GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Link Blog Disekat di Facebook!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Link Blog Disekat di Facebook! | Facebook semakin update policy dan memperketatkan lagi link di Facebook kerana banyak aduan scammer dan link spam.

Sejak tahun 2019, semakin banyak link rakan blogger yang MF kenal disekat di Facebook. Dan tak terkecuali, MF juga kena tempiasnya.

Pertama kali disekat, MF cuba juga buat report di Facebook untuk dapatkan semula link blog di Facebook dan instagram.

Alhamdulillah, 2 minggu selepas report dapat semula.

Malangnya, selepas seminggu, link blog MF kena sekat buat kali kedua. MF buntu, mood berblog dan motivasi untuk menulis blog hilang.

Tapi cari semula semangat... MF cuba lagi... report banyak kali... dan MF juga apa puncanya.

Rupanya, link blog MF dibaca sebagai link spam di Facebook... Maknanya ada orang report la ni, sebab MF dah tak guna apps atau apa-apa auto link untuk autopost di Facebook. Allahu.. dugaan..

Akhirnya, MF pasrah, tapi dalam masa yang sama MF cuba juga report banyak kali untuk dapatkan semula link blog MF di Facebook.

Kenapa penting link blog di media sosial?

Ianya penting, Sangat penting untuk SEO sebenarnya. Bila macam ni, rekod SEO kita buruk di mata google dan search engine. Huhu...

Bukan kita je tak boleh paste , tapi jika ada pembaca yang ingin kongsikan link tu ke Facebook mereka pun tak boleh juga. Sedih kan...

Tapi ini dugaan.

Jadi, MF nak minta jasa baik rakan-rakan pembaca setia dan pembaca baru yang suka kan entry berguna dan bermanfaat di blog ni, minta tolong MF report dan beritahu Facebook... Link blog ini berguna dan bermanfaat, bukannya blog scammer atau link blog spam.

Cara Atasi Link Blog disekat di Facebook


1. Klik link ini: https://developers.facebook.com/tools/debug/

2. Masukkan link blog yang disekat dalam ruangan disediakan, dan klik "Debug" (Rujuk gambar)

Link Blog Disekat di Facebook!

3. Kemudian, klik "Let Us Know" . (Rujuk gambar)
Link Blog Disekat di Facebook!

4. Masukkan sebab dan kenapa link itu tak perlu disekat. Korang boleh copy je ayat ni dan paste pada ruangan disediakan, kemudian klik "Send". (Rujuk gambar)

Copy ayat ni:
Hi, this is my friend's blog. The content is not harmful and i like to read his/her blog. I assure you that the blog do abide all the terms.

Link Blog Disekat di Facebook!

5. Dia akan keluar popup dan klik ok. Siap.

Tu je caranya untuk tolong report untuk kembalikan link blog di Facebook. Minta tolong rakan pembaca blog MF untuk report kat Facebook.

Moga jasa baik korang, dapat lah kongsikan semula info berguna di blog ini di media sosial, khususnya Facebook.

Terima kasih buat yang sudi tolong report. Moga Allah balas jasa baik korang dan sentiasa dilapangkan rezeki oleh Allah atas sebab tolong MF ni ya.

Ada kawan blog MF kongsikan cara untuk share link di Facebook guna Feed Burner... Korang boleh lah cuba juga ye...Linknya di sini:

http://www.mrspip.com/2019/09/alternatif-letak-link-blog-yang-disekat-di-fb-facebook.html

Semoga bermafaat.

7Ulasan

  1. yayyy thank you for sharing. alhamdulillah setakat ni x pernah lg kene

    BalasPadam
  2. masi tak dapat kak? sy dah buat 2-3 kali boleh bah kan?
    kwn sy pun hadapi benda yg sama sedangkan dia blogger baru.. Hopefully masalah nie settle dgn cepat..

    BalasPadam
  3. blog saya dah dkt setahun kna block..huhu

    BalasPadam
  4. Saya pernah jugak jadi macamni. 2 kali jugak pernah kena block dgn facebook atas alasan macamtu jugak. Yg dua kali tu tukar domain pun tetap kena block. Ni yg last kali ke 3 tukar lagi domain blog and yg last ni tak kena block dah dgn facebook& ig. Cuba tukar domain tapi kalau sayanh domain tu saya tak dapat nak bantu

    BalasPadam
  5. tenkiu share MF, nak try yang ni nanti.

    BalasPadam
  6. dah hantar link blog MF, hope berjaya lepas sekatan FB.
    link blog saya pun disekat juga di FB. ni kali kedua disekat.
    sedih tak dpt share link entry.

    BalasPadam
  7. stress jugak kalau link blog disekat nie.. tq sharing..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ