Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

Maria Firdz
5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri | Pisahkan anak tidur sendiri adalah salah satu hukum yang Islam tetapkan untuk menjaga sosialisasi dalam hubungan kekeluargaan.

Umur yang sepatutnya dipisahkan laling lewat iaitu 7 tahun... Tapi alhamdulillah... MF berjaya pisahkan anak dari tempat tidur masa umur 2 tahun... Dan umur 3 tahun sepenuhnya tidur sendiri... Alhamdulillah...

Takde rahsia menarik... Cuma MF boleh la kongsikan beberapa perkara yang kami suami isteri buat untuk pastikan anak-anak tidur di bilik sendiri... 

Dekorasi bilik anak-anak ikut warna kesukaan mereka

Tahun lepas kami dah berpindah ke rumah sendiri... Jadi, antara perkara utama kami buat ialah deko bilik anak-anak. Alhamdulillah.. Hikmah Allah berikan kami anak sama jantina... Tak perlu nak sediakan banyak bilik.. Satu bilik dan dekorasi untuk dua anak.. Dan akan datang adik kecil pula jadinya... Akan dekorasi lagi untuk jadikan  satu bilik untuk tiga beradik.

Puas mencari dekorasi menarik untuk pastikan anak tidur sendiri... Akhirnya... Bulan lepas dapat susunan bilik yang menarik untuk diorang tidur sendiri... Nampak luas dan selesa...

Perkara pertama... Kami cat.. Cat ikut warna kegemaran mereka... Dan kalau boleh guna warna yang ceria dan terang... Sebab jiwa anak-anak ni mood happy je sokmo...

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

Susun atur bilik tidur anak untuk bilik yang sempit

Lepas cat susun atur bilik... Susunlah supaya bilik tu nampak luas dan selesa walaupun hakikatnya bilik tu sempit je..

Kalau boleh bilik anak-anak ni kena minimumkan perabot... Sebab diorang kreatif dan suka bermain.

Dekorasi hiasan dinding bilik tidur anak

Untuk hiasan dinding.. Kami hias dengan tampalan perkataan suku kata... Dan poster pembelajaran... Inilah konsep belajar sambil bermain.

Untuk tambahkan keseronokan... Belikan cadar ikut cartoon kesukaan anak-anak... Macam anak MF suka tengok doraemon.. Jadi kami beli dua set cadar doraemon.. Ikut warna kegemaran masing-masing...

Sediakan ruang main dan santai di dalam bilik

Antara kemudahan lain... Kami pasangkan siap tv di dinding dan siap dengan koleksi kartun dan movie yang telah ditapis oleh kami sebagai ibu bapa.. Jadi, diorang boleh tengok tv sambil  bermain. Selain tu... Tv tu juga kami on setiap malam untuk pasangkan zikir sepanjang malam...

Kami juga sediakan mainan dalam bekas khas untuk elakkan anak-anak sepahkan mainan dan selepas main terus kemas...

Alhamdulillah.. Sekarang ni selain dapat asingkan tempat tidur... Dapat juga kurangkan aktiviti sepah mainan... Tak la penat sangat mengemas... Lagipun suami MF memang tegas... Tak boleh sepahkan mainan selain dalam bilik diorang... Jadi, ringan sikit tugas disitu...

Gunakan psikologi dan pujukan

Selain tu, tips lain.. Pujuk dan slow2.. Jangan paksa anak... Memula kita teman.... Bacakan bedtime stories... Bila dah terlelap kita biarkanlah... Memula tu memang anak akan bangun tengah malam dan cari mak bapaknye... Tapi lama lama nanti... Bila biasa dah takde masalah lagi...

Itu antara cara kami suami isteri train anak-anak tidur sendiri sejak dari awal usia selepas putus susu...

Islam memang mewajibkan tidur berasingan untuk jaga batasan pergaulan dalam keluarga... Dan supaya ibu bapa ada privasi antara suami isteri.



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. cantik MF... rajin tul MF buat deco bilik tu... anak2 mesti seronok tidur kat bilik mereka kan...

    BalasPadam
  2. saya pun bila dah pindah rumah ni, anak2 tiur dibilik sendiri, kecuali si kecik ni la sebab xde geng, abg2 dah geng berdua dia sorang gigirl jadi manja sikit nak tidur juga dengan maknya ni walaupun bilik sendiri dah ada

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Dah berjaya anak-anak tidur sendiri yerp.

    BalasPadam
  4. gini la usaha aida end of 2010 dulu, maria.
    utk kakak-kakak di usia diorang 5 thn & 3 thn.
    sukses.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !