November 14, 2019

14 Manfaat Panjat Tangga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

14 Manfaat Panjat Tangga | Antara tangga dan lif mana korang pilih? Jujurnya mesti ramai pilih lif la kan...

Siapalah rajin nak panjat tangga kan. Tapi kalau kita tau la kan manfaat panjat tangga, agak-agak nak tak panjat tangga?

Sebenarnya kalau nak tengok jantung korang sihat ke tak, cubalah panjat tangga dua tingkat jadilah. Kalau rasa mengah dan sesak nafas, maknanya jantung korang ada masalah.

Memanjat tangga juga alternatif senaman yang paling mudah. Tak payah pergi gym pun.. Panjat tangga je.

Panjat tangga, senaman alternatif yang mudah... Tapi ramai tak nak buat.

Ini manfaat panjat tangga, dengan harapan lepas ni ramai yang memilih untuk panjat tangga berbanding berebut naik lif.

14 Manfaat Panjat Tangga

senaman tangga, senaman ringan, senaman untuk kurus, senaman untuk bakar kalori

1. Membakar lebih banyak kalori

Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.

2. Sesuai untuk orang yang sibuk

Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.

3. Tidak memerlukan kemahiran tinggi.

Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.

4. Bukanlah senaman yang pelik.

Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.

5. Jimat masa

Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.

6. Banyak kalori terbakar berbanding naik lif

Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.

7. Kalori terbakar setiap tingkat

Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.

8. Turun tangga pun boleh bakar kalori.

Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.

9. Dapat kuatkan otot

Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.

10. Bakar kalori ikut berat badan

Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.

11. Kalori terbakar ikut setiap anak tangga

Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.

12. Menurunkan risiko penyakit serius

Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

13. Faedah kesihatan yang optimum

Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 150 minit seminggu.

14. Lebih mesra alam sekitar.

Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.


Semoga bermanfaat!


Nota: Jika kalian ada masalah jantung, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.

Senangkan, panjat tangga je... Jadi boleh la cari rumah 2 tingkat lepas ni... Tak pun panjat tangga ofis.. Paling tidak 2 tingkat pun jadilah.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

3 ulasan:

  1. byak manfaat naik turun tangga nie kan..

    BalasPadam
  2. tempat keja takda tangga. jadi banyakkan ja la jalan pi ke pc. hehehehe

    BalasPadam
  3. betul2 dlu duduk rumah bertingkat rasa kuat kaki. susah badan nak naik. sekarang bagai dipam2 rasanya

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^