10 Tips Untuk Jadi Orang Yang Happy Go Lucky

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Tips Untuk Jadi Orang Yang Happy Go Lucky | Kebahagiaan dan ketenangan hati satu anugerah dan rezeki dari Allah yang MF rasa lebih bernilai dari wang ringgit.

Tapi nak jadi orang yang tenang hati, tak serabut kepala... tak stress tu tak mudah... Tapi tak juga susah jika kita amalkan 10 tips ni untuk jadi orang happy go lucky dan tenang jee... 

Jom ikuti tips ni... 

10 Tips Untuk Jadi Orang Yang Happy Go Lucky



Kita mulakan dengan:

1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka.


6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN

Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan 

10. HINDARI PERMUSUHAN

Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Kredit : Facebook Bahagian Dakwah, Jakim

MF sendiri cuba amalkan 10 tips ni untuk jadi orang yang happy go lucky dengan cara buang toksik people di media sosial... Rasa orang tu tak kena dengan jiwa kita terus je unfollow dan unfriend kalau perlu... Bukan kita ni baik.. sebab kita tak baik lah... kita buat camtu... 

Jadi, kita sendiri pilih untuk kita hidup macam mana... 

So you have a choice to become how you are. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !