بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kopi Dalgona Viral | Rakyat Malaysia, dalam musibah tetap tersenyum gembira... Itulah rakyat Malaysia... Happy sokmo... Ada aje benda yang jadi viralnya. 

Dalam pakat dok berkurung dalam rumah, yang paling meriah ialah resepi di dapur. Group Masak Apa Hari Ini (MAHN) di Facebook antara group yang paling aktif di Facebook. 

Setiap hari beratus resepi orang post... Nampak kan... Alhamdulillah.. disebalik musibah, nikmat makan tak pernah putus. 

Dalam banyak-banyak resepi, satu resepi jadi viral. Kopi Dalgona...

Memula tu, tengok je orang post, sekali suami tertengok kat IG Ustaz Syed, nampak Ustaz Haslin pun buat juga kopi ni, apa lagi terus en.suami tergoda nak cuba, padahal dia tak boleh minum kopi, migrain nanti... 

Tapi sebab viral, dia nak juga cuba... dan terus dia cari bahan untuk buat kopi dalgano viral ni. 

Asal Usul Kopi Dalgona

Katanya resepi ni asal dari Korea. Tapi kat Korea tak terhad kepada kopi, tapi dipelbagaikan dengan strawberry, teh, teh hijau dan juga coklat. 

Tapi yang popular kat negara kita ialah kopi... Mungkin lebih mudah nak buat kot. 

Dalgona adalah sejenis manisan Korea Selatan yang dibuat daripada gula dan baking soda. 

MF turut cuba buat kopi ni... Tak susah mana dengan bahan yang cukup mudah. Cuma MF olah bahan dan juga kuantiti ikut citarasa sendiri. 

Kopi Dalgona Viral

Resepi Kopi Dalgona Viral

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar kopi (MF guna kopi Indocafe)
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • Ais secukupnya
  • Susu segar (MF guna susu HL)


Cara membuatnya:

  1. Campurkan kopi, gula dan air panas. 
  2. Kacau hingga kembang dan likat pekat dan nampak berkrim
  3. Sediakan susu segar dalam gelas bersama ketulan ais
  4. Tuang adunan kopi tadi diatasnya.

Sedia untuk dihidang.

Mudah sangatkan. 

Review Kopi Dalgona Viral

Kopi Dalgona Viral

Rasa??? 

1. Sedap dan mengenyangkan!

Memang sedap, rasa pahit-pahit, lemak berkrim kopi tu... MF memang saja kurangkan gula tu, untuk kekalkan rasa kopi tu. 

2. Mengenyangkan

Segelas kopi dalgona ni, cukup mengenyangkan... Sebab susu tu kot kan... Tapi memang kenyang walaupun segelas je. 

3. Tak sakit kepala

Alhamdulillah, suami tak alami migrain lepas minum kopi ni. Mungkin MF tukar Nescafe kepada Indocafe? Atau gabungan susu dan kopi? Tapi kiranya, boleh cuba minum bagi pesakit migrain. Tapi standby juga Actifast la ye... hehehe... sebab badan orang tak sama kan... 

Apa pun, memang boleh tahan rasanya... Lepas ni boleh cuba dengan coklat, sirap pula ke... atau juga teh... Resepi semua ni, ada kat Youtube aje... 

Sekian....

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Liez tiap2 hari buatkan utk suami yg WFH.. seronok dia pekena kopi hari2.. Liez layan sehirup dua je sbb angin.. tapi memang sedap

    BalasPadam
  2. not a fan of coffee so ray x try pun hehe

    BalasPadam
  3. Nampak sedap sangat ni. Habis pantang memang saya nak buat ni haha

    BalasPadam
  4. haa, betul lah tu.Indocafe tak kuat sangat kafein dulu. Dulu-dulu selalu minum indocafe ni jugak. Btw Ina tak pernah lagi cuba bikin kopi viral ni.

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama