Recents in Beach

Cara Return & Refund Barang Rosak di Lazada

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Return & Refund Barang Rosak di Lazada | Beli barang online, sangat berisiko tinggi jika barang itu jenis mudah pecah. MF pernah beli smartphone di Lazada, memang tawakal habis takut pecah.

Suami MF juga banyak beli barang bisnes dia dari Lazada. Memang tawakal habis takut pecah. Alhamdulillah berkali-kali beli di Lazada, selamat semua barang yang diterima.

Tapi,

Cara Return barang rosak lazada, cara Refund Barang Rosak di Lazada, refund duit lazada, return barang rosak, shopping di lazada,

Nak dijadikan cerita, barang tempahan pelanggan yang suami MF beli di Lazada pecah screennya sebaik sahaja diterima. Beli dua, tapi satu daripadanya pecah... Fuhh.. sayang...

Setelah difikirkan, akhirnya kena juga return dan refund duit di Lazada. Mahal tu kan... kalau 2 3 ringgit mungkin pejam mata je la... tapi ini beratus juga harga barang tu, jadi kena juga return.

Memula tak reti juga, tapi selepas digodek-godek, akhirnya kami jumpa cara return barang tersebut dengan selamat tanpa keluarkan duit satu sen pun.

Ini MF nak kongsikan... untuk panduan semua.

Cara Return barang rosak lazada, cara Refund Barang Rosak di Lazada, refund duit lazada, return barang rosak, shopping di lazada,

Cara Return & Refund Barang Rosak di Lazada


Langkah 1: Semak barang yang diterima

1. Bila dapat je barang, korang check barang tu... kalau memang ternyata rosak semasa proses penghantaran, jadi memang boleh claim... Macam kes kami ni, barang memang rosak/pecah semasa dalam proses shipping... Barang dari luar negara, tak kan nak return ke China kan... Jadi, kena return ke Lazada, jangan risau,... Lazada akan terima.  

Cara Return barang rosak lazada, cara Refund Barang Rosak di Lazada, refund duit lazada, return barang rosak, shopping di lazada,
Ni contoh je tau, bukan barang ni nak di return... hehe... lupa nak printscreen barang yang nak direturn tu... Nak tunjuk je, kat mana nak click return tu... 

Langkah 2 : Buka borang untuk returns

2. Bila tentu barang tu rosak... buka apps lazada, click barang tu, untuk review... sebelah review tu ada tulis "RETURN'. Klik Return. 

Antara alasan untuk return barang di Lazada.

isi borang return

Langkah 3: Isi butiran barang yang nak di'returns'

3. Akan keluar popup, untuk isi butiran yang kita kena return... Sekali dengan sebab apa kita nak return barang tu. 

Mungkin, term & condition untuk return, kalau kita beli 2 atau 3 barang sekali, tapi rosaknya satu, kena return semua sekali. Tapi tak kisah la kan, dapat duit semula, nanti beli lah lain kan. 

Cara Return barang rosak lazada, cara Refund Barang Rosak di Lazada, refund duit lazada, return barang rosak, shopping di lazada,

Langkah 4: Print Returns Label

4. Bila dah isi tu, kena buka website Lazada dan login akaun korang. Klik kat My Returns sebelah kiri tu ada tulis.. Nanti dia akan paparkan detail barang yang korang return. 

Apa yang perlu dibuat, ialah Print Return Label. 


Korang print Return Label ni untuk ditampalkan pada barang yang korang nak return tadi... 

Print 2 salinan... 

Langkah 5 : Bungkus barang yang nak di returns


5. Korang bungkus barang tu kemas-kemas dan lekatkan Return Label pada kotak. satu lagi pada Pos Laju. Kalau korang guna Pos Laju la... 

Langkah 6 : Isi borang di Pos Laju



6. Kemudian, pergi ke kaunter Pos Laju, cakap nak return barang ke Lazada. Nanti dia akan bagi borang untuk korang isi. Isi je nombor tracking, nombor akaun barang tu, dan alamat kita, kemudian sign. Lepas tu bagi ke kat Pos Laju untuk uruskan. Tak perlu buat apa-apa pembayaran atau kos pos ya.

Kalau diorang minta bayar, tunjuk kat label tu, bawah tu ada tulis "DO NOT Charge Customer".

Langkah 7 : Tunggu sahaja barang diproses Pos Laju, dan terima duit refund semula



7. Kemudian, korang tengok je la kat apps atau akaun lazada korang, Lazada akan update barang tu... Sama ada dah sampai kat lazada ke belum. 

Bila dah sampai, insha Allah.. tak lama lepas tu korang dah boleh semak e-Wallet Lazada ... dalam masa 24jam sahaja, duit masuk dalam e-Wallet. Sangat efficient dan pantas. 

Memang terbaik lazada, senang berurusan. 

Kami terima barang pecah tu hari Ahad, hari Selasa baru pos, sebab Isnin tu cuti kan... Hari Khamis sampai kat Lazada, hari Jumaat minggu yang sama dah terima semula duitnya dalam e-Wallet. 

Alhamdulillah... memang pantas. 

Memang mudah... Tapi kalau korang tanya barang Shopee... nanti MF buat entry lain sebab kat Shopee caranya lain pula. 

Semoga bermanfaat ya... 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tq share... Mmg info ni berguna sangat.

    BalasPadam
  2. beli barangan online mmg kena byk bersabar dan cari cara utk pulangkan balik kalau tak memang tak berbaloi kan

    BalasPadam
  3. Fuhhh..pecah teruss.. baguslah leh return.. kalau tak nangiss.

    BalasPadam
  4. Sha sllu beli dkt shopee ja..Tp nice entry bole rujuk sni bila ada Mslh cmni nnt

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^