GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dos Penggalak/Booster Covid-19

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dos Penggalak/Booster Covid-19 | Alhamdulillah negara kita dah melepasi 95% vaksinasi penduduk dewasa. 

Sekarang ni tengah giat dos penggalak atau booster dos.

Booster dose adalah dos ketiga vaksinasi Covid-19. 

Alhamdulillah... MF telah lengkap ketiga-tiga dos covid-19 pada Khamis lalu... 

Bila MF update kat media sosial, ramai pula tanya macam-macam.

Antaranya, ada yang tanya...

Macam mana boleh dapat awal?

Wajib ke ambil dos penggalak ni?

Kena mohon ke?

Apa syarat dapat dos penggalak?

So, MF jawab semua persoalan tu kat entry ni ye... 

Dos Penggalak/Booster Covid-19



Siapa yang layak dapat dos penggalak/booster Covid-19?


Setakat hari ni... Yang layak untuk booster dose ni ialah :
1. Frontliners
2. Warga emas umur 60 ke atas.
3. Mereka yang alami rentan
4. Mereka yang berisiko tinggi 

Syarat untuk terima dos penggalak/booster Covid-19


Syarat utama ialah telah lengkap dua dos vaksin,
Sekurang-kurangnya 6 bulan bagi penerima vaksin Pfizer dan 3 bulan bagi penerima vaksin Sinovac.

So, ikutkan MF dah lengkap syarat tu... Jadi memang layak terima booster dose.

Dos Penggalak/Booster Covid-19


Macam mana boleh dapat dos penggalak? Kena mohon ke?

.
Yang ni MF tak boleh nak jawab la... Sebab boleh dikatakan rezeki juga dapat cepat ni.

MF dapat cepat melalui PPD, dan melalui sekolah... 
Pengetua minta isi borang mana-mana cikgu yang cukup syarat tadi.

So, MF dah cukup syarat jadi isi je lah... Lepas isi terus pihak PKD atau klinik kesihatan update kat MySejahtera. Yang ni MF tau sebab MF sendiri pernah ada pengalaman handle sistem ni semasa program vaksinasi remaja yang melibatkan anak-anak murid MF sendiri... 

Tapi ada MF terbaca kawan MF juga dapat dos penggalak ni dengan cepat... Cuma hubungi pihak PKD atau klinik terdekat tanya... Tapi dengan syarat cukup tempoh matang vaksin kedua tu. 


Wajib ke ambil dos penggalak?

Tak wajib tapi digalakkan. 

MF fikir dengan keadaan virus ni yang bermutasi ... Memang wajar MF ambil sebagai usaha dan ikhtiar kita sebagai hamba Allah kan... Selebihnya tawakal sajalah ... Moga Allah melindungi... 

Dos Penggalak/Booster Covid-19


Apa persediaan untuk ambil dos penggalak

Tak perlu persediaan apa pun... Cuma dapatkan rehat yang cukup... Tidur awal sebelum nak pergi vaksin esoknya tu... 

Minum air yang cukup... 

Pastikan bawa kad vaksinasi dan kad pengenalan... Kad vaksinasi tu memang sama penting dengan kad pengenalan dah sekarang ni. 

Pastikan update MySejahtera... 

Kesan dos penggalak?

Alhamdulillah... Sebab dah biasa dengan dua dos vaksin sebelum ni... Kesan kali ni tak seteruk yang lalu. 

Rasa tak larat je keesokan harinya... Telan jugalah paracetamol sebagai back up... Sebab rasa dedar. Tapi yang ketara... Sakit tangan sampai tak boleh nak angkat. 

Tapi kejap sangat kesan kali ni... Mungkin juga sebab anak-anak MF tak sihat, jadi kejap je lah kesan tu... Kena kuat demi anak-anak kan.... 

Mak-mak kan... Kalau masa anak-anak sakit, diri sendiri sakit jadi tak sakit dah.. hehe... 


So, itu serba sedikit lah yang MF tahu pasal dos penggalak/booster Covid-19 ni... 

Bagi yang layak ambil... Ambil je... Tak perlu takut... Ini usaha kecil kita ni... 

Moga kita dapat hidup normal macam dulu... 
Moga Allah angkat virus ni suatu hari nanti dari muka bumi ini... InshaAllah... 

6Ulasan

  1. wah..tahniah.. yong kedua pun belum..hahah adoi, kesnya ritu tolak sebab x sihat..tunggu lah depa panggil pulak #teamCicir

    BalasPadam
  2. tq for sharing..kalau yg memang berisiko tinggi memang elok la ambil. tambah yg memang kerja bhgian frontliner ni

    BalasPadam
  3. tahniah dah dapat vaksin dos penggalak..nadia pun baru ambik juga..

    BalasPadam
  4. Sekarang rasanya ramai dah terima msg menerusi h/p untuk dos ketiga ni.

    BalasPadam
  5. Bagus entri ni. saya belum ambik booster lagi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ