Recents in Beach

Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Sumber: google images

Semalam masa tengah jaga periksa, ternampak dua orang pelajar perempuan berkuku panjang. Dah menjadi trend bebudak ni simpan kuku panjang.. Apa yang seronok sangat ntah simpan kuku panjang.. Dalam Islam menitikberatkan hal kebersihan dan kesihatan. Jadi, Apa HUKUM menyimpan kuku panjang???

Memotong kuku termasuk salah satu perkara fitrah, berdasarkan sabda Nabi صى الله عليه وسلم:
“Perkara fitrah ada lima: berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, menggunting kuku dan mencabut bulu ketiak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Mengerat kuku adalah sunnah, tidak wajib. Namun membiarkan panjang tanpa dikerat mungkin boleh menyebabkan wudhu’ tidak sah. Ia juga bercanggah dengan fitrah manusia. Allah jadikan yang berkuku panjang adalah binatang buas, di mana binatang menggunakan kuku untuk menangkap mangsa.

Dari Anas bin Malik: ”Kami diberi tempoh selama 40 malam untuk menggunting misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan” [HR. Muslim]. Ini bermaksud, jangan lebih 40 hari, bukan tunggu 40 baru hendak dibuang.

Berkuku panjang juga diibaratkan seperti binatang macam harimau, helang dan singa... Binatang itu memang dicipta berkuku pangjang... jadi, tak usah nak jadi binatang ea. Lagipun berkuku panjang menjadikan seseorang itu pengotor. Najis mudah melekat pada kuku. Walaupun nampak bersih, tapi kuman dan bakteria yang kita tak nampak boleh terperangkap bawah kuku. Nak ke hidup ddengan kuman. 

Jadi, walaupun hukumnya SUNAT, tapi banyak manfaatnya. Senang kata, jika fikir logik pun kita tahu kenapa kena potong kuku. Jadi, bagi anak-anak dara, tak usah lah simpan kuku panjang... Saya fikir orang seperti sebagai pengotor dan kurang akhlaknya... hilang manisnya jika dah bertudung litup tapi berkuku panjang pula kan... Jadi, biar pendek, nampak kemas, bersih dan ayu gitu... 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Menyimpan kuku ni mmg tak berapa eloklah.. tak payahlah...

    BalasPadam
  2. erkkk! sy mmg jenis tak boleh kuku panjang..mmg tak selesa..rimas...

    BalasPadam
  3. Tak selesa berkuku panjang..everyweek mesti nak potong...

    BalasPadam
  4. tak pernah sekali pun simpan kuku panjang... tapi ada orang boleh berbangga kan maria? he he he...

    BalasPadam
  5. kuku panjang nampak cam pengotor. kita yang tak potong kuku 3 hari pun dah rasa rimas. Anak2 memang kena check kuku selalu.

    BalasPadam
  6. akak cukup tak berkenan berkuku panjang, apa bestnyer agaknyer... akak kuku panjang skt pun dh rasa rimas... sbb tu kalu tgk pelakon ke retis2 berkuku panjang dh terasa geli, camne lah nk mkn nk mandi basuh berak bagai... ish2...

    pastu paling tak suke lelaki berkuku panjang... oh no no no

    BalasPadam
  7. euwww.. mmg xsuka bela kuku pnjg ni.. even pnjg sket pun daa potong..

    BalasPadam
  8. nasib baik saya jenis tak suka simpan kuku panjang sebab nanti saya akan rasa tak selesa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. Bika kuku panjang rasa x selesa

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^