Khasiat dalam segelas susu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Khasiat dalam segelas susu! | Susu, semua orang minum sewaktu kecil. Tapi bila dah dewasa, orang kurang minum susu. Anak murid MF pun kebanyakannya kurang gemar minum susu.

Susu bukan hanya untuk anak kecil, tapi sesuai untuk semua peringkat umur. Sebab itu, diciptakan susu ikut kesesuaian umur, mengikut keperluan badan seseorang.

Ada susu untuk badan, untuk otak, dan juga vitamin-vitamin lain. Tapi yang kita tau, minum susu hanya untuk kalsium dan tulang. Sebenarnya, khasiat susu lebih dari itu.

Khasiat dalam segelas susu!

Khasiat dalam segelas susu!

Dalam segelas susu mempunyai khasiat lain, antaranya:

153 kcal tenaga = 2 keping roti
322mg kalium = 1 biji pisang
158 µg vitamin A = 1 potong tembikai
6.3 µg Vitamin D = 1 1/2 ekor ikan sardin
300mg kalsium = 5 cawan sayur sawi atau 6 gelas susu soya atau 6 keping tauhu
8.5g lemak = 20g kacang badam
8.0g protein = 2 biji telur. 

Khasiat susu

Nampak tu, banyakkan khasiat susu. Jadi, galakkan anak kita minum susu walaupun ada yang kata susu tak penting. 

Kalau tengok movie Inggeris, kebanyakkan gaya hidup mereka, memberi anak mereka 1 gelas susu suam sebelum tidur dan 1 gelas susu segar setiap pagi. 

Sebab mereka tahu kebaikan dan khasiat dalam segelas susu. 

So, kita yang dewasa ni, jangn culas minum susu ye... Jom, mulakan minum susu hari ini. Tak kisah jenama apa pun, pasti ada kebaikan di dalamnya. Dan semestinya susu segar adalah antara yang baik lah kerana kurang proses dan gula. 

Sekian, semoga bermanfaat. 


Rujukan: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^