بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Adab Memberi Salam | Salam adalah tanda perkenalan dan permulaan sebuah ucapan. Salam mengeratkan sebuah pertemuan.
Hukum memberi salam
Memberi salam hukumnya sunat, tapi yang menjawab salam hukumnya wajib.
Memberi salam ada adabnya... Siapa yang layak memberi salam?
Adab memberi salam
عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زَيْدٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ
'Abdur Rahman bin Zaid; Telah mengabarkan kepadanya bahwasanya dia mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang duduk, dan orang sedikit kepada orang banyak." (HR Muslim No: 4019)
Pengajaran:
1. Islam mengajar adab terpuji antaranya dalam memberi salam
2. Antara adab memberi salam:
a. Orang yang menaiki kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang sedang berjalan kaki
b. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang sedang duduk
c. Kumpulan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada kumpulan orang yang ramai
JOM beradab dalam mengucapkan salam
Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram
Memang tak kanlah nak beri kepada orang yang tak dikenali... Apatah lagi senyum...
Itu realiti... Macam semalam MF ke kenduri kahwin... MF memang akan senyum...bila jumpa orang lain...tapi orang tak balas... MF bersangka baik je la.. Mungkin dia rabun kan... Apa salahnya senyum je kan... Tak luak pun senyum...
Itulah orang kita... Kadang tengok bangsa lain pula pandai senyum, sapa dan salam kita kan... Berbanding bangsa kita sendiri... Hmmm... Dunia akhir zaman..
zaman skrg susah nak jangka kak...kita senyum, kena marah :P
BalasPadamnasib la kalau bg salam masih lg nak jawab..hahahaha
senyum ja.hehehe
BalasPadam