GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul | Rakyat Malaysia mahupun rakyat negara mana sekalipun, tak dinafikan ramai orang yang suka membeli belah. Sebilangan orang suka membeli pakaian, barangan kemas dan tak kurang juga yang gemar membeli barang runcit.

Golongan yang paling gemar membeli barang runcit ini tidak lain dan tidak bukan adalah di kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Baik wanita mahupun lelaki, bila sudah berkeluarga tanggung jawab membeli barangan runcit ini memang akan dibuat kerana ianya satu perkara yang perlu. Seronok sebenarnya pergi ke pasar raya besar dan memilih barangan runcit. Bila lihat barangan yang dijual terus terbayang apa akan dimasak dengan barangan tersebut. 



Walaubagaimanapun, sebelum ke mana-mana pasaraya atau pasar biasa, jangan terus terjah sebaliknya buat dulu senarai akan barangan yang perlu di beli. Ini penting walau nampak seperti satu perkara remeh kerana ianya dapat membantu saat membuat pembelian dengan cara berhemah. 

Dengan bantuan senarai ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan belanja kerana tidak terpengaruh untuk membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai tersebut. 

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Selain buat senarai tersebut, terdapat juga cara-cara lain untuk menjimatkan wang ketika membuat urusan pembelian barangan runcit di Malaysia. Dalam artikel ini, akan di kongsikan beberapa panduan setakat yang tahu sebagai rujukan kalian di luar sana. 

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan dan dapat membantu menjimatkan lebih banyak wang ini adalah : 

#1 - Perkongsian kereta / perjalanan dengan jiran terdekat sebelah rumah 


Semakin banyak stok yang perlu di beli dalam satu perjalanan, semakin sedikit perjalanan yang perlu dilakukan. Ini menjimatkan petrol, tempat letak kenderaan dan masa. Kaedah ini juga dapat menjauhkan diri dari godaan barangan jualan murah dan sebagainya. 

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Jumlah paling bagus untuk melawat pasaraya untuk membuat belian adalah sebulan sekali tetapi boleh juga dipercepatkan kepada dua minggu sekali. Yang pasti janganlah pergi hingga tahap seminggu sekali kerana ia akan hanya menyebabkan perbelanjaan menjadi semakin banyak keluar kerana terpengaruh untuk membeli barangan yang tak penting ketika berada di pasaraya tersebut. 

Untuk berkongsi kereta ini pula, adalah paling baik dengan jiran sebelah rumah yang paling dekat dan rapat. Alang-alang tinggal di kawasan kejiranan sama dengan kedudukan rumah yang hanya di sebalik pagar, apa salahnya keluar beli barang dapur berdua bagi mewakili rumah masing-masing. 

#2 - Perkhidmatan Penghantaran Barang Runcit 


Sekiranya tidak dapat pergi ke kedai secara langsung, terdapat perkhidmatana penghantaran barangan runcit secara terus hingga ke depan pintu rumah. Salah satu servis yang boleh digunakan untuk tujuan grocery delivery ini adalah Pandamart.

Cara Jimat Belanja Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul Bahan Makanan Yang Betul



PandaMart merupakan salah satu servis penghantaran yang dimiliki oleh Foodpanda. Ini bermakna Foodpanda bukan saja menyediakan servis penghantaran makanan sudah dimasak sedia dimakan tetapi juga turut menyediakan servis penghantaran barangan runcit sehingga ke depan muka pintu rumah. 

Cara untuk buat pesanan sama saja seperti membuat pesanan makanan yakni dengan menggunakan aplikasi Pandamart Foodpanda yang telah disediakan. 

#3 - Kad Kredit Cashback 


Jika kalian merupakan salah seorang yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit, pastikan guna kad kredit yang boleh memberi cashback sebanyak 2 hingga 5%. 

#4 - Guna Kalkulator Pada Telefon Bimbit


Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dan perlu mengira harga mana yang lebih berbaloi. Tak salah untuk membandingkan harga dengan mengambil kira kuantiti dan kualitinya. Apa guna bawa telefon bimbit tu, gunakanlah kemudahan kalkulator yang ada supaya tidak tersalah membuat pilihan hingga tahap menyesal setelah pulang ke rumah nanti. 


#5 - Makan Dulu Di Rumah Sebelum Keluar Berbelanja 


Ketika berada di kedai runcit dan pasaraya, kita boleh berasa lapar kerana penat saat membuat pilihan barang. Lebih mendebarkan hati saat terhidu bau makanan segar seperti roti, kopi dan sebagainya. Kadangkala terasa licik juga para pengusaha perniagaan ini kerana boleh membuatkan kita terpesong arah tuju dengan membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai sebenar.

#6 - Lihat Brosur Kedai Untuk Tahu Jika Ada Tawaran Harga Yang Baik 


Lihat brosur kedai untuk mencari tawaran harga yang baik ini perlu tapi pastikan tidak terpengaruh dengan semua barangan yang dipaparkan di dalam brosur tersebut. Hanya buat pilihan pada barangan yang benar-benar perlu dan boleh juga jika membuat belian terhadap barangan sering guna dan boleh simpan lama. 

Antara contoh barangan ini seperti cecair pencuci pinggan dan sabun basuh pakaian. Jika kebetulan ada potongan hingga separuh harganya, ada baiknya beli dan simpan sebagai stok di rumah untuk digunakan pada masa akan datang. 

#7 - Pastikan Peti Sejuk Di Rumah Telah Kosong


Membuang makanan yang boleh dimakan merupakan satu pembaziran. Makanlah dulu apa yang ada di dalam peti sejuk. Setelah betul-betul pasti di dalam peti sejuk sudah tidak ada stok makanan, maka bolehlah mula membuat pembelian barangan untuk memenuhkan semula peti sejuk tersebut. 

Nak lagi baik, sebelum keluar membeli barang dapur, bersihkan dulu peti sejuk untuk tahu barangan apa yang masih ada yang sudah habis. Ini juga boleh tahu barang apa yang telah rosak akibat tidak digunakan. Barulah tahu apa yang tak patut dibeli sama sekali. 


Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Tips Beli Barang Dapur Cari Bijak Untuk Jimatkan Wang 


- Beli ayam dalam bentuk seekor dan bukannya dengan membeli ayam dalam bentuk bahagian tertentu kerana harga untuk itu jauh lebih mahal

- Untuk barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, beli jenis yang mudah rosak seperti strawberi dan sayur-sayuran berdaun ini dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. 

- Semasa membayar, periksa resit kerana kadangkala harga yang dikira boleh menjadi salah. 

Itulah dia sedikit sebanyak tips tentang cara jimat belanja dengan senarai makanan yang betul. Jika kebetulan barangan runcit sudah habis, bolehlah buat pesanan secara atas talian dan tunggu saja semua barangan di muka pintu tanpa perlu keluar ke mana-mana. 

3Ulasan

  1. selalu tersasar dari list yang dah siap-siap tu :)

    BalasPadam
  2. nice sharing..ida selalu beli 3ekor ayam..tahan 1minggu lebih..kalau beli ikan sekali tahan la 2minggu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ