November 15, 2019

[Review] Pressure Cooker Ewant

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] Pressure Cooker Ewant | Pressure cooker jadi trend mak-mak zaman sekarang. Pressure cooker yang paling popular dalam kalangan kaum hawa ialah jenama Noxxa. Tapi, sekarang ni dah banyak dah jenama Pressure Cooker kat pasaran.

Jujurnya, MF teringin juga nak merasa guna pressure cooker, tapi rasa takde keperluan sangat nak beli kan. Memandangkan bukan jenis masak beriya dan family pun takdelah besar mana kan. Jadi, hajat dan keinginan tu dibiarkan sahaja.

Hinggalah baru-baru ni, balik kerja, suami kata periuk nasi rosak. Terkejut juga sebab tetiba je rosak. Rasa sayang juga dengan periuk nasi jenis smart cooker jenama Tefal. Tapi, redha lah.. mungkin cukup dah masa dia berkhidmat untuk kami.

[Review] Pressure Cooker Ewant

MF mula memikirkan nak cari periuk nasi kat kedai elektrik kat kawasan terdekat je, tapi tetiba suami cadangkan beli Pressure Cooker sebab dah alang-alang kan. Senyum sampai ke telinga bila dengar cadangan tu.

Tapi... Bajet kami takde yang mahal.

Memula cari kat Shopee, cari dan mencari.. lepas tu tengok pula kat Go Shop dan CjWowShop. Ada je berkenan tapi macam overbudjet je... So, cari balik kat Shopee.

Pressure Cooker Sale di 11.11 Shopee

Cari punya cari, terpandang jenama Ewantt ni... Satu jenama yang biasa saja... Tapi banyak review positif. Harga pun tak sampai RM200 sempena sale 11.11.

So, terus je beli tanpa fikir panjang.

Esoknya buka kat apps Shopee, ternampak plak periuk yang sama tapi 2 pot. 1 ceramic, satu lagi stainless steel. Cuma beza RM40 je.. Pot tu ada jual kalau nak beli asing, Normal price RM68 pot sahaja.. Jadi, jimat banyak kalau ambil yang sale tu...

So, MF chat dengan seller, nak cancel order sebab nak tukar nak beli yang dua pot. Sekali seller tu tak bagi cancel, dia minta kami tambah je RM40 lagi... Cuma bank in ke akaun dia. Terus suami tambahkan RM40 lagi.. So, dapatlah Pressure Cooker dengan 2 inner pot.

Dua hari menunggu, dihantar dengan J&T .. Alhamdulillah selamat sampai.

review pressure cooker

Pertama kali guna PC

Siang sampai, malam tu terus cuba masak. Menu pertama cuba, Nasi beriani gam ayam. Guna pes sahaja lah... mudah kan.

So, MF just ikut arahan dia bagi.. dalam 12 minit siap masak nasi dan ayamnya empuk.

review pressure cooker

Nasi beriani menjadi dengan cantik sekali.. sedang elok masaknya.

Pressure cooker yang MF beli 6L je... sama besar je dengan periuk nasi sebelum ni. Beli yang kecik je sebab untuk guna masak nasi biasa setiap hari.

Apa pun, puas hati dengan jenama ni.. Walaupun murah tapi rasa dan kualiti tu setanding je kot dengan brand lain. Sebab fungsinya hampir sama je.

Insha Allah next time MF kongsikan hasil masakan dengan pressure cooker ni.

Apa pun, kalau pressure cooker ni kena study dulu cara gunanya sebab periuk canggih masa kini, tak boleh la masak cara oldschool. hehe...

sekian.

2 ulasan:

  1. eh..sama..akak pun guna Ewant ni jugak.Teringin nak pakai noxxa, tapi belum ada kemampuan nak membeli.Ewant ni pun ok jugak pakai...

    BalasPadam
  2. Liez pun tgh usha nak beli pressure cooker gak sebab senang. bila ada nak kecik nak spend time lama2 dekat dapur memang susah.. so solutionnya pakai pc

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^