GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Claim Produk Palsu di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Claim Produk Palsu di Shopee | Shopee ... Siapa tak kenal kan.... Gedung membeli belah paling besar atas talian sekarang ni. 

Anak-anak kalau dengar lagu baby shark pun dia kata lagu shopee sekarang ni. 

MF dengan shopee ni dah lama juga... Sejak tahun 2016, dah jadi pembeli setia... Dan suami MF juga penjual di shopee. 

Jadi pengalaman sebagai pembeli dan penjual di shopee ni orang kata dah "makan garam" juga lah. 

Sebagai penjual dan pembeli, MF rasa pengalaman sebagai pembeli paling banyak lah. 

Sebelum ni MF pernah kongsi kan cara Claim dan return barang di shopee... 

Kali MF nak kongsi pengalaman Claim produk palsu di shopee. 

Dan inilah adalah pengalaman kedua MF hadap benda ni... Penat kot bertekak dengan seller... 

Tapi hak kita sebagai pembeli dan pelanggan wajib kita pertahankan. 

Sebenarnya, benda boleh settle cara baik kalau seller boleh bagi kerjasama nak settle cara mudah.. tapi bila dia bertegas nak settle guna shopee prosedur... Kena lah hadap jugaa... 

Cara Claim Produk Palsu di Shopee


Cara claim produk palsu di shopee


MF dah dua kali berhadapan dengan prosedur claim produk palsu di shopee. 

Kedua-duanya barang kereta. MF beli barang kereta di Shopee sebab suami MF memang pandai bab ni. Kalau setakat nak tukar minyak enjin, oil filter, plug... itu memang biasa buat sendiri je. Dah tak hantar bengkel atau pusat servis kenderaan. 

Pengalaman pertama claim produk palsu di shopee


Pertama MF claim ialah blower aircond kereta. Suami MF suruh beli sebab dia nak tukarkan. 

Dia yang cari, dan MF pun beli lah.
Bila sampai je, barang tu memang tak sama dengan yang diiklankan. 

Terus chat seller dan minta refund dan claim sebagai barang palsu. Seller ni seller cina.

Seller tak puas hati, dia dispute la kan... 

Bila seller dispute, memang shopee la akan take over. 

Kena kemukakan bukti

Bila kita claim sebagai barang palsu, shopee akan minta kita bukti barang tu bukan barang original. 

Jadi, MF pun send gambar dan buat keterangan perbandingan produk original dengan barang yang kita terima. 

Nak lebih kukuh, screenshoot je dari iklan dia, dan bandingkan dengan yang kita dapat. 

MF buat dalam Ms Word je... hantar kat shopee. 

Shopee akan siasat dalam masa 3 hari bekerja. 

Alhamdulillah, kes pertama ni, MF menang lah... sebab memang terbukti barang tu bukan barang original dan tak sama dengan barang dia iklankan. 

Kes kedua claim barang palsu di shopee

Kes kedua MF baru alami... Tapi kes kedua ni MF rasa lebih tragik dan sangat menyentuh emosi MF sebenarnya. 

MF bukan jenis suka nak gaduh dengan orang... 

Kes kedua ni dengan seller Melayu. 

MF beli minyak enjin Petronas. Nak gantikan minyak enjin kat Proton Exora. Dah 5 tahun guna minyak ni, sejak beli kereta. Kat proton servis pun guna minyak ni... Jadi, pengalaman dan pengetahuan tu kan... dah biasa la tau minyak ori dengan tak. 

Kronologi kes kedua claim barang palsu di shopee

MF seperti biasa beli barang akan survey habis lah kat satu-satu kedai sebelum nak beli. 

Lepas puas belek, kedai ni tengok servis dia ramai 5 bintang orang bagi. Barang pun ramai review original. Respon rate dia pun 96% masa MF mula nak beli. 

Jadi, kita dengan yakin, belilah kan... 


Cara Claim Produk Palsu di Shopee


Seller tak resspon langsung kat chat

MF beli hari Isnin 25hb 10 ... Sepatutnya last date seller kena pos barang hari Rabu 27hb 10 seller kena pos dah... 2 hari shopee bagi masa. 

Tapi sebab dia tak pos, 28hb 10 MF terus click refund sebab seller tak pos ikut masa shopee bagi. 

Tapi takde langsung balasan tau. 

Siap MF chat bagitau, minta click receive refund tu. Tak balas juga. 

Lepas tak balas, petang 28hb tu chat dengan shopee, inform benda ni... dan shopee kata dalam masa 2 hari kalau seller tak respon, shopee akan automatik approve. 

MF pun menanti dengan sabar lah kan... 

Tuptup, 30hb 10 seller cancel refund request MF dan pos barang keluar. Still tak reply chat ke apa. 
Kat sini dah start sakit hati juga sebenarnya. 

31hb 10 barang sampai... 

So, terima je lah kan... dan terus lah tengok barang ok ke tak. 

MF bukan beli minyak enjin je, tapi beli wiper dan oil filter sekali. Tu salah satu sebab beli kat kedai tu, sebab senang semua ada kan... Seller Melayu pula... Ingat mudah lah... sekali nak kena uji macam ni... memang sabar habis. 

Sekali, bila buka menutup minyak tu, pelik takde seal macam yang selalu kami beli. 

So, suami kata, dia tak mau guna... sebab was-was dengan keaslian minyak tu.

Cara Claim Produk Palsu di Shopee
Terpaksa komen kat Facebook Page dia.. Geram sebab tak respon langsung


Return and refund dengan alasan produk palsu

Teruslah MF klik refund dan claim produk palsu. 

31hb 10 tu MF terus la klik kan... Nak tengok apa respon seller. 

Takde respon apa-apa, hingga keesokan harinya. 

Seminggu dari beli sampai 2 kali klik refund takde respon dari seller. 
Tak mendidih kan.. 

Cari kedai di Facebook Page
Tak boleh tahan, MF cari nama kedai ni kat Google dan Facebook. 

Alhamdulillah, ada... 

Dok fikir, nak ke tak nak buat ni... Fikir juga kita ni kan.. 

Tapi geram takde respon, akhirnya MF terpaksa rating 1 bintang di Facebook dengan claim produk palsu. Suami MF buat benda yang sama. 

Akhirnya, barulah ada respon balas lepas kita komen camtu kat Facebook. 

Dia macam nak gaduh kat Facebook, MF minta dia tengok kat shopee je. 

MF bertindak macam tu lepas MF sendiri cuba dapatkan respon dari Facebook Messanger. 
Tapi takde respon juga, tu je cara MF fikir nak minta dia respon sebab tengok Facebook page dia aktif dengan post baru. 

Lepas pada tu, bermulalah pertikaman chat di shopee... 

Dia macam tak nak mengalah.. MF masih lagi waras untuk buat ayat yang terbaik ... Tapi dia plak macam meroyan kan... sebab MF dah serang Facebook dia... jatuh la reputasi dia kan. Sampaikan ramai cancel order sebab kan komen MF... Hahaha.. dia salahkan kita plak kan... sapa suruh cari pasal. 

MF memang tawar hati nak berurusan jual beli dah sebab tu malas nak teruskan kes. Tapi sebab dah berurusan kat shopee, kena teruskan kes. 

Cuba settle di luar shopee

Malam tu, MF cuba la slow talk dengan seller, ajak dia settle kes cara mudah diluar shopee. 

MF cuba lah offer dia, minta dia refund duit ke bank MF, pastu MF send balik produk kat dia, delete komen kat Facebook kira bersihlah nama dia kan. 

Tapi dia tak nak... dia nak kita send barang dulu baru dia nak bank in... Perghh.. menyirap... So, dia berdegil.. teruskan juga lah kes kat shopee. 

Teruskan prosedur claim produk palsu di shopee

So, lepas dah dia berdegil kan... MF terpaksalah teruskan juga. 

Dia pun memang nak buktikan yang produk tu original juga, dia kata dia dah contact Petronas di KLCC, nanti team Petronas akan datang rumah MF check produk tu ori ke tak. 

Dalam hati, fuhh... senangnya kau contect Petronas ye.. company besar kot tu. 

Tak pe lah.. Kita terima je bila dia kata gitu... MF kata datang lah. 

Tapi pengalaman suami MF ni memang dah biasa dengan taktik orang jual barang kereta ni... jadi, dia kata jangan mudah percaya sangat. Ntah siapa-siapa dia contect nanti. 

Kena send bukti dari kedua-dua pihak

Pihak shopee minta seller dan buyer hantar bukti. 
MF berikan bukti video serta gambar, screenshot chat sebagai bukti. 

Kebetulan juga, lepas suami kata jangan percaya tu, MF ambil inisiatif untuk cari contact number Petronas sendiri. 

Alhamdulillah, suami MF terus call dan Petronas terus semak. 

Bila disemak takde nama kedai tu dalam pengedar minyak diorang yang didaftarkan atau sah under Petronas. Teruslah Petronas buka fail siasatan. 

Kes masih disiasat bawah Petronas

Sehingga hari ni, saat MF catat ni kes masih berjalan tau di bawah Petronas. Memang petronas ambil serius isu ni. 

Cara Claim Produk Palsu di Shopee
Dah call petronas.


Sementara nak tunggu tu kan... adalah seseorang call guna nomber 012... katanya dari Petronas... Dia nak suruh MF cuba juga tenyeh penutup tu untuk nampak kan seal tu. Memang tak lah... Kalau lepas tenyeh takde juga, kot terkoyak, diorang nak terima balik ke kalau MF return.. Memang tak lah kan. 

So, MF bertegas lah... MF kata datang lah sendiri tengok. Dia bagi alasan Covid lah... tak boleh nak pergi... Kat situ, nampak dah... macam nak "kencing" je gayanya. 

Kes menyebelahi pihak penjual

Lepas kita dah usaha, kita doa juga, tapi Allah nak uji lagi kesabaran MF ni kan... kes MF kalah. 

Shopee tak approve la refund tu.. 

Kecewa juga... tapi cuba pujuk hati.. MF chat seller tu.. Hah! lepas kejadian tu kan... MF tegur dia pasal chat kat shopee tu kan... dia dah improve servis dia... dah laju balas chat kat shopee.. 

MF minta kat dia nak return dan refund juga... sebab memang tawar hati nak guna... Tapi atas claim barang rosak. 

Seller pun ok... dia setuju dan MF terus klik return dan refund. 

Sabarlah lagi menunggu, 

8/11 barang sampai kat dia jam 1.30 petang.. tapi dia macam tak respon... MF sekali lagi chat minta dia approve... Akhirnya hampir jam 5 petang barulah dia approve dan duit masuk ke Shopee wallet MF. 

Tapi lepas tu dia minta MF delete komen kat FB, MF tak terima lah... sebab MF pernah offer untuk bersihkan nama dia dengan settle cara mudah, tapi dia tak nak... nak lawan juga kan... So, biarlah komen tu... 

Menguji kesabaran
Kes ni sangat menguji kesabaran. 
Sampaikan tawar hati kat shopee tau... 

Tapi kejap je merajuk... MF beli juga. 
Tapi sebab kat shopee dah tak banyak voucher, MF beralih ke Lazada juga. 

Lazada dah tak kurang hebatnya. Banyak bonus dan free shipping. Hak kita sebagai pembeli... Kat mana yang jimat kat situ kita beli kan. 

Itulah kisah dua kali hadap seller degil ni. 

Bagi orang maybe tak kisah kan.. 

Tapi MF kisah bab adab, bab komunikasi, dan bab hukum jual beli. 
Kat shopee sistem dia buat cantik dah... 

Barang diterima oleh pembeli, pembeli tekan received order maknanya kat situlah akad jual beli terjadi... Memang cantik dah sistem tu.. ikut hukum... 

Tapi kalau macam ni... jadi tak redha tau. 

Apa pun, moga kes ni jadi ilmu dan pengajaran buat pembeli di shopee. 

Kes macam ni bukan melibatkan produk kereta je, kosmetik, produk kesihatan pun selalu ada yang copy ori... kalau setakat baju ke, bag tangan takpe... sebab tak menjejaskan apa-apa kalau pakai... produk yang palsu, yang kita kat enjin kereta, untuk badan kita memang boleh menjejaskan. so, kena dapatkan yang ori. 


Di Lazada tak pernah lagi claim atas produk palsu ni... 
Lazada ni sistem dia lain sikit.. tapi MF pernah la refund juga... boleh baca kat entry ni. 


Pengajaran buat penjual shopee

Buat penjual di shopee, chat tu penting tau.. itulah komunikasi kita dalam jual beli... Balas lah walaupun letak icon yang shopee dah buat. 

Buat shopee, please adillah ye... Respon rate kat shopee tu biar releven dengan servis. Ni respon rate tinggi tapi balas chat pun seminggu sekali. Tak pastilah macam mana shopee nilai. 

Apa pun, itulah risiko dan ujian jual beli online ni. Sebab tu jugalah ada ulama' mengharamkan jual beli sebegini... 

Semoga bermanfaat sesiapa yang gigih baca sampai habis... hehe... 

2Ulasan

  1. Susah jenis susah bawak bincang ni. Kan dah panjang melarat kesnya. Susah jugak dorang dok claim product original sedangkan tak ori. Kalau saya pun was was nak guna barang tak ori ni. Tak pasal kereta kita rosak, lagi banyak belanja kena keluar nanti kan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ