Type Here to Get Search Results !

Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha) | Dah habis puasa Ramadhan, Allah buat 'offer' lagi dengan puasa sunat Syawal. 

Puasa ni siapa buat memang power lah sebab dapat menahan hawa nafsu rumah terbuka Syawal yang sememangnya sentiasa ada pada bulan Syawal.

Tapi bagi orang perempuan, dia ada dua puasa lah... Puasa ganti yang memang wajib dia buat. dan puasa sunat Syawal ni. 

Kedua-duanya nak buatkan. Jadi gabung je lah... Sebab normalnya perempuan ni, dalam sebulan ada 20 hari suci je... Jadi, kalau buat asing-asing kira sebulan Syawal tu penuh la dia puasa. Tapi kalau nak gabung banyaklah masa dia pergi rumah terbuka. 

Takde masalah pun... Ulama pun kata harus hukumnya, cuma pahalanya kurang lah ... Tapi atas individu lah kan. 

Jadi, bagi yang nak gabung puasa enam dan puasa ganti, ini lafaz niatnya MF kongsikan. 


Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)


Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:


Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)


“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.

Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna.

Jadi, sebaiknya asingkan... 

Kalau MF puasa, MF akan buat yang wajib dulu... iaitu puasa ganti dulu... Insha Allah, ada rezeki niat yang puasa sunat pula.. Tapi kalau tak sempat yang sunat, sekurang-kurang wajib tu dah settle... Itu lebih utama... 

Sekian, semoga bermanfaat


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad