Cara Banyakkan Rezeki

Maria Firdz
4
Rezeki kita memang dah lapangkan sebelum ni kan.. tapi ada kalanya macam susahnya terasa rezeki.. Ku nak kongsikan juga, dan buka minda semua, rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita bukanlah dari sudut duit sahaja... 
  • Nyawa adalah anugerah dan rezeki;
  • Iman dan taqwa juga rezeki;
  • Hidayah Allah dalam membuat sesuatu yang baik dikatakan rezeki;
  • Keluarga yang baik dan penyayang juga rezeki;
  • Suami yang romantik, baik, penyayang juga rezeki;
  • Harta yang ada juga rezeki;
  • Kesihatan yang baik juga rezeki;
  • Penyakit juga rezeki;
  • Kesempurnaan tubuh badan dan pancaindera juga rezeki;
  • Mudah melakukan sesuatu kerja juga rezeki..
Rezeki memang banyak dan sentiasa da, tapi di sini ku nak kongsikan tips2 dan info2 yang ku dapat hasil dr kupasan isu dalam "Semanis Kurma"... mungkin ada yg tonton gak, tapi nak ringkaskan je..


10 Tips lapangkan rezeki dan memudahkan rezeki:

  1. Yakin dengan Allah: Yakinlah bahawa Allah Maha Pemurah dalam memberi rezeki, berusaha berdoa dan berlapang dada lah dengan Allah.
  2. Bertaubat: Bertaubat memudahkan rezeki lain masuk.. sebabnya, taubat ni mencuci dosa, bila hati bersih, badan kita bersih, amalan kita bersih, lagi mudah rezeki2 lain nak masuk.
  3. Taqwa: Taqwa sbgai modal utk menarik rezeki. Bila taqwa (takut kepada Allah) harapan dan keyakinan pastilah hanya pada Allah.
  4. Amalkan Solat Sunat Dhuha: Jom amalkan solat Sunat Dhuha... solat yg ringkas, hanya dua rakaat di waktu pagi.. jom kita amalkan bersama..
  5. Hubung dan eratkan silaturrahim.. Yang ni memang nampak sgt jika kita berbisnes kan.. bila lagi ramai kawan, lagi lapang dan mudah rezeki kan.. tapi hubungan silaturrahim mestilah ikhlas kerana Allah dan dengan tujuan mencari keredhaan Allah..
  6. Suka bersedekah. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan mendapat keuntungan.. ini memang janji Allah..
  7. Banyak bersyukur. Syukur bukan sekadar mengucap Alhamdulillah.. tapi hati yang bersyukur yg susah nak buat.. kita boleh sabar, tapi susah nak bersyukur... renung2kan..
  8. Buat baik kepada ibu bapa. Melayan ibu bapa, dan mendoakan ibu bapa, menyenangkan ibu bapa sbg mana yg dinyatakan dlm al-Quran.. insya-Allah.. lagi lapang rezeki..
  9. Amalkan surah al-Waqiah. Abdullah ibn Mas'ud pernah berkata: "... aku tinggalkan kepada anak-anakku dua perkara, iaitu ilmu dan surah al-Waqiah".
  10. Berdoalah... Boleh amalkan doa ini...
Klik gambar utk tumbesar.. ^^
Maksudnya: Isa Ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada Kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, Iaitu bagi Kami Yang ada hari ini dan bagi orang-orang Kami Yang datang Kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".
(Surah al-Maidah ayat 114)

Klik gambar utk tumbesar 

Maksudnya: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
(Surah al-Taubah ayat 129)

Jom amalkan bersama.. semoga perkongsian hujung minggu ini bermanfaat utk semua... :-)

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !