GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini cara yang betul nak dapatkan kebaikan dari bawang putih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini cara yang betul nak dapatkan kebaikan dari bawang putih | Kita tau, bawang putih dan bawang merah banyak khasiat selain penyedap dalam masakan.

Tapi, mungkin tak ramai yang tahu, cara yang betul nak dapatkan khasiat bawang ini sepenuhnya.

Jadi, ini tip mendapat nutrisi yang lebih banyak dari bawang putih dan bawang merah.

khasiat bawang putih, cara potong bawang

Ini cara yang betul nak dapatkan kebaikan dari bawang putih

Ramai yang memotong bawang putih dan merah dan letakkan di dalam mangkuk yang terdedah ke dalam peti sejuk. Ada juga yang meletakkan ke dalam bekas plastik dan kaca.

Ini bukanlah cara terbaik kerana nutrisi bawang-bawang itu akan hilang apabila terdedah terlalu lama. Ia pun boleh menyebabkan bawang-bawang ini diserang kulat.

Simpanlah bawang putih dan bawang merah yang tidak ditinggalkan dan tidak dipotong di tempat yang kering dan sejuk.

Potong bawang apabila mahu digunakan dalam masa 10-15 minit. Jika sudah dipotong halus dan tidak digunakan, boleh rendamkan dalam minyak kelapa atau minyak zaitun bagi mendapat nutrisi yang lebih banyak.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr Zubaidi Ahmad

Itu caranya, potong bila nak guna. MF sekarang jarang buat stok bawang. Nak guna just ketuk, buang kulit dan biarkan 10-15 minit sebelum memasak. Rasa bawang lebih segar dan sedap. 

Bawang memang banyak khasiat, tapi membawang membawa banyak dosa 😆😆😆. Sekian... 

3Ulasan

  1. SA suka jer bawang putih..ni tgh platelet tinggi so elok makan bawang putih...

    BalasPadam
  2. Tahukah Anda?

    Struktur bawang putih terdiri daripada sel-sel kecil yang membentuk ulasnya. Di dalam sel tersebut terdapat kandungan sulfur yang disebut alliin yang tidak mempunyai bau.

    Diantara sel itu pula terdapat enzim allinase. Gabungan alliin dan allinase (yang disebut allicin) semasa anda memotong atau mengetuk bawang inilah yang menyebabkan bau harum semerbak keluar daripada bawang putih.

    Terima kasih atas info

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ