GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Sebab Anak Suka Menggigit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Sebab Anak Suka Menggigit | Menggigit memang lumrah anak-anak. Tak payah tunggu ada gigi... Tapi anak memang suka menggigit. 

Bila ada gigi bertambah seram bila anak suka menggigit. 

Anak MF dalam ramai-ramai (cehh.. Macam ramai benor anak ku... 😂😂😂)... Yang paling bongsu suka sangat menggigit.. Sampai lebam kadang-kadang. 


Bukan MF sahaja.. Abi dia, kakak dia semua pernah jadi mangsa gigitan dia... Fuhhh.. Seram... 

Bila dah makin besar, sebenarnya menggigit bukan lagi satu kebiasaan. Tapi mungkin satu tabiat yang perlu diubah dan diatasi. 


Punca anak suka menggigit

Ada sebab sebenarnya kenapa anak suka menggigit... 


Antara sebab-sebabnya ialah :

1. Sakit gusi 
Mereka akan menggigit jika berada berada dalam kesakitan, terutama apabila gusi mereka membengkak akibat gigi yang baru tumbuh.

2. Meneroka benda baru. 
Kanak-kanak juga gemar meneroka dunia baru mereka dengan menggigit. 

Sama juga kanak-kanak yang suka memasukkan semua barang yang dijumpai di atas lantai ke mulut mereka. 

Mereka ingin mengeksplorasi dunia baru mereka. Tindakan ini berbahaya dan ibubapa tidak harus membiarkan barang yang kecil dan tajam di atas lantai.

3. Saja menguji
Ada juga kanak-kanak yang seakan menguji dan ingin melihat reaksi tindakbalas apabila mereka menggigit. 

Jeritan kesakitan dan jeritan marah ibubapa kadang kala menyebabkan mereka rasa terhibur.

4. Kurang perhatian
Kanak-kanak yang tidak diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya, selalunya cuba menarik perhatian ibubapa mereka dengan melakukan perkara yang ibubapa mereka tidak suka.

5. Meluahkan rasa marah dan kecewa
Kanak-kanak yang kecewa dan marah akan meluangkan rasa marah mereka dengan menggigit. Mereka tidak dapat melahirkan perasaan marah mereka dengan perkataan, maka mereka akan melahirkannya dengan menggigit dan memukul. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dirampas barang permaianan mereka akan menunjukkan rasa marah dengan menggigit dan memukul rakan sepermainan.


Kredit : Facebook Dr Zubaidi

Jadi, perlu ketahui dan bijak tangani sebab anak suka menggigit... Jangan dibiarkan... Nanti boleh bawa sampai ke zaman persekolahan. Bahaya... Kang digigit anak orang... Huhu... 

Semoga bermanfaat... 

2Ulasan

  1. nasibla si aiyan dah besar, takdelah dia mengigit... tapi anak buah yg setahun lebih tu mmg suka mengigit hehehe.. nsbla emak nya yg selalu kene orang lain selamat

    BalasPadam
  2. alhamdulillah anak2 takda menggigit. kalau tak, takleh nak bayang kesakitan tu. huhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ