaan bahagian dalam dia tu lah.

Memang sangat recommended pada cikgu-cikgu yang tengah cari kasut kerja yang lembut dan selesa untuk cikgu.

Sesuai dengan tagline dia:

"Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor"

Kasut Lucca Vudor ni boleh beli online je kat website dia. atau kalau nak walk in ke butik dia boleh juga. Butik kasut dia kat alamat Atria Shopping Galery G -15, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Kalau nak beli online pergi ke website dia lagi mudah. Sekejap je penghantaran dia.

Kat sini, MF kongsikan juga lah tips beli kasut online.

  1. Pilih kasut yang selesa, paling penting tengok material kasut tu diperbuat daripada apa.
  2. Ukur dan pilih saiz yang tepat. Cara nak ukur saiz kasut boleh refer kat >>>SINI<<<
  3. Baca review orang. MF pernah tersilap beli kasut tapi sebab salah sendiri lah juga tak baca review. Last sekali tak boleh pakai... Jadinya simpanlah kasut kecik tu sampai anak MF muat pakai nanti... Hahaha, nasib juga ada anak perempuan kan... Kalau tak bagi orang je lah.

Itulah kisah kasut kerja selesa untuk cikgu yang boleh MF kongsikan.

 
Semoga bermanfaat.



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad