GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Amalan Sunnah Hari Jumaat, Mudah dan Ringkas Untuk Diamalkan

10 Amalan Sunnah Hari Jumaat, Mudah dan Ringkas Untuk Diamalkan | Hari Jumaat, adalah hari yang dimuliakan dalam Islam. Penghulu segala hari. 

Hari diberikan lebih pahala dan rahmat daripada Allah kepada umat Islam yang beramal dengan ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w meninggalkan beberapa sunnah ringkas dan mudah untuk kita amalkan pada hari Jumaat sebagai ladang penambah pahala buat kita. 

10 Amalan Sunnah Hari Jumaat

10 Amalan Sunnah Hari Jumaat,
10 Amalan Sunnah Hari Jumaat, Mudah dan Ringkas Untuk Diamalkan

1. Memotong kuku

Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

[Baca juga] Hukum Menyimpan Kuku Panjang

2. Mandi sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

3. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

[Info Tambahan] Tips dan Cara Mudah Nak Habiskan Baca Surah al-Kahfi pada Hari Jumaat

4. Perbanyakan bersedekah

10 Amalan Sunnah Hari Jumaat, Mudah dan Ringkas Untuk Diamalkan
10 Amalan Sunnah Hari Jumaat, Mudah dan Ringkas Untuk Diamalkan

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)

5. Memakai pakaian yang cantik dan kemas

Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.

Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

Tak ramai yang buat kan... sebab biasa orang cantik bila nak keluar rumah. Jarang orang bercantik-cantik hari Jumaat. Sedangkan banyak barakahnya bercantik-cantik hari Jumaat. Jom kita amalkan.

6. Memakai wangi-wangian

Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.

Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.

Wanita juga boleh berwangian... Asalkan sekadarnya sahaja, jangan sampai terhidu dek lelaki bukan mahram sehingga boleh menimbulkan fitnah pula.

7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Cara nak amalkan zikir ialah dengan selalu dengar zikir. Pasang lah alunan zikir di rumah, dalam kereta sewaktu ke tempat kerja dan sebagainya. Bila kita selalu dengar, lidah akan automatik mengikut.

Ni, antara zikir yang selalu kami alunkan dalam rumah.


8. Berselawat

Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Seperti amalan zikir, amalkan selawat ialah dengan selalu dengarkan selawat. Bila dengar, lidah akan menyebut. Cubalah!

9. Hadir awal ke Masjid

Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.

Musim Covid-19 ni tak boleh nak bergerak ke masjid. Jadi, cara nak dapat pahala ni camne? 

Boleh, setengah jam atau sejam sebelum masuk waktu Zuhur, ajak ahli keluarga untuk bersiap solat jemaah. Buatlah sesi tazkirah dan majlis ta'lim sebelum Zuhur. 


10. Perbanyakkan solat sunat

Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.

Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Buatlah apa sahaja solat sunat yang boleh. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 


Rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Sebab kita tak tau, adakah umur kita akan sampai ke tak untuk Jumaat seterusnya. 

Salam Jumaat dan selamat beramal.

1Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian, memang sesuai kita amalkan hari ini

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ