GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pizza Volcano dari Pizza Hut

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pizza Volcano dari Pizza Hut | Bila selalu makan nasi, kadangkala datang rasa bosan nak ubah selera.

Sama lah dengan kami... Bila dah selalu makan nasi, hujung minggu mesti rasa nak lain dari nasi.

Dan kebetulan betul bila hujung minggu lepas, periuk nasi kami rosak pula. Tetiba je tak boleh nak hidup. Sayang betul dengan periuk nasi jenama Tefal tu. Apa pun redha lah.

Jadi, sebab malas nak masak nasi atas dapur dan tambah juga dengan bosan makan nasi kedai, akhirnya suami ajak ke Pizza Hut.

MF pun mencari lah kot ada yang baru di Pizza Hut. Kat Johor ni agak susah nak nampak Domino melainkan di bandar. Jadi, Pizza Hut ni pekan kecil pun ada. Dan kami pun memang lebih suka Pizza Hut dia sebab pilihan menunya lebih sikit kan..  Tapi atas orang la juga.. Ada orang suka Domino.

Lepas siap-siap... Gerak terus ke Pizza Hut.

Alhamdulillah.. Tak ramai orang.. Dan banyak tempat kosong. Lepas ambil tempat duduk.. Terus order set baru.  Pizza Hut Volcano.


Pizza Volcano dari Pizza Hut 

Pizza Hut Volcano ni antara Pizza Terbaru di Pizza Hut. Kenapa dipanggil Volcano sebab warnanya hitam macam gunung berapi. Lepas tu limpahan cheese tu macam lelehan lava dari gunung berapi tu.. Lepas tu tengah tu ada sos dan isi ayam.

Pizza Volcano dari Pizza Hut


Lepas beberapa minit, order sampai...

Reviews jujur ni.. Dalam gambar nampak menarik, sekali tak menarik mana realitinya.

Rasa
Boleh la... Cuma sebab kepingan pizza tu nipis, jadi agak liat dan keras. Cheese kat tepi tu sahaja. Kat toping tengah takde cheese sangat. So, dari segi rasa tu biasa saja 

Pizza Volcano dari Pizza Hut

Kami order set untuk 2 orang. Siap dengan air Berry, sup cendawan dan drumate ayam blackpapper dan 2 cup aiskrim perisa coklat dan vanila.

Rasa air Berry memang sedap.. Kurang manis dan sedap lah sejuk-sejuk kan.
Pizza Volcano dari Pizza Hut

Ayam drumate tu pun sedap dengan sos blackpappernya tu.

Boleh kata, set tu walaupun pizza tu nipis tapi mengenyangkan sebab cheese tepi agaknya banyak dan dengan isi ayam sebagai toping.

Sup cendawan menambah kan lagi kekenyangan perut.

Boleh dikatakan, untuk Pizza Volcano ni... MF boleh bagi 3.8/5.0... Tapi untuk set dia memang Best lah..

Pizza terbaru yang buat MF pernah try dan sedap ialah yang Pizza Crab .. Menang sedap dan banyak cheese. Sayangnya dah tak pula dia ulang lagi menu tu.

Apa pun, kalau nak merasa sendiri.. Boleh la cuba.. Rasa not bad cuma pizza tu je.. Tak lembut.. Sebab nipiskan pizzanya...

Itu pendapat MF la.. Lain orang lain citarasa Ye dak..

Sekian... 

3Ulasan

  1. Sama la MF, saya pun baru rasa volvano ni... hehe

    BalasPadam
  2. anak2 dok ajak makan pizza volcano ni lah. pengaruh iklan sangat kan. haha. comey sangat iklan :D

    BalasPadam
  3. Maq terus teringin nak makan pizza bila lepas baca entri ni hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ