GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sedap Ke Takoyaki?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sedap ke Takoyaki | Takoyaki, memula dengar macam pelik juga lah… Apa ke benda tu… macam Jepun je bunyinya.

Rupanya sejenis makanan.

sedap ke takoyaki, resepi takoyaki, apa itu takoyaki, resepi takoyaki mudah, takoyaki pan online, orang jual takoyaki
Ini takoyaki yang MF beli dari rakan sekerja... RM5 sebekas, ada 7 biji... Murah ke mahal?

Asal Usul Takoyaki

Takoyaki (たこ焼き atau 蛸焼) merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas.

Ikut resepi asalnya, biasanya isi dalam bebola tu diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang. Tapi di Malaysia , dah ubahsuai ikut selera Malaysia… Ada yang letak sosej, isi ketam, isi udang dan sebagainya.

Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi).

Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka.

Mula popular

Takoyaki mula dipopularkan di Osaka,[3] di mana seorang peniaga gerai bernama Tomekichi Endo diberi penghargaan terhadap penciptaannya pada tahun 1935.

Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong kurita.

Takoyaki asalnya popular di kawasan Kansai, tetapi kemudiannya merebak ke kawasan Kantō dan kawasan lain di Jepun. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan yatai, tetapi sudah ada banyak restoran khas takoyaki, terutamanya di kawasan Kansai. Takoyaki kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.

Yaki berasal daripada perkataan "yaku" (焼く) yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun dan masakan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.

So, tako + yaki jadilah Takoyaki. Kalau orang dulu pun ada sebut tako ni… sebab mak pak MF pernah guna perkataan tako ni… maksudnya macam bekas yang separa bulat… Rupanya tako tu istilah Jepun… Agaknya, istilah ni masuk ke Tanah Melayu selepas Jepun datang la kan.

Kuali Takoyaki

sedap ke takoyaki, resepi takoyaki, apa itu takoyaki, resepi takoyaki mudah, takoyaki pan online, orang jual takoyaki
Ada jual di LAZADA atau Shopee, serendah harga RM20 je...

Kuali takoyaki (たこ焼き器 takoyakiki) atau—yang lebih jarang digunakan—takoyaki-nabe (たこ焼き鍋) ialah sejenis kuali rata yang diperbuat daripada besi tuang dengan acuan separuh bulat.

Besi berat ini memanaskan takoyaki dengan sekata, yang dipusingkan menggunakan pencungkil semasa proses pemasakan untuk menarik bahagian tepung sadur yang belum masan ke bahagian dasar acuan. Dapur takoyaki gas komersial digunakan semasa festival Jepun atau oleh peniaga gerai tepi jalan. Bagi kegunaan rumah, dapur versi elektrik yang menyerupai plat panas juga boleh didapati.

Kat Malaysia, ada juga yang buat guna bekas kuih cara… asalkan jadi bulat…

Sedap Ke Takoyaki?

Takoyaki, pertama kali mencuba, suami beli kat pasar malam. Macam pelik, tapi cuba makan. Nak kata sedap rasa macam kurang. Terutamanya bau rumpai laut kering buatkan tekak susah nak terima. Suami MF pun sama.

Jadinya, kami terus decided tak boleh terima Takoyaki ni… Tak sedap…

Tertiba kat sekolah MF, ada yang ambil order ni… Takoyaki… sebekas kecil RM5 ada dalam 7 ketul.

MF tak order sebab dalam fikiran MF tak sedap.. dah rasa sebelum ni kan… Tapi, ada kawan MF suruh rasa… eh… macam sedap la dan lain rasanya dari yang MF pernah makan sebelum ni.

So, terus suka pula makan takoyaki… Sebab rasanya tu kena dengan selera tekak MF ni.

Bagi yang tak tahu atau mungkin kurang arif pasal takoyaki, ini dia sejarah Takoyaki yang sebenarnya.

Resepi Takoyaki

sedap ke takoyaki, resepi takoyaki, apa itu takoyaki, resepi takoyaki mudah, takoyaki pan online, orang jual takoyaki

MF ni bila dah suka mula la nak buat sendiri.. Cari resepi di internet… rupanya tak mudah juga nak buat… banyak step,.. Paling penting kena ada kuali dia… Kalau takde tak jadilah takoyaki. Memula tu ingat just bulatkan pastu letak inti dan goreng… haha… rupanya ada sarang dia khas rupanya… haha…

Apa pun, MF kongsikan cara buat takoyaki yang mudah untuk sesiapa yang nak cuba buat.

Resepi Homemade Takoyaki Mudah

Atau cari sahaja video di Youtube, banyak orang buat tutorial.

Bagi MF, makanan ni antara menu diet yang sihat dan mengenyangkan. Sebab takde minyak, cuma grill je… dan cuba, boleh kurangkan garam dalam adunan dan juga sosnya…

Tapi sesekali nak makan, beli je la kan.. sebab memikirkan nak buat tuh… boleh tahan juga nak mengadapnya… kalau MF dengan anak bergantung kat kaki nih, baik beli je… haha… rela keluarkan duit dari keluarkan peluh buat sendiri sebab nanti dengan suara gorilla keluar sekali… haha..

Ok, selamat mencuba sesiapa nak buat sendiri… dan bagi yang belum cuba rasa juga, cubalah beli… Cari aje kat Marketplace Facebook kawasan kejiranan anda, pasti ada yang jual… hehe..

Semoga bermanfaat. 

7Ulasan

  1. allah.. fav awa ni..sedappp sgt2.. bekas 10 biji tu awa mkn sorang sekali hadap je.. hehe

    BalasPadam
  2. kalau yg pandai buat sedap la. ikut org jugak hehe

    BalasPadam
  3. dulu saya tak reti makan takoyaki..sekarang dah boleh makan dah...

    BalasPadam
  4. akak suka layan takoyaki ni, lagi2 yang isi octopus tuh... mmg layan betul

    BalasPadam
  5. sy tak makan takoyaki,, sbb tak boleh hidu bau2 sotong huhu

    BalasPadam
  6. Goodluck utk segmen .. Ini link peserta ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/senarai-penyertaan-segmen-bloglist-sii.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ